Monday, May 22, 2006

Kisahku Dihujung Minggu

Malam ni baru ada mood nak menulis balik, terima kasih untuk syikin kerana rajin mengunjungi aku, itu yang membuat saya ada mood semula, maklumlah bulan tengah mengambang penuh.

Hari2 yang lepas aku memang tak der mood nak menulis, cuma melawat blog kawan2 jer, tapi kawan yang lain pun macam slow gitu, kecuali syikin, ada jer citer dia. Hari2 yang lepas memang aku tak kemana, jumaat biasa jer, malam ada kelas ngaji quran kat rumah, sabtu aku ada kelas tajwib, habis kelas mak cik milah belanja kita orang sumer makan cendol, sedap, kami kaum ibu macam budak2 gitu dapat makan cendol.Dalam2 sedap minum cendol dan makan kuih tu, adalah ler kengkawan citer salah sorang sahabat kita yang datang belajar kat kelas quran tajwib ni ditimpa musibah...nauzubilah...suami dia telah ...m****l anak sendiri 3 sekali gus dalam masa setahun.....jumlah anak dia 8 orang...anak perempuan 3 berumur, 15, 13 dan 12 tahun, yang lelain tu lelaki. Berita ni ada keluar dalam surat khabar, beberapa minggu lepas...aku pun tak sempat nak baca, berita ni.

Kata kawan2 lagi..kakak tu macam ada sakit mental sikit...pernah kat surau ustaz cuba ubatkan...sebab tengah belajar ngaji...tiba2 dia jadi macam kena rasuk gitu sebetul..aku tak tau sebab aku baru join jer kelas ni, tapi aku pernah nampak dia sekali selama aku menghadiri kelas ngaji ni. Kakak ni pandai juga baca quran, pakaian dia pulak berjubah, tudung bulat, macam ala Arqam gitu...tapi dari raut wajah dia sebelum kejadian yang menimpa dia ni aku ada nampak macam kelesuan, letih , lunyai gitu...sebelum2 ni memang aku selalu nampak dia kat surau kalau kami ada program kat surau. Bulan puasa hari tu dia ada masa solat terawih...dan rupanya dari raut wajah dia..sebenarnya terselindung masalah yang sangat rumit.

Menurut husb kejadian ni dapat di kesan apabila guru sekolah yang mana isteri kepada kawan husb mengajar dapat mengesan budak kelas dia selalu nampak macam..muram..lepas tu macam nak histeria gitu. Itulah bila disoal2 rupanya terbongkarlah ceriter kelakuan bapa dia pada dia dan adik2 dia....sekarang ni mereka 3 beradik telah diambil oleh jabatan kebajikan masyarakat..untuk diberi perlindungan...Bapa dia telah ditahan polis, penahanan dia dibuat, apabila pihak sekolah telah memanggil dia kesekolah, kononnya atas alasan tertentu dan disana pihak polis telah bersedia...dan dia digari ....dibawa ke balai...

Ya Allah begitulah masyarakat kita hari ini....punah ranah habih, kewarasan fikiran,...anak2 sanggup diperlakukan begitu...Ya Allah..... moga keturunan kita semua dijauhkanlah dari..pekara2 macam ni. Kalau pun hukuman didunia itu berdasarkan undang2 negara nampak macam tak setimpal, tapi hukuman Allah diakhirat esok...Allah jerlah yang tau macam mana...

Ceriter kisah kak F tersebut diam2 jer kami cakap..kesian pada dia, semoga dia tabah menghadapi ujian Allah....kami diberitahu dia dah tak tinggal lagi kat rumah dia, dia dah balik kerumah mak dia...di selayang..kami sepakat andai kata kami tau dimana dia tinggal sekarang, kami bercadang untuk menghulurkan bantuan seberapa yang boleh bagi meringankan beban dia, kerana hilang tempat bergantung, lagi pun dia tak bekerja...anak2 ramai...

