Sabtu dan Ahad Hujung Minggu
Ini sambungan cerita pagi sabtu,
SMS diterima kelas Feqah ditangguhkan sebabnya aku tak diberitahu
Pagi2 lagi aku dan memasak,kari ikan tongkol menu macam selalu
Suamiku pulak sibuk menguruskan kanopi kerja hujung minggu
Kali ini tempahan diterima dikawasan Bangi
Sebabtulah sibuk bebenar suamiku ini
6 kanopi ditempah sekali , habis along dan angah mengikut ni
Bukan mendera bukan memaksa saja buat menemani
Apalagi 2 teruna itu sesudah terkurung 2 minggu
Peluang keluar memang ditunggu2
Membantu Baba macam regu
Tuan kenduri pun suka, layan mereka macam anak cucu
Aku dirumah rehat jer hari sabtu
Lepas makan tengahari, lawat blogku
Baru sekejap mata dah kuyu
Lepas solat zohor bawa beradu
Azan asar sayup kedengaran mendayu
Terjaga aku dari beradu
Ku talipon suami tanya ini itu
Aduhai jawapan diberi jangan ganggu
Malam Baba balik, nanti tunggu
Bosan sungguh rasa hatiku
Kubawa mimi dan bang cik ronda2 dulu
Kat taman permainan main buai laju2
Malam lepas maghrib baca 2, 3 ayat buat pengubat hatiku
Aduhai kena tinggai suami rupa begitu
Itu belum lagi bawa sampai seminggu
Cepat2 aku bawa beradu, sambil tu sempat baca buku
Lama2 terlelap juga mataku
Tiba2 talipon berbunyi aku terjaga dari beradu
Rupanya mereka dah sampai depan pintu
Tengok jam dan hampir pukul 1
Lalu kuturun buka pintu sambil tanya ini itu
Along dan angah kusuruh mandi siap pakai baju
Solat isyak sebelum beradu
Kini tiba giliran aku,macam dia tau2 lu
Suami ku pujuk ajak keluar makan tu
Saja nak ambik hati aku yang kena tinggai ler tu
Mata mengantuk selera nak makan pun buntu
McDonald Rawang yang buka 24 jam jadi pilihan
Burger, nugget dan kentang goreng jadi sajian
Bawa balik tak kuasa makan kat meja makan
Alamat makin kembanglah saiz badan
Pagi Ahad kepasar membeli keperluan
Sempat singgah pekena roti canai buat sarapan
Balik rumah tengahari masak dan makan
Lepas solat masing2 layan tidur sakan
Petang lepas asar, ikut suami jadi teman seperti biasa
Kini giliran aku dan dia saja, anak2 dirumah lebih selesa
Kami ke melawati sampai ke setiawangsa
Tujuan kami mencari kedai printing digital la
Kat melawati kedai buka, designer cuti pula
Sempat singgah makan bihun dan mee sup la..la
Sampai setiawangsa alhamdulillah ada kedai yang dibuka pula
Tiba maghrib, singgah dimasjid
Sementara kerja siap, suami berurusan aku layan baca majalah berjilid2
Hampir jam 9.30 malam akhirnya siap, tunggu lama aku jadi ralid
Sampai rumah anak2 tengah nonton tv tak kejip2
Maklumlah cerita kesukaan beb
Sekian sudah ceritaku malam ini
Rasa hati macam tak cukup garam ni
Maklumlah dah tengah malam penat pulak lagi
Esok2 ler sambung, kalau terlajak mau sampai pagi
Jangan lupa esok kerja ni

14 Comments:
cerita pasal kanopi tu..
ingin juga nak tau..
kalau nak tempah berapa satu..
mana tau senang bebila sampai waktu..
ada kawan yg boleh bantu..
Zino: harga biasanya mengikut lokasi..dan jumlah kanopi yang nak disewa, semua boleh bincang.
kalau perlu hubungi suami saya ni hp no 012-9332709 atau email saja kat shami0180@myjaring.net
terima kasih dengan informasi..
bila sampai masa pasti dihubungi..
bukan tahun ni mungkin setahun dua lagi..
tapi mana tau tetiba nak sekarