Saturday, November 25, 2006

Anspirasi diri ...dalam meniti hari

Hari ni hari sabtu, hari aku bercuti
Patutnya kekelas quran tajwib tapi bulan pulak mengambang tak habis lagi
Jadi adalah masa terluang untut diri sendiri
Mula2 masak sarapan pagi, nasi himpit, kuah kacang dan rendang sekali
semuanya serba ringkas sekali terutama rendang daging cincang keluaran ramly mokni
Rempah segera keluaran adabi cuma tambah halia, serai, bawang dan santan sekali
rasanyanya enak sekali, abang cik makan 2, 3 kali
adik mimi pun ikut sekali,

Pagi2 lagi husb along dan angah sudah pergi
ketempat race kereta Sepanglah mana lagi
menyaksikan kawan husb beraksi, dia aku dah ingatkan toksah ler lagi
janji diberi balik lepas makan tengahari,
aku yang kat rumah ni belum tengahari talipon 2 , 3 kali
Bukan tak percaya kat dia lagi
cuma bebagai soalan tanya itu ini
lepas masak aku layan mimi
kemudian kemas rumah dan mandi
Bukan aper sajer sebab nak berblog tak lamer lagi
lepas tu nak buat kerja MLM lagi
siang malam aku duduk dan study
supaya faham dan arif sekali
Kalau macam ni gaya tak henti2 insyallah murah rezeki
Hi..hi..hi perasaan, angkut bakul bawa sendiri

Alhamdulillah pagi tadi, aku dah register downline aku lagi
juga rakan sealiran perniagaan sebelum ni
malam tadi aku dah forward DVD kepada 2 kawan aku lagi
sekarang ni aku tak perlu cakap aper2 lagi
DVD dari upline aku dah jadi perantaraan kami
penerangan jelas lebih senang nak faham lagi
terutama untuk aku yang baru lagi supaya maklumat tak tertinggai lagi
lagipun dengan cara ni orang tak ler rasa benci...maklumlah MLM siapa tak benci
Tapi pada aku semua ni terpulanglah pada pemikiran sendiri
Negative atau positif kita yang tentukan sendiri
sebetulnya perniagaan itu tak ader aper yang rugi
cuma pemikiran dan pandangan kita yang susah nak terima, apa lagi

Hari ini terlalu banyak perniagaan berasaskan e- dagang berkembang dan pesat tak henti2
ada saja yang masuk dalam PC dan mail box kita tiap2 hari,
percaya atau tidak kita kena siasat sendiri
Pekara yang perlu diperhati..pertama lesen yang diberi
siapa mereka yang berdiri sebagai lembaga pengarah syarikat ni
latar belakang mereka dan kejayaan yang telah mereka perolehi
Selain itu lokasi beroperasi, produk dan kaedah sistem beroperasi
satu lagi berapa lama syarikat sudah berdiri, apa faedah yang akan dan telah mereka beri
semuanya perlu dikaji, kepada yang mahir pelbagai maklumat akan diselidiki
modal syarikat, kadar keuntungan, dan plan operasi serta pihak yang menceburi,
semuanya akan dikaji,..inilah penentu kita dan syarikat boleh bertahan sekejap atau lamer lagi

setelah semuanya nampak jelas dan tak selindung lagi, tanyalah kepada diri sendiri
Mohonlah petunjuk Allah supaya beroleh hidayah, petunjuk dan jalan yang diredhai
Moga2 rahmat dan rezeki Allah kepada kita ada disitu dan kita pasti
semuanya agar kita tidak akan menoleh kebelakang lagi dan hati tenang dan yakin sekali
Keyakinan akan memudahkan pekerjaan kita nanti, seterusnya niat dihati
Niat yang baik pasti balasannya tetap juga baik dan kita yang akan merasa rahmat Allah nanti

selokaku hari ini bukan sekadar untuk hiburkan hati, cuma sekadar luahan hati
kerana semakin hari, aku semakin nampak, ruang yang Allah beri...
hatiku meronta2 selagi aku tidak bergerak melaksanakan niat dihati
Bila permulaan telah bermula, matahatiku, menjadi tajam sekali
Semua persekitaran diri, memberi aku anspirasi, networking aku infinity
setiap langkahku, pasti bersama niat dihati, cuma mencari mereka yang sama sehati
andai ada ...pasti itulah rezeki, bukan untuk aku tapi juga untuk dia sekali
cuma penilaian yang betul harus disertakan sekali pasti semuanya jadi
andai ada gagal didekati, ertinya ini bukan jalan mereka mendapat rezeki...
Allah berkuasa untuk memberi rezeki
kita manusia sahaja yang perlu memilih ikut fikiran dan gerak hati sendiri

Setiap perniagaan memerlukan modal.... sikit atau besar bergantung kepada kemampuan diri
Perniagaan apakah yang tidak memerlukan networking atau mencari pasaran iaitu manusia/orang, hatta produk berupa makanan kucing parsi
Semuanya memerlukan hubungan antara manusia dan manusia bukan kucing parsi datang kekedai membeli makanan sendiri....
itulah asas perniagaan didalam dunia ini

Sekian untuk hari ini lain kali jumpa lagi pasti
cerita ini takan habis lagi.....akan bersambung ...bila2 sesuai nanti....