Petang sabtu husb minta tolong aku buat kan sambal belacan dan air asam untuk jamuan makan meraikan kumpulan rewang kenduri kahwin anak makcik milah minggu lepas. Malam aku solat jemaah kat surau. Aku pergi ke surau lepas maghrib, ada kelas quran tajwin untuk kaum bapa, jadi kami kaum ibu yang boleh dibilang jari tu, tumpang sekalilah dengar, ustaz mengajar. Lepas solat isyak, kami makanlah jamuan tu. Menu dia ayam golek, deper golek sendiri kat belakang surau. Lain2 nasi, ulam2 sambal belacan, air asam, sos lada hitam sayur dan kari. Kire macam makan malam. Tapi yang paling best ayam goleklah...aku habihkan sebelah ayam. Kambing bakar pun ada, tapi aku tak boleh masuklah..tak lalu, dari kecik memang dah macam tu.

Pagi Ahad aku tak kemaner2, pagi sarapan roti keping ngan kuah kari ikan, lepas tu kemas rumah sikit, husb bawa anak2 bujang dia jogging, aku tak ikut, layan mimi kat rumah. Sekarang aku dah tak kepasar beria2 macam hari tu, makan pun ala kadar jer..sebab takut tengok berat badan yang bertambah tu. Masak pun lauk kesukaan anak2 jer...diet kut...kurangkan makan sebenarnya. Masa terluang tu aku banyak habihkan dengan berehat...sambil mengulangkaji pelajaran tajwib....

Minggu ni anak2 exam sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebelah petang. Along dan angah, bang cik aku suruh tidur awal, jam 10 malam sumer dah masuk tidur, deper dah ulangkaji dengan cikgu tuisyen, masa lepas balik sekolah agama. Selesai jam 9 malam, balik rumah, lepas makan, tengok tv jap, lepas tu deper masuk tidur.

21hb dan 23 hb Mei adalah hari jadi Angah dan Along, deper lahir tarikh hampir, cuma tahun jer berbeza, along tahun 1997 dan angah tahun 1998. Husb cadang nak bawa deper bercuti kat Lumut cuti sekolah ni sebagai hadiah...itulah pasal aku pun senyap2 jer..kalau tidak...mau ler deper kecoh....tapi tadi sebelum tidur dah wish dah,,husb belanja makan benjo....

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ALONG DAN ANGAH, MAMA,BABA, ABANG CIK DAN ADIK MIMI DOAKAN SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR,DIMURAHKAN REZEKI,SERTA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN

4 Comments:

Blogger NBK466 said...

Gitu lah Shami...dunia dah akhir zaman...na'uzubillah.
Den pun dulu tak reti makan kambing...lepas kahwin ngan org Rombau nie buleh ler sesikit. Janji itu BAU jgn kuat sgt laaa... hi..hi...hi..

23/5/06 3:27 PM  
Blogger Shami said...

Alhamdulillah kalau kita tau dan sedar dunia dah akhir zaman, semoga kita semua sentiasa beringat dan beramal selalu, agar kita tidak sesat, dan mudah terhasut oleh iblis syaitan yg senantiasa berusaha mencari jalan untuk menyesatkan kita....
Kambing...entah kenapolah den tak leh ..bukan kerana bau.jer .tapi walau tak dak bau tapi daging tu rasa macam...tak sesuai dengan tekak den...daging rusa dah cuba...leh jugak makan tapi skit jer..rasa...ja..ha..ha..ha. cam rasa makan dedaun kayu pulak..ha..ha..ha

23/5/06 10:49 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

wah..sekali update, panjang lebor.ni den suko ni sobab lamo bonar tak update blog ni.:)

kesian kat kakak tu,napelah perangai suami mcm hantu. na'uzubillah.

heppy birthday along n angah. moga jd anak2 yg soleh n berbakti pd shami n suami nanti. eh, samalah husna n huda bulan yg sama lahir.bulan jun, thn jer lain.

saya suka makan sup kambing. sejak kecil dah dikenalkan oleh arwah ayah, masa tu duduk bt.pahat johor, kami selalu pekena sup kambing dicicah ngan roti..fuhhh.kawww..

23/5/06 11:03 PM  
Blogger Shami said...

Syikin; memang sian kat kakak tu, tapi setiap yang apa yang terjadi, itu pasti ada hikmah dia...Allah saja yang tau....

Terima kasih wish utk anak2 saya...kalu saya baca pasal teori sifat orang2 yg lahir dalam bulan mei..cam kena jer dengan perangai anak2 saya...ha..ha..ha

Syikin kata orang kalau makan kambing boleh jadi penawar...penyakit...betul ke idak cuba siasat...he..he..he

24/5/06 7:18 PM  

Post a Comment

<< Home