Monday, January 15, 2007

Motivasi dinihari

Buah rambutan yang lebat, berwarna merah, simbol usaha gigih,berani
membuahkan hasil/rezeki yang patut kita syukuri

Wang simbol rezeki
Sejak 2 menjak ni rajin pula aku mengepos gambar..ni he..he alah ciplak dari taman googles jer asal sedap mata memandang..jom kita memotivasikan diri dengan susunan bait ayat yang telah aku baca ini..............
Setiap orang mempunyai pandanganya yang berbeza dalam setiap pekara, dan kebanyakkan orang akan mempunyai respon yang berbeza, antaranya:
1) Melihat saja tanpa berbuat apa-apa
2) Melihat dan mengkritik saja tanpa berbuat apa-apa
3) Melihat sesuatu peluang dengan fikiran yang positif sekiranya Allah izinkan rezeki datang melalui peluang ni, apasalahnya menerima dengan penuh kesyukuran.
Hidup ini suatu pilihan kita berhak untuk memilih untuk berjaya atau sebaliknya
Untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita kenalah berusaha dan bekerja,
Janganlah anda menjadi seorang yang dapat melihat, tetapi tidak nampak pekara yang tersirat disebalik pengelihatan anda.
Umpamakan diri kita pabila ,melihat tin air minuman aluminium yang kosong,
apakah yang akan kita lakukan,
lihat dan sepak,
lihat dan pungut lalu buang ke dalam tong sampah, atau
lihat dan pungut lalu jual kekedai besi buruk dan seterusnya mendapat wang,
lalu dipendekkan cerita akhirnya menjadi usahawan besi buruk yang kaya raya,
walaupun tak nampak kaya.
" Berfikiran positif sepanjang masa, terus berusaha tanpa putus asa, senantiasa berdoa kepada YANG MAHA ESA, taat suruhanNYA, jauhi laranganNYA, sanggup berkorban apa saja,berbaik sangka kepada sesama manusia, redha dengan apa saja yangmenimpa, tidak menyalahkan orang lain dalam banyak pekara, mengakui kesalahan dan kelemahan yang ada lalu perbaikinya"
Namun jangan pula kita lupa hidup ini adalah terlalu singkat bila usia semakin meningkat
Justeru itu ingatlah pesan Rasullullah S.A.W yang bermaksud
" Sebaik2 manusia ialah mereka yang hidupnya memberikan manfaat kepada sekelian umat"
Semoga, apa jua yang kita lakukan selama hayat kita sebagai khalifah di bumi Allah ini bermanfaat, dan diterima ALLAh hendaknya dan beroleh ganjaran disisiNYA......
sekian....

14 Comments:

Blogger zino said...

terima kasih dengan perkongsian ini..

16/1/07 3:18 PM  
Blogger Mama Sarah said...

seperti Zino, terima kasih.

p/s: nak dekat bulan 2 dah ni!

16/1/07 8:04 PM  
Blogger Shami said...

zino: Ya sama2...

mamasarah: ya sama2 kasih...
p/s: kenapa dengan bulan 2....he..he

16/1/07 10:18 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

saya baru dpt blogging ni.

tq atas ingatan ni.

makin bertambah ceria blog awak ni ngan gambor2 yg cantik..teruskan.

17/1/07 3:37 PM  
Blogger Mama Sarah said...

(bulan 2) pasal business uptrend tu lah :)

17/1/07 6:44 PM  
Blogger Shami said...

Syikin: selamat berblog kembali...nyaris tengahari tadi nak sms kat awak..he..he lama tak update blog.

mamasarah: OOhhh ya ka...tak faham..he.he..tengahari tadi baru ja post cd ngan majalah terkini up kat 1 member Brunei..dia bagi alamat minta kita postkan apa2 maklumat berkenaan biz ni...

17/1/07 9:39 PM  
Blogger Idham said...

shami...:)

wah, ini dah jadi motivasi punya entry...

will start looking for tin minuman kosong now.
\
idham

18/1/07 3:54 AM  
Blogger Ajzie said...

Terima Kasih kerana sudi berkongsi

18/1/07 5:22 AM  
Blogger Shami said...

idham: ok la tu...asyik seloka ja tukar pula...he..he

Jangan tin kosong jer nak tengok...cakap2 kosong pun kena kurangkan..he..he

ajzie: Ya moga ada maklumat berguna dapat kita kongsi bersama...

19/1/07 7:00 AM  
Blogger aNIe said...

Shami...terima kasih kerana berkongsi...kak lady kalau tin kosong tu tak pernah buang...simpan...ketuk...jual...dpt duit...bagi anak2...hehehe

19/1/07 1:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

terima kaseh di atas kat-kata yg membina...
hospefully kite sesama menghayati maksud dan mesej yg disampaikan....

19/1/07 5:11 PM  
Blogger simah said...

peringatan yg bagus..thanks..

salam maal hijrah utk awak n family :0)

20/1/07 5:51 AM  
Blogger Shami said...

kak lady: samalah kita kak, akal kurniaan Allah...kalau dipergunakan sebaiknya pasti ada manfaatnya..itulah kelebihan kita..dari makhluk Allah yang lain..

p/s: kak, kadang2 bateri kereta tak pakai, lalu lori surat khabar. lama..jual jugak...duit bagi anak2..he..he,kadang2 tak sempat dah kena sebat dengan budak nakal...he.he..

cikdinz: salam kenal, salam maal hijrah...ya pengetahuan yang baik elok dikongsi moga berpanjangan ilmu...tu

Simah: Ya moga dapat dikongsi bersama , ...salam maal hijrah dari saya sekeluarga, semoga diri kita semua berhijrah dari yang baik kepada yang terbaik...

20/1/07 12:21 PM  
Blogger cikdinz said...

salam maal hijrah....
semoga hijrah kita diberkati oleh allah.....amin.........

23/1/07 4:53 PM  

Post a Comment

<< Home