Pengajaran akan kejadian
Hari ni hari ahad
Tak kemana saja berehat2
Sabtu semalam kekelas tajwib
Buat peningkatan bacaan al Quran
Itulah mukjizat akhir zaman
Mempelajari nya adalah suatu kewajipan
Kelas ini bukan sekadar kelas biasa
Diselit juga tazkirah dan sebagainya
Semuanya mengenai kelebihan dan manfaatnya
Mempelajari ,mendalami , mengamal Al quran sepanjang masa
Belajar dan mengajar ada kelebihannya
Anak2 lebih baik kita khatamkan
Moga generasi menjadi ikutan
Andai kiamat belum tiba,
Selagi dibaca selagi itu kita dapat ganjaran pahala
Walaupun kita sudah kembali kepadaNya
Andai kita mengajarkan kepada sesiapa saja
Fikir2kanlah akan saham akhirat yang perlu kita usahakannya
Kitab Al Quran, mukjizat akhir zaman
Mempunyai manfaat dan juga kelebihan
Dimurahkan rezeki jika diamalkan
Setiap huruf dibaca bersamaan 10 ganjaran
Sekelian Malaikat mendoakan kesejahteraan
Marilah sama2 kita berusaha mengamalkan.
Selepas kelas ada majlis makan2
Sepakat semua rakan mengaji
Ziarah teman yang baru pulang mengerjakan haji
Berbagai cerita kami berkongsi
Dijamu berbagai itu ini termasuk air zam2 sekali
Sebelum pulang buah tangan pula diberi
Tasbih dan juga sejadah lagi
Niat ziarah tanda persahabatan kami
Itulah balasan yang diberi..
Balik rumah dah jam 1 tengahari
Memasak aku walau anak2 masih kenyang lagi
Tadi cuma sarapan pagi, yang ni pula makan tengahari
Penat sungguh rasa badan,
Semetelah pula hari hujan
Apalagi ....bawak2 beradu sakan
Maklumlah seminggu sibukkan..
Buat cover minggu akan datang
Selepas asar, keluar membeli keperluan
Buat seminggu hari persekolahan
Hari masih mendung,kelam nak hujan
Rupanya hujan turun lagi sebelah malam
Sejuk sungguh rasa badan
Sementelah rumahku atas bukitkan
Sejuk air pipe rasa tak tahan
Sib baik ada water heater kan
Malam minggu tengok tv majalah 3 dan cerekaramalah kawan2
Kelong ikan suasana percutian, (boleh di syorkan pada babakan)
Kisah keluarga dan rakan2
bersama mimi dan abang cik an
Along dan angah ikut baba kesuraukan
Nak berblog pulak rasa tak ada idea nak keluarkan
Sungguh sejuk pabila dah tengah malam
Itulah cuaca disini kalau musim hujan
Sungguh sedih melihat berita
Nun insan di Johor sana
Diuji Allah oleh bencana alam
Dah 2 kali dalam sebulan
Semua nya ada hikmah dan pengajaran
Buat kita supaya ingat akan kebesaran Tuhan
Jangan sekali Allah kita persendakan
kelak bala bertamu tiada lagi sempadan
Sama2 kita bermuhasabah, menjauhi kesilapan
Memohon ampun, dan juga taubat akan kesilapan
Jangan diulangi pekara2 yang ditegah Tuhan
Memang ini nampak seperti bencana Alam
Sedarkah kita siapakah pemilik kejadian alam
Marilah kita sama mendoakan,
Semoga tabah mereka menghadapi keadaan
Selamat hidup dimasa depan
Rahmat Allah kita pohonkan
Kalau tak ingat jugak akan kejadian
Masih duduk tak ada fikiran
Jangan lupa lebih teruk akan ujian
Dikawasan lain jangan ingat anda selamatlahkan
Esok lusa kita belum pastikan
Diri, keluarga dan masyarakat perlu kita ingatkan
hukum Allah tak kenal siapa, kita kan
Yang baik dan jahat sama2 kita rasakan
Hanya Allah yang akan nilai baik buruk insan
Akhir kata, marilah kita sama mengamalkan
cara hidup islam yang sebenar2nyakan
Jangan dipilih ikut selera hati tuan dan puan
Carilah ilmu, tambah2kan pengetahuan
Jahil kita satu kerugian,
menyesal kita hari kemudian
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad
Moga hidup selamat dunia dan juga akhirat
Tiada harta lebih bermanfaat,
Cuma 3 pekara sahaja yang perlu diambil berat
amal ibadah , sedekah jariah
Ilmu yang berguna dan
anak2 yang soleh dan solehah
Sekian....
