Hari ni hari sabtu....hari yang lepas sibuk macam selalu
Sibuk, belajar memandu, mengajar ngaji quran lepas tu penat uruskan anak2 gitu
Balik malam2 lepas jam 10, kekadang tertidur ngan anak2 pulak tu..lepas ikut jadual waktu
Sedap tidur, suami balik tak jaga bila dia ketuk pintu....penat ler tu..
Alkisah seminggu lalu, dapat diari dari bos aku
Kisahnya dia dapat banyak diari macam tahun2 yang lalu
Lebih2 offer kat aku....
Memacam fesyen diari yang ada, aku pun belek satu2
Cari yang berkenan maksud hati aku
Aha...dek kerana bos aku yang faham cara aku
Dihulur sebuah diari eksekutif islam kepada aku
Wah..gembira sungguh rasa hatiku..
Diari ini penuh berilmu, berbagai maklumat disisipkan setiap helaian tu
Doa ada, hadis pun ada, terjemahan ayat alquran pun ada, memacamlah jenuh aku nak sebut satu persatu
Kesimpulannya cukup sesuai untuk aku...
Banyak sungguh aku nak cerita ni
satu2 aku ulitkan dalam bentuk seloka ni
senang sikit, lagu ni...
Mula isnin sebelum keluar rumah, maid aku hulurkan tiket feri kat aku
Maksudnya dia dah nak balik, sementelah pula kontrak dah nak habis ni
Aku ingat aku yang nak beli, rupanya dia dulu pergi beli ni
Kata dia saya mau pulang 6 hari bulan febuari ni
Bersama saudara saya ..bla..bla ni
Sedangkan aku tau tamatnya 10 haribulan febuari
dia dah siap beli awal la ni
Bila lagi, masa aku hantar cuti baru ni
Dah seminggu dia simpan, baru dia bagi kat aku..
Patutlah muka dia aku rasa macam ada sesuatu..semenjak 2 menjak ni...
Emmm ada udang disebalik mi
Tak palah ikut suka hati...
Udah begitu aku bagitau suami
Maka rabu baru ni pergilah imigresen Putrajaya selesaikan sumer ni
Hemmm tiket valid sampai 3 bulan lagi ni
Lepas batal, cuma 2 minggu layak ada kat Msia jer ni
Nampak nya rancangan depa tu tak menjadi,
Maid aku kena pulang 1 febuari...
Itulah pepandai lagi,
Nasiblah....aku tak peduli...
Memo dari imigresen dah tertulis semua ni....
Selesai sudah, aku carik maid baru dari agen lain pulak ni
urusan perbincangan dah selesai cuma t'ggu dokumen sampai jer ni
Kira tak yahlah tunggu lelama lagi
Mungkin sebelum raya cina sampailah..insyaallah..
Kali ni aku carik agen yang betul2 macam consultant gitu
Bayaran pun setimpal dengan kerja dia ni
Pakej, RM 4000, tolak 3 bulan gaji termasuk fomema dan levi
Lari belum habis tolak gaji ganti, fail fomema ganti,
Gaji, egen akan pastikan dengan awasan majikan sendiri
Tak bagi depa ambik sesuka hati
kalau hantar kampung majikan kena minta nasihat agen
Supaya maid tidak menipu bagai ni.
Cuti ikut undang2 terkini, tidak boleh lagi
Melainkan atas budi bicara majikan saja ni
Kalau maid nak balik kg, gaji maid kena tahan 3 bulan...
kalau nak balik atas sebab tertentu..saja seperti ada kematian
Dengan siasat dari agen dari indon,jugak ni
lain2 masalah majikan kena runding dengan agen macam mana
nak kendalikan maid...consultantion akan diberi dari masa kesemasa
Kontrak kerja 2 tahun .....
Lega sikit hati kalau urusan teratur macam ni
Masa depan tak taulah lagi ni, moga semuanya baik hendaknya..amin
Dulu ingat depa ni kita boleh berlembut macam sedara gitu gini
Nasihat saya, tak boleh....depa ni lama2 tak sedar diri.
Kalau dah jumpa geng kita baik macam mana pun depa tak sedar diri.
Sebab tulah jangan dibagi pergi bercuti,
Kalau dia ni tak pandai bawa diri, lagilah problem dia bawak kemari...
Pening kepala kita yang tanggung sendiri
Macam aku la ni.....alhamdulillah dapat juga aku lalui
Walau dalam hati bagai duri menusuk sanubari
Pedihnya tak terperi....tawakal saja pengubat hati
Moga kami anak beranak dijauhi dari apa jua yang tak diingini
Lega rasa hati, terbuku hati dapat aku luahkan hari ni...
Hari ni kat surau, belajar bab fekah
bab syarat2 wajib solat 5 waktu
Syarat2 sah solat dan sebagainya
Berbagai hal lebih jelas kini, kerana ada praktikal
ditunjuk oleh ustaz , beserta hujah hadis sohih dan ayat al Quran sekali
Moga sempena maal hijrah tahun ni kita sama2 berhijrah dari yang baik
kepada yang terbaik..lagi
Rasa hati nak menulis apa yang aku baca dalam diari aku tu
Lah lupa pulak, nak bawak balik, nampaknya tangguh dulu ler ni....