Seloka 1, 2 dan 3 penuh berisi
Seloka 1
Jumaat datang lagi
Pastinya aku akan memperbaharui entry
Hari selasa aku EL pagi2 hari
Kerana menerima perkhabaran mak sedara sudah kembali
Bukan kembali sebarang kembali tapi kembali mengadap Ilahi
Jam sepuluh pagi kami bertolak pulang, hanya membawa anak yang kecik sekali
Siapa lagi kalau bukan Mimi
Perjalanan jauh jadi cepat sekali
Kerana suamiku memandu laju tak sedar diri
Habis kereta polis dipotong 2 , 3 biji, sambil pasang lampu hazard tanda emergency
Akhirnya sampai menjelang tengahari, jam menunjuk 1.30 tengahari
Jenazah sedang siap untuk diuruskan mandi
Sempat kami mengadap buat terakhir kali
Sambil membaca surah apa yang perlu sebagai hadiah buat simati
Doa kami moga rohnya dirahmati
Ditempatkan dikalangan orang beriman syurga firdausi..amin
Sungguh ramai sedara mara dekat dan jauh semua kembali
Satu tujuan, memberi penghormatan sebelum disemadi
Selesai tahlil dimalam hari, kami beransur meminta diri
Perjalanan kami diteruskan lagi, kini kembali kerna esok kerja lagi
Sampai Tapah mata mengantuk sekali tengok jam dah 3 pagi
Kereta dimatikan enjin, tanda kami berhenti
Distart balik tak mau dia hidup lagi
Lah mogok kut sebab penat siang tadi
Malas kami nak melayan lansung tidur rehatkan diri
Kami terlena begitu jugak mimi, sedar2 dah subuh hari
Tengok jam dah 6 pagi
Bergilir kami ke tandas bersihkan diri
Mengadap Ilahi sebelum meneruskan perjalanan lagi
Lah bila di start dah mau hidup kembali
Alhamdulillah, kami dapat teruskan perjalanan awal pagi
sampai Rawang dan jam 8 pagi terus beli sarapan pagi
Buat anak2 dan maid sekali
Yang kami tinggai semalam lagi
Jam 9.30 pagi aku dah sampai ofis masuk lambat siap tulis alasan lagi
Demi tanggungjawab yang perlu dilunaskan takut kerja bertambah lagi
Kurang2 ada yang siap aku tak kelam lambut hari2
Seloka 2
Hari ini hatiku sedih sekali,kerna manusia yang berhasad dengki
Dengki kerana kelebihan dirinya di atasi
Berbagai nista dilempar kepadaku tak betul sama sekali
Demi kerana untuk kepuasan diri
Diamku bukan kerana menyisihkan diri
Sekadar menimba ilmu dan membaca itu ini
Salah faham mereka tentang diri ini
Patutkah aku menjaja sana sini
Kisah diriku buat diketahui
Sesungguhnya tiada siapa tahu akan isihati
Tiada sekelumit rasa sombong diri apalagi hasad dengki
Hanya pertolongan, dan bantuan apa saja sedia dihuluri
Sebaliknya disalah erti, diriku menjadi bahan umpat keji
Serasa ingin gelak sendiri mengenangkan sikap manusia begini
Biarlah kerana kejahilan diri sendiri, tak kuasa aku nak melayan lagi
Ada akal fikirkanlah sendiri, dosa pahala buat apa dicari
Diri orang dicemin setiap hari, diri sendiri, tak kenal lagi
Oh Tuhan peliharalah aku, tabahkan hati
Buat benteng pertahanan diri, jangan sampai makan hati
Doaku moga mereka beroleh hidayah barang sekali
Biar sedar untung nasib ditangan Ilahi
Seloka 3
Malam ini aku menulis campur aduk kisah hidup dan juga resepi
Buat teman2 sudilah berkongsi
Menu chicken chop dan juga spagehti
Permintaan syikin teman sejati, yang telah lama dikenali
Hanya dialam siber tak pernah bersua diri
chicken chop
Ayam yang telah dibuang tulang...boleh didapati dipasaraya Sri Ternak pasar borong Selayang
Belilah berapa ekor nak
Jintan manis di tumbuk lebam2 jer , kuantiti segemgam
Lada hitam 2 gemgam, diblend agak halus
Kicap pekat
Sos Tiram
Gaulkan bahan2 tu dengan isi ayam dan perap
Agak2 tempoh perap tu biarlah beberapa jam
Simpan dalam peti sejuk 2 3 hari pun ok jugak
Lepas siap semua bolehlah bakar ayam tu
Pakai microwave pun buleh
Pakai belanga burger pun buleh
Pakai, tempat pembakar ada arang pun buleh
Sos black pepper
Susu cair
Sos lada hitam
kicap pekat guna 4, 5 titik jer buat bagi jadi kuah tu warna gelap sikit
Butter
Serbuk lada hitam lebihan dari yang diblend tadi
Soup cendawan segera dalam tin
Bila nak masak masukkan sumer bahan tadi, butter tu biarlah masuk awal
Biar dia cair baru masuk yang lain
kacau sampai pekat, kalau terlebih pekat tambahkan air sikit
lain2 masukkan gula garam sikit secukup rasa
Cara hidang
rebuskan kacang buncis jangan sampai lembik
rebuskan karet jangan lama agak masih rapuh
daun salad dikoyak
kobis ungu 2 ,3 helai
brokoli
limau nipis
tomato dipotong bulat
kentang goreng
mayonis
semua sayuran tu letak dalam pinggan sebelah chicken chop yg dah masak tu
tuang sos black pepper atas ayam tu
mayonis 1 sudu besar campak jer kat tepi sayuran tadi
dah siap boleh makan sedap..
