Mari mencari keredhaan Allah
Malam ni malam aku bercuti sempena bulan mengambang,
kalau tidak waktu ini aku sudah membawa diri kesurau untuk bersembahyang (solat)
Malam2 yang lepas aktiviti aku, dalam bulan puasa ni rasa macam tak cukup masa
Masa berlalu cukup pantas, sedar2 hari ni dah 10 hari dah kita berpuasa
Baki bulan ramadhan lagi 2o hari insyaallah ...
Balik kerja jam 4.30 petang tapi husb jemput jam 5.00 petang
biasalah itulahpun masa dia tiba
Sampai rumah aku kedapur masak lauk lebih kurang,
husb pulak bawa anak2 ronda2
Sambil tu layan ler deper membeli makanan kesukaan mereka ala kadar
sebagai tanda hargai mereka berpuasa
Sebelah malam pulak sesudah berbuka, solat maghrib,
lepas tu kami akan kesurau macam biasa
Aku kesurau, bersama husb, along dan angah sahaja
anak2 yang dua ni dah cukup faham untuk dibawa
mimi, dan bang cik tinggai dengan maid kat rumah saja
sebab belum cukup faham untuk dibawa
Aktiviti disurau, ...sampai solat sunat , solat isyak,
solat sunat, tahlil, solat sunat terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat,
tazkirah, makan moreh, dan tadarus,
itulah program aku dan keluarga,
semuanya selesai jam 12 malam
Sampai rumah, badan dah letih, PC ku pandang2 jer...
kawan2 kat blog ingat juger...
Jam 5.00 pagi bangun sahur,
alhamdulillah anak2 walau tidur lewat
namun waktu sahur, along, angah bangun...makan
siap mandi pakai baju sekolah, ikut aku dan husb solat jemaah kat surau
kadang2 kalau mimi dah bangun bawa juga mimi kesurau,
waktu subuh jemaah perempuan adalah 3 , 4 orang,
aku baringkan mimi sebelah dan aku bersolat
alhamdulillah mimi cukup faham
tidak sikit pun dia mengusik, apa lagi menganggu aku
walau pun umur dia 2 tahun....bukan memuji bukan riak
itulah mimi, anak dara aku sorang,
yang aku lahirkan dalam bulan ramadhan, tahun 2004
yang aku sempat berterawih saat akhir sebelum operation
cukup, cerdas, cukup bijak, cukup kelakar, cukup rajin orangnya..
semoga dia menjadi anak yang soleh ....
Malam2 disurau, berbagai gelagat manusia dapat kita lihat,
setiap kali tiba waktu tazkirah seringkali kita diingatkan,
tentang amalan dan ibadat kita dibulan ramadhan,
bagaimana kita menjaga ibadah puasa kita,
bagaimana kita ingin mencapai gred ibadah puasa yang terbaik
bagaimana kita ingin berada didalam rahmat Allah
Bagaimana kita ingin mendapat syurga Allah...
Aku menulis ini bukan kerana riak beribadat
tapi inilah realiti kehidupan dan masyarakat kita hari ini,
ingin kusampaikan buat panduan diri ku dan kawan2 sumer
Ada segolongan insan2 yang tidak mengindahkan,
waktu ibadah yang singkat ini, waktu inilah malam2 kita cukup meriah
kenapa kita manusia ini tidak menghargainya
cukupkah ibadah kita yang ada...
waktu2 dirumah Allah, umpama menjadi medan untuk berborak
Berborak tentang segala yang tidak bermanfaat,
sesungguhnya kita manusia ini sentiasa dalam kerugian...,
hanya Allah yang mengetahui ...akan amalan dan perbuatan kita,
Namun hanya mata hati yang terang dapat menilainya,
Tidak semua yang hadir disurau itu terang mata hatinya...
kenapa ...kerana kurangnya ilmu yang ada didalam diri kita
Kala azan berkumandang, kala kita didalam majlis ilmu,
tabiat harian kita masih disitu,
tidak sikit pun berubah..kemarin, hari ini esok....masyaallah
tidakkah kita berazam menjadi yang terbaik sesudah kemarin,
Bagaimana kita akan berubah, ..., tanyalah diri kita sendiri
Dimana, diri kita hari ini,....esok dan seterusnya,
hidup atau sudah kembali kepadaNya
tidakkah kita menginginkan syurga Allah
tidakkah kita takut akan neraka Allah...
itulah kisah segolongan masyarakat ditempat aku ini hari ini....
Menitis air mataku, kala subuh hari sabtu yang lepas kala usai solat berjemaah disurau
dari jauh, imam yang memimpin kami solat juga turut terisak menangis
kala mengalun ...