10 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

gembira saya bisnes awak makin kencang :D.teruskan usaha..

harap2 bulan dah stop mengambang :D

26/11/06 12:20 AM  
Blogger maklang said...

salam....

ni kunjungan balas shami ke teratak maklang...

26/11/06 12:13 PM  
Blogger Shami said...

salam syikin, alhamdulillah itu yang selalu saya doa, apa pulak kencang syikin, cuma sepoi2 bahasa saja...saya pun ikut nasihat awak, cerita2...jangan jemu2...he..he

saya jujur dan ikhlas, dalam bisnes ni, saya nampak dan rasa apa orang lain tak rasa, ..saya nekad...kalau saya nak berjaya, saya kena ikut cara orang yang berjaya....kepada Allah saya berdoa...sentiasa..

ni bulan dah hampir stop..he..he
moood berblog pun dah ok, utk pengethuan awak saya juga aktif balik dalam ummiku sayang, saya nak promote bisnes saya..cuba lawat...

syikin, tunggu aper lagi, jom ler join, tak rugi...kita berblog sambil buat bisnes. secara e- dagang ni...cuma yang penting permulaan keluar modal RM456 dulu..ni Global ...sekali saja..pas tu kita start belajar silibus..dia..pas tu kita dah boleh start enjine untuk bergerak...dan kita kena mengajar..dari situ kita boleh berjaya...sikit atau banyak income, kita yang plan sendiri..ilmu ada deper bagi..alhamdulillah upline saya kreatif..dia provide dalam bentuk DVD so silibus tu dah boleh cover kat rumah saja.....kita cari orang bukan sebab kita nak ambik duit dia tapi kita nak bagi peluang bisnes juga untuk dia, supaya dia boleh jadi usahawan...berjaya
nak cari orang pulak tak susah cukup ilmu didada, email kan ada, blog kan ada,ummiku sayang kan ada, yahoo kan ada, kita boleh guna untuk cerita, dan forward benda ni...dalan negara atau luar negara, kalau kita pandai explain, kita berjaya...kalau orang minat, dia faham, mesti dia mau punya
insyallah...hendak seribu daya tak hendak tak boleh paksa..he..he

Mak lang, salam, kenal..terimakasih lawat blog saya...maaf ler entry kadang2 tak berapa sedap bahasa..dia..he..he jangan serik sudah la...kunjungilah lagi, agar kita boleh kongsi apa saja, atau boleh buat duit..juga..he..he..he

26/11/06 3:06 PM  
Blogger Ajzie said...

test test

27/11/06 2:50 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

shami,
ni lawatan balas kv. Bisnes apa ek? Oh ya, shami dlm bidang qs, nanti boleh la kv jd protege. Heheheh. Kalau ada kemoskelan boleh tanya shami, kan? ;)

27/11/06 8:54 AM  
Blogger Shami said...

adjzie; test aper tak faham..he..he

kasut vinci: Bisnes jana pendapatan keluarga secara e-dagang...MLM juga kalau minat nanti email kat shami...
pakai USD...satu hari min rm100, sebulan min 20k...kalau nak lebih pun boleh...ikut suka hati ,..he//

ye shami QS..he..he tanyalah aper pun shami tak kisah..punyer...

27/11/06 12:53 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

Tahniah, biz Shami semakin menjadi. Itu mesti because Shami tidak pernah mengalah dan berani mencuba! Bagus Shami. Sherin doakan agar Shami semakin berjaya.:)

27/11/06 7:50 PM  
Blogger Shami said...

sherin, wa lama tak update blog...terima kasih, kunjungi saya..alhamdulillah, setiap hari ada orang bertanya mengenai biz ni..shami dah atur strategi marketing,..memang takan mengalah...sebab kalau usaha, kena cara..rezeki tak kemana...terima kasih dokan saya...saya doakan juga sherin berjaya dalam apa jua sherin buat...

27/11/06 9:30 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

heeh..shami, tima kasih awak tak putus2 pujuk saya. lum terbuka pintu hatila hehe..

eh, tadi saya masuk blog mamasarah tau, nampak awak pun masuk sekali. baru saya tau, yg nama Mynn tu panggilan utk suami MSarah ni..kalau awak nak tau muka mamasarah ni, awak masuk balik blog mamasarah tu n kliklah kat nama Mynn dlm komen kat entri terkini tu..ha..adalah gambar mamasarah tu. rupanya Mynn ni pun blogger gak..banyak gambar depa sekeluarga tau..hehe, kecik aje rupanya Msarah ni..pegilah tgk..

27/11/06 9:34 PM  
Blogger Ajzie said...

Ooo saya test2 coz masa tuh saya rasa saya dah beri comments..tp saya lihat tak de pulak..so saya pun tak sure kemana perginya..Tgk yg saya buat test2 plak yg ada..Sori ya.

28/11/06 4:14 PM  

Post a Comment

<< Home