Spagehti
Sphageti, belilah jenama yang ada tanda halal
Rebus dan toskan
Kuah spagheti
Daging cincang ramly mokni
Tomato puree jenama kimball
Soup cendawan segera dalam tin jenama kimball
bawang besar dipotong dadu
tomato segar dipotong dadu
sebuk oregano
serbuk lada hitam
myk untuk menumis
masukkan bawang besar tadi kacau
masukkan daging cincang
masukkan tomato segar dicingcang tadi
masukkan tomato puree
masukkan soup cendawan ..kacau
masukkan garam, dan sebuk lada serta oregano
kacau biar masak sampai mendidih..
siap ....boleh makan...tunggu apa lagi
Sekian sudah untuk malam ini
Moga jadi bahan bacaan teman2 diblog ini
Jika sesuai dengan kehendak hati, jadikanlah tauladan diri

14 Comments:
Pandai betul Shami berseloka di hari ini sambil2 itu memberi resepi.. Terima kasih daun keladi..ada resepi lagi letak di N3.
Hihi. AlFatihah buat sedara Sahmi.
Azi nak tanya, kuah spagetti Sahmi letak soup cendawan ker atau cendawan sahaja? Sup Campbell ker Kimball? Campbell yg tin merah putih tuh ker yg sedap dimakan bersama garlic bread tuh ker?
Al fatihah utk arwah..
shami siap bagi resepi sambil berseloka hahahaha u r very
original!!
al fatihah untuk arwah..
ajzie, soup tu lah..he..maaf ler kalau silap eja...he..he
Terima kasih untuk alfatihah kepada sedara saya tu
simah, dah lama u tak jengok...he..he biasalah saya tak pandai nak ceriter sesuatu dengan detail cam syikin...saya guna kaedah seloka...ringkas..he..he
Terima kasih kak Elle ...lain kali datanglah lagi.......
salam,
hehe..sedaplah awak berseloka, yg lawak tukan, sampai ke resepi pun saya baca stail berseloka hehe..tapi tak jadi sbb hujung ayat lain2 dah ahhaa
-al fatihah utk arwah
-doa banyak2 minta Allah bukak pintu hati org tu nak insaf
-terima kasih atas resepi ni ya..
resepi kuah laksa awak tu saya tak dan nak buat lagi..insyaAllah nak buat gak..
eh, bukaklah blog masakan..
shami...
alfatihah untuk arwah.
itu resepi periuk, bukan resepi kawah
shami ni berseloka mcm guru sekolah
saya ketawa ......kah kah kah kah kah.
hehehe
idham
terlupa nak jenguk hehehe jangan mare.. ni dah jenguk aper :0)
al-fatihah buat arwah..
Salam takziah buat Shami atas seloka 1 & 2..al-fatihah..
Syikin, Yah.. satu hari pasti, bukak blog masakan tu.he.he bacalah macam mana pun janji baca he.he
Idham: Terima kasih, he..he tak kisahlah resepi periuk ker kawah, janji buleh makan.he.he. Ada yang ketawa!, semoga lupa kejap masalah semasa, he.he.he
Tak mare, sajer paksa awak jenguk.berkali- kali..he.he
Terima kasih Zino
Nbk: untuk seloka 1 dan 2 jer ker.. yg 3 tu tak ingin ker komen.he.he
Alfatihah untuk arwah Mak sedara Shami. Tahniah kerana saya suka sgt baca seloka Shami ni. Pandai la shami ni.
sherin terima kasih datang jenguk saya dan minat seloka saya. Pandai sikit2 saja. he..he..he tak reti nak buat karangan panjang2 diri sendiri malas nak baca.
shami..seloka tu pun dah panjang juga. Ha, ada bakat berkarya rupa-rupanya Shami ni. bagus tu.
Terima kasih sherin, alah, karya sikit2 jer, buat hiburan diri sendiri dan kawan2..he..he sherin pun boleh buat jugak...try tengok...he..he
Post a Comment
<< Home