Monday, December 04, 2006

Kawan

Kawan, berbagai2 jenis kawan
kadang2 ada yang boleh jadi lawan
Bukan lawan tinju atau sebarang lawan
Cuma lawan mulut atau saja tak mau kawan

Malam ni aku nak bercerita pasal kawan-kawan
Jumaat lepas aku bertemu seorang kawan
Lama tak jumpa cuma selalu saja bertalipon ,biasalah perempuan berkawan
kalau dah punya anak2 caralah nilah kami berkawan

Sana sibuk, sini sibuk tak sempat nak pergi makan2
Tapi kawan aku yang ni sedang melayani kehilangan
Kehilangan anak bongsu tersayang
Berumur setahun lebih, aku pun tak perasan
Kerana penyakit yang lambat dikesan
Namun kerana sebuah perjanjian
Kembalilah ia kepada yang Esa pada bulan Ramadhan
Namun berita itu amat mengejutkan
Aku dapat tahu selepas sebulan
Itupun kawanku tadi yang informkan
Sebab tempat tinggal kami berjauhan

Pertemuan kami, banyak yang dibualkan
Aku menjadi pendengar setia setiap luahan
Kehilangan, kesunyian, dan kesepian
Rakan sekeliling tidak dihiraukan
Kepada aku, dia menceritakan melepaskan resah hati yang terbeban

Penghujung pertemuan, dia memperlihatkan
Sebuah gambar yang di simpan
Cengkerang bertulis Allah yang dijumpa masa percutian
Ketika berehat dipantai memulihkan perasaan

Lantas aku mengingatkan kepada dia itulah petunjuk Tuhan
Buat hamba yang jadi pilihan, kasih sayang Allah yang tiada tepian
Kembalilah memohon doa dan restu, agar beroleh ketenangan dan keredhaan
Supaya hidup tenang dan dirahmati Tuhan
Setiap yang hidup akan dikembalikan
Bukalah hati redhalah dengan keadaan
Itulah hikmah setiap kejadian
Menguji manusia mengenal ketaqwaan dan keimanan
Pasti ada yang lebih baik akan dikurniakan Tuhan

Airmatanya bergenang mengalir perlahan
Meluahkan apa yang terbuku dilubuk perasaan
Tak terluah masa makan, kali ini tewas kala aku mengingatkan akan lumrah kehidupan
Lalu kami pun berdakapan, kerana aku teman yang faham perasaan
Menasihati ketika diperlukan sejak bujang hingga anak dah berderetan
Kami berpisah membawa haluan,
Pertemuan itu harap menjadi ingatan
Kasihku kepadanya sebagai seorang kawan
Tidak pernah berubah walau pun berbeza pendirian

Itulah kisah sebuah kehilangan
Seorang ibu terhadap anak yang dewasa atau masih menyusu badan
Remuk redam hatinya melawan perasaan hanya iman yang menjadi benteng pertahanan
Andai rapuh, punahlah, kehidupan, bukan mudah untuk dipulihkan
Marilah kita sama2 mendoakan agar roh anaknya ditempatkan di syurga dengan penuh aman
Tidak lupa sedekah Alfatihah kita hulurkan
Doa dan harapan moga seisi keluarga tabah menghadapi dugaan


P/s sebenarnya entry aku ni dah hampir nak hilang, carik punya carik alhamdulillah ada ,hilang penat ..menulis hampir sejam...

6 Comments:

Blogger Mama Sarah said...

semoga kawan shami tu tabah.

5/12/06 6:26 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

al fatihah utk anak itu.

kesiannya kat kawan shami. sebak pulak saya. anak tu baru setahun lebihkan..itu aje tempohnya Allah pinjamkan pada kawan Shami.

moga dia tabah.

bestnya main2 sms ngan kengkawan blogger ni..:D.

shami, camner resepi chicken chop n spageti (betui ke?) ni..laku tu mesti sedap sangat. blhlah share ya..

6/12/06 12:07 AM  
Blogger NBK466 said...

Alhamdulillah kawan Shami have your shoulder to cry on.... Al-fatihah..

6/12/06 2:06 PM  
Blogger zino said...

al-fatihah buat anak teman..

itulah guna kawan saling ingat mengingati.. saling nasihat menasihati..saling tegur menegur..

6/12/06 9:11 PM  
Blogger Ajzie said...

AlFatihah, moga kawan sahmi tabah.

7/12/06 4:55 AM  
Blogger Shami said...

mamasarah, saya harap pun begitulah, dia kata sekarang dia tengah pulihkan keadaan dirinya

syikin: kita kalau berkawan, hendaknya begitulah, saling bantu membantu bila memerlukan,saling doa mendoakan. Moga kita tabah juga bila diuji olehNya

saya bersms ngan mamasarah, syok dpt sms dari kawan yang jauh...mamasarah ye tak...he..he

Syikin nanti saya tulis dalam entry,....

nbk: Kawan ketawa senang dicari, tapi kawan untuk berkongsi kisah duka susah nak jumpa.

Zino: betui tu...itulah cermin diri kita ..kalau tidak, kita rasa kita betuiiiii... saja he..he

ajzie: Sama2 kita doa moga dia tabah...menghadapi dugaanNya...

7/12/06 9:35 PM  

Post a Comment

<< Home