"Tuhan ku aku tidak layak untuk syurgamu,
dan tidak pula sanggup aku menanggung siksa nerakamu,
oleh itu kurniakanlah keampunanMu
sesungguhnya engkaulah pengampun dosa2 besar"
Marilah kita kasih akan majlis ilmu,
Marilah kita luang waktu menghayati dan memahami majlis ilmu
Supaya hidup kita sentiasa terang, dan amalan hidup kita seharian terjaga
dan berada dalam syariat, dan petunjuk Allah selalu
Manisnya hidup kita ini apabila kita beramal dengan adanya ilmu Allah
Sempena bulan ramadhan ini, bulan pengampunan Allah ini
Semoga diri kita dan keluarga kita didalam rahmat dan hidayah Allah sentiasa
Siang tadi, ada sahabat aku, dari MLM khabarkan,
solat terawih, juga diadakan disana setiap malam ramai...hadir
sesudahnya barulah sessi kelas macam biasa..alhamdulillah
pihak pengurusan amat menitik beratkan amal ibadat...
bukan harta dan kemewahan dunia saja dikejar,
akhirat juga turut dijunjung sama
walau aku rehat seketika, kerana tangungjawab ku dirumah Allah ini,
moga, apa yang tertangguh sebulan ini, akan dilipat gandakan Allah kemudiannya
Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih, penyayang , pemurah lagi Maha pengampun...amin

p/s: Rahmat Allah akan dirasai oleh hati yang terang, hati yang patuh dan menjauhi setiap larangan Allah tanpa ragu2...setiap masa dengan ikhlas dan jujur...
9 Comments:
masyaallah..memang awak mengambil kesempatan yg penuh dengan kehadiran ramadhan ni yea shami... bagus la...semoga Allah membuka pintu syurganya utk kita semua...
1. Bagus betul Mimi tu. Senang hidup bondanya, boleh beribadat di rumah Allah.
2. Mereka yang berbual kosong di surau/masjid. Memang mereka yang rugi. Tapi kita perlu credit mereka juga kerana hadir. Saya tentu kecewa melihat remaja atau mereka yang berpeleseran di bulan Ramadhan. SEmoga Allah memberi mereka hidayah.
3. Semoga anak2 Shami semuanya akan membesar menjadi orang yang berguna dan menjadi contoh anak bangsa yang berkualiti hendaknya.
Simah: Tahun ni nak lebih baik dari tahun yang lepas, rasa macam tahun lepas, kurang itu ini, tahun ni azam, tambah lagi peluang beribadat...Sememangnya dibulan ramadhan ini Allah buka seluas2nya pintu syurga untuk kita, cuma kita yang kena tanya diri kita sendiri, hendak atau tidak, moga rahmat Allah itu sampai kepada kita..ini...semua amin..
mamasarah: Anak2 adalah gambaran didikan dan asuhan kita...biasa2kan diri anak2 kita program macam ni...saya takut tengok anak2 jiran saya yang mak dan ayah mereka abaikan bab2 agama...takut2 bila kita ibubapa bila sampai hujung usia atau berada di alam sana, kita akan berasa sedih akan kekurangan anak kita hasil dari, kegagalan diri kita..menyesal kemudian tiada gunanya..
Ya moga kehadiran mereka akan menghasilkan perubahan selanjutnya...insyallah..remaja yang berpeleseran? dimana ibu dan bapa mereka, dimana tahap kesedaran dan ilmu mereka..sampai mereka menjadi begitu, minta dijauhkan dari terjadi kepada anak2 kita...amin, perlukah kita menunggu hidayah diberi tanpa ada kesedaran diri sendiri, sedangkan akal telah Allah beri....
Semoga anak2 mamasarah juga begitu, mari sama2 kita mendidik anak2 kita menjadi insan2 yang taat kepada Allah...demi agama dan bangsa..dan negara kita...amin
salam,
seronok baca kisah shami anak beranak beribadah di masjid..moga ia akan berkekalan hingga ke akhirnya. amin :D
Bagus Shami dan keluarga semua beribadat di masjid. Nanti kalau anak-anak sherin dah besar nanti nak galakkan mereka juga.
bergenang air mata sy baca kak.. hmmm satu hari nanti sy pon pasti akan jadi seperti akak dan keluarga bawak anak2 ke masjid.. sonoknyaaaa.. la ni bwk diri sendiri jek la hehehe
Syikin: Kita kena didik anak2 kita dari sekarang, kita ibu bapa sudah tentu mempunyai harapan yang besar terhadap anak kita, moga deper tidak kekok dengan masjid...
maklumat..saya bawa anak ke surau, surau tu sebenarnya tapak untuk masjid...tapi saiz dia besar juga...mungkin masa akan datang bila ada budget, akan diperbesarkan..insyallah..
saya juga doakan syikin sekeluarga,...juga begitu, ...amin
Sherin: Baik niat tu, anak2 kita saham kita bila kita dah tak da..esok2...bila kita dah tak da, hanya deper yang kita buleh harap untuk doakan kita ...
jadi kena didik elok2 supaya mereka menjadi orang yang berguna dan kita tenang disana...
Ayu: Insyallah..ayu boleh jadi lebih baik dari akak..akak ni masa kecik, rumah jauh dari masjid atau surau, ramai adik beradik...susah nak dapat pergi...sesekali jer..sekarang
alhamdulillah, ada suami ada kenderaan dapat bawa anak2...rasa nikmat beribadat dirumah Allah..yang tidak pernah berkesempatan masa kecik2...dulu..bertarawih, dengan majlis ilmu, dan tadarus...alhamdulillah walau jadual penuh dan padat..tapi hati puas...
salam
Selamat menyambut hari lembaran..maaf zahir dan batin :0)
salam,
selamat hariraya.moga lebaran ini bertambah berkahnya utk awak sekeluarga ya..
maaf segala salah silap komen saya utk entri2 awak ya..
Post a Comment
<< Home