Thursday, November 30, 2006

Cerita-Ceriti hari jumaat

Jumaat datang lagi,
Pastinya aku akan menulis lagi,
Hari-hari yang berlalu, semuanya ada cerita sendiri
Isnin yang lalu along dan angah telah bersunat
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
Agak ramai yang menunggu di klinik
Ada yang membawa anak untuk bersunat
Ada juga yang datang untuk dirawat
Mungkin sekarang musim hujan jadi ramai yang tak sihat
Sudah empat hari anak2 bersunat, syukur semuanya sihat
setiap hari aku kena menyediakan menu yang berkhasiat
Bukan apa kesian, bila tengok mereka asyik berkain pelekat
Bukan tak biasa mereka berkain pelekat tetapi maklumlah baru lepas bersunat
Macam2 kerenah mereka kenalah ambil berat
Buat semangat supaya mereka cepat sihat
Hari ahad yang lalu aku dan suami ke Pekan Rawang
Saja bershopping dan membeli apa yang terkurang
Mula kami sampai kekedai Leno untuk melihat barang
Biasalah kasut, dan lain2 barang
Tiba2 hati rasa tak sedap, lantas motor diluar kedai dilihat2
rupanya ada seorang mamat cuba nak rembat
Lantas husbku keluar cuba nak lihat, hilang terus mamat tu cepat macam kilat
Rupanya kunci tengkok motor, dah kena rentap
habis rosak, apa tak boleh buat
cuba2 cari kedai nak baiki cepat,
alahai semua tutup sebab cuti hari ahad
akhirnya kami menapak, sampai naik penat
cuba dicuba akhirnya boleh juga distart
alhamdulillah hilanglah penat
Kami pergi ke Giant untuk membeli apa yang tadi tak sempat
Suami ku masuk aku jadi guard
Kepada motor kami takut nanti kena rembat
Tiba2 hujan turun lebat
Kejap tu husb datang dan kami balik cepat
Hari ahad lalu kami dapat tempahan menyediakan makanan ala barat
Untuk 100 orang kakitangan Poly SA sebelum mereka bercuti dan berehat
Menu daging barbeku kambing , lembu dan juga salad
semuanya kami buat termasuk sos black pepper yang sedap sangat
semua memuji kerana sedap...sampaikan tray aku kena rembat...deper tak ingat
Alhamdulillah, selepas ramadhan rezeki keluarga makin lebat
Kanopi jalan, printing jalan, MLM juga jalan, semuanya bergerak ligat
Tanda kami telah dan kena bekerja kuat
Pagi tadi husb mendapat panggilan telefon dari Berunai Darulsalam yang berhajat
Menanyakan bisnes siber untuk buat duit dengan cepat
Bisnes apa lagi kalau tidak bisnes internet yang hebat
Semuanya kerana email yang kami kirimkan mereka dapat
Hari ini juga kawan suami, sepejabat, sepakat berjanji untuk melawat HQ MLM yang kami buat
Tujuannya untuk melihat dari dekat tentang kehebatan menjana duit MLM yang kami buat
Itulah hari2 yang kami lihat ader saja orang bertanya MLM yang kami buat
Percaya atau tak aku tak kisah sangat, tetapi inilah jalan yang sihat
Ramai yang mencemuh tak kurang juga yang jeling2 sengaja buat
entah apa deper rasa nampak macam benci sangat,
Biarlah, duit aku yang dapat,
sendiri mau ingat jangan asyik mengumpat
Aduh mata rasa mengantuk sangat
bukan apa minum ubat batuk sebab tak sihat
selesema dan batuk juga sakit tekak dah ambik ubat
Moga semua kembali sembuh sihat walaafiat
hari sabtu dan Ahad datang lagi
Masa berlalu begitu cepat kepada kawan2 semua selamat bercuti dan beristirehat
sampai jumpa lagi, nantikan isu hangat....

3 Comments:

Blogger NBK466 said...

My friend baru jerk hilang moto.. Dia tinggalkan kejap jerk gi belu prepaid...moto parking depan kedai tuh...tak sampai 5 min dah gone...

1/12/06 11:11 AM  
Blogger Mama Sarah said...

Keh2 kelakar lah. "Ramai yang mencemuh tak ......"
"Biarlah, duit aku yang dapat"

hahahaha. tak puas gelak lagi ni.

Baguslah bersemangat kental. Saya baca explanation Shami di previous entry. Terus terang saya sedang mencari peluang bekerja dari rumah tapi nak cuba elak daripada kena usaha mencari downline dan less communication and interaction is better.

1/12/06 9:16 PM  
Blogger Shami said...

sungguh terror mereka yang bernafsu tapi tak berakal ni, kalau dapat potong tangan jer ....budak2 lelaki kat ofis den pun camtu gak nbk, parking depan ofis, kejap jer dah hilang....kepada mereka yang buat kerja tak berfaedah ni, rentikanlah...tak kaya buat kerja curi mencuri ni...dosa tambah lagi ada..

mamasarah, terima kasih kerana sudi membaca, saya dan suami dah macam2 siasat bisnes berinternet ni sebelum join, sempat buat solat istikharah, pergi tengok sendiri dari dekat...balik buat solat hajat lagi...masa bulan posa henti 100% ..sekarang ni dah pilih nekad untuk buat yang ni...yg lain pun ada masuk juga tapi tunggu duit masuk jer...kat Msia sekarang bisnes berinternet..ni macam cendawan tumbuh lepas hujan, berbagai2...kalau salah pilih..group atau introducer hancur...kalau pernah dengar citer swiss cash...lagilah...memang buat duit banyak..tapi..modal pun banyak..lepas tu halal atau haram...tak tau nak jawap...dah rujuk dengan ustaz tentang hukum...nampak macam...berat..orang kalau dah nampak duit banyak..terus lupa semua...
saya bukan nak kempen, tapi..saya ingin jelaskan ..program bisnes yang saya buat ni, banyak memotivasikan diri saya dan suami, untuk perniagaan kami yang sedia ada...ada ilmu yang kami boleh guna pakai...dan bila kami promote bisnes secara tak lansung jalan sekali semua..alhamdulillah..saya sentiasa bersemangat...buat masa sekarang saya tidak buang masa lagi fikir benda2 yang tidak...berfaedah..banyak masa saya guna untuk mendalami bisnes ni...
bila saya cakap bisnes ni semua takut cari downline..hairan saya...sebab..semua bisnes kena cari orang untuk..memasarkan bisnes dan barang tersebut...dalam bisnes MLM ni ada barang dan ada website..kita disuruh pilih apa barang yang kita hendak, atau website yang kita nak beli...pun boleh..apa barang yang kita niaga pun kita kena bercakap dan promote...macam mana barang yang kita niaga nak terjual kalau kita tak cari orang untuk membeli,apa lagi kalau kita tak bercakap macam mana orang nak tau kita ada jual barang yang dia minat...kita jual pada yang berkehendak, sahaja...kalau jual pada yang tak nak,menyusahkan kita balik, asyik kena sumpah,kena kutuk, kena umpat, macam mana bisnes kita nak berkembang..rezeki pun payah masuk..mamasarah maaf kalau terebih cakap...harap tidak tersinggung...kalau kita berusaha, pasti ada rezekinya...
hari ni saya dah buat panggilan ke Hq dia, tanya tentang share company alhamdulillah bulan 2 nanti dia orang akan bayar...cerita mungkin tidak sama dengan apa yang kita belajar dan dengar, lebih baik lihat sendiri...supaya kita tidak menyalahkan diri orang lain lagi.

2/12/06 12:47 AM  

Post a Comment

<< Home