Thursday, February 08, 2007

Keutamaan Taat Kepada Allah


Dipagi Jumaat yang mulia ini marilah kita sama2 merenung bait2 ayat dibawah ini:

Kebahagiaan yang paling bahagia ialah panjang umur dalam ketaatan kepada Allah
Diantara wahyu Allah, kepada Nabi Daud a.s
"Tiada seorang hamba taat kepadaKu melainkan Aku memberinya sebelum dia meminta, dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa, dan mengampuni dosanya sebelum dia mohon pengampunan."

Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan apa yang memurkakan Allah maka orang2 yang tadinya memuji akan berubah mencelanya. Namun barang siapa mengutamakan ketaatan kepada Allah, meskipun berakibat orang2 menjadi marah kepadanya cukuplah Allah yang akan menjadi penolong dan pembelanya dalam menghadapi permusuhan tiap musuh kedengkian tiap pendengki dan kezaliman untuk tiap orang berbuat zalim.

Tidak ada ketaatan kepada orang yang tidak taat kepada Allah



P/S: Petang tadi maid yang aku hantar pulang ada kat Gombak...dia telefon rumah aku, cakap ngan angah.. dia dah dah datang kemari...hatiku dah tertutup untuk dia.....hanya Allah yang lebih mengetahui...kenapa dia telefon cakap ngan anak2.....kenapa dia datang..baru seminggu saja pulang..dah telefon sini......

Rindukan anak2..atau keselesaan yang tiada di tempatnya ..atau kami sekeluarga .....yang baik budi padanya.....namun segalanya...sudah..berakhir.....bukan merajuk...tapi takut pisang berbuah 2 kali...aku majikan

dia hanya bergelar...dot..dot siapa yang berhak,.....


Sekian wassalam

12 Comments:

Blogger NBK466 said...

Itu yg org BIDAYUH pernah berkata 'Better SAFE than SORRY'

9/2/07 11:23 AM  
Blogger zino said...

terima kasih kongsi tazkirah di hari jumaat ni..

biar le dia dengan pengalaman baru di tempat baru..

9/2/07 12:18 PM  
Blogger cikdinz said...

"better safe than sorry" tuh jawa yg ckp lah.
kau tak tau kaa...

9/2/07 12:40 PM  
Blogger Shami said...

nbk: Den kurang fahamlah boleh ekau terangkan..he..he

Zino: Sama2 zino...dia belum dapat kerja lagi....sedara yang bawak dia call kat rumah nak cakap husb, tapi kami kerja, jap tu dia call pulak cakap ngan anak2..kirim salam kat saya....

Itulah, biarlah dia dapat kerja yang baru, biar dia rasa susahnya..kerana tak bersyukur kerana dapat majikan seperti saya...

cikdinz: apo ko bondo ekau cakap tuh..he..he..he

9/2/07 6:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam,

tq atas tazkirah ini.

maid lama? hmm..dah mula terasa rindu ngan majikan lama ni :D

10/2/07 12:39 AM  
Blogger maklang said...

tqlah shami. ada maid ni memang kena banyak sabar kan

10/2/07 4:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

ada maid pun susah..tak ada maid pun susah.. iskh

10/2/07 4:44 PM  
Blogger Shami said...

syikin:Moga yang baik kita berkongsi bersama, saling ingat mengingati.

Dia rindu..oohh tidak..itulah kehendak dia ...biarlah dia pergi saja...ahhhhhhh..

Mak lang: Sama maklang...ada maid kena banyak sabar...tapi kalau buleh tak ndak ada maid..sampai bila ...hu..hu..hu .kerja rumah
bertimbun..banyaknya...he..he sabar2...dugaan

Simah: macamtulah..kita ambik dia kerja bukan percuma...dia mai sini nak tunjuk kuasa...ha...ha..bleh blah orang tak ingat nikmat kita beri padanya..nih..iskh..he..he..sabor jerlah...

10/2/07 7:36 PM  
Blogger Mama Sarah said...

baru seminggu sudah telefon ya? nak cari jalan ringkas lah tu.

semoga dapat pengganti yang lebih bagus lepas ni ya shami.

11/2/07 1:27 AM  
Blogger KAMATO said...

Cantik photo tu...thanks taskirah tu...'Kebahagiaan itu juga timbul dari hati dan sanubari yang suci dan menjauhi hasad dengki'

11/2/07 11:41 PM  
Blogger cikdinz said...

alah!!!hidop nogori semilan....

13/2/07 5:05 PM  
Blogger Shami said...

mamasarah: apa motif dia kurang faham...he..he

rasa macam tak nak ambik dah...tengah fikir tak habis lagik nih...tapi dah request dah...lambat kut..tak per bagi peluang saya fikir habis2

Komato: Terima kasih, setuju kebahagian dari hati yang suci, tetapi kita jangan lupa, hasad dengki itu permainan syaitan, hati manusia ini memang menjadi medan dia menguji....kuasa dia, kita kena jaga, dan waspada..kena selalu ingat kepada yang Maha kuasa...

cik dinz: aper ke hei..ni ..he..he

14/2/07 10:38 PM  

Post a Comment

<< Home