7 Comments:
Shami...
panjang sungguh seloka yang dituliskan...
banyak pula nasihat yang diselitkan...
moga kita tak lupa pada kekuasaan TUHAN..
musibah yang melanda adalah ujian...
semoga mereka semua dikuatkan iman...
menghadapi segala ujian Tuhan..
Kita di sini sama mendoakan..
kalau yang mampu hulurkanlah bantuan..
apa yang terdaya kita lakukan...
untuk menolong sesama insan.
Nenda & bonda pun berada disana,
Diselatan tanahair yg dilanda bencana,
Syukur rumah terselamat & juga harta benda,
Sbb dikawasan lebih tinggi ianya berada...
semoga kita semua tak dihayutkan oleh dunia..
kat sini.. alif ba ta disebut elif be te...jadi dapat bayangkan lah betapa terconfusenya anak saya sebab saya ajar alif ba ta cara syafiee..bila dah kat sekolah jadi elif be te.. so disebabkan diaorang tinggal kat turki ..saya biarkan saja diaorang...tak tau nak buat apa..
shami..awak ada yahoo messenger tak? saya punya
simahzaim1@yahoo.com
kalu awak ada boleh saya addkan awak?
sedih tengok mangsa banjir di johor, terutama kota tinggi.
pagi tadi baca online newspaper, gambar pengantin dalam perahu, kesian sungguh rasanya.
Kak lady:
wahai kak lady yang rakan yang disayangi
sudah pandai nampak gaya berseloka ni..hi..hi
itulah teladan yang perlu kita renungi
kandungan Al quran telah jelas menerangi
Cuma kita manusia lalai untuk memahami
Pagi hari menatap berita terkini
Sedih sungguh dengan berita ni
Bantuan diminta dari semua segi
Buat keperluan yang ditimpa musibah ni
hatta telekung untuk menunaikan ibadah terhadap Ilahi...kalau kita buat tak endah...macam mana ni...
duk jemput mawi lagi hiburkan mangsa ni...oh, manusia akhir zaman buta sungguh hati nurani...
nbk:
alhamdulillah begitu kisah
tentu sekeluarga tak rasa gundah
kepada Allah kita berdoa dan berserah
moga surut air bah...
simah:
Oh gitu ke...ni saya masuk kelas start balik dari awal...sebutan arab
alif, bak, tak, sak ..gitu..kalau tulis ikut huruf yg arabic tu ada hamzah kat belakang dia tu yg bunyik macam tu...tak pa simah, kat rumah kita ajar depa mengaji perbetul la pelan2...lama2 ok la...saya pun dah 33 tahun masih lagi belajar...perbaiki apa yang kurang...ilmu kalau dibiar akan malap, kalau digilap...makin bertambah saham akhirat...
ya saya ada YM ...njaya73@yahoo.com nanti bulehlah kita YM selalu...saya selalu masuk jam 9 malam waktu msia...nanti saya addkan simah punya YM...ok..
mamasarah: ya memang kesian, moga ikatan perkahwinan mereka berkekalan
Setiap musibah yang datang adalah kerana Tuhan sayangkan kita, bertujuan mengerakkan hati kita kembali kepadanya, jangan asyik dan lalai akan dunia..semata...betul dak...sama2 kita doakan mereka...
Post a Comment
<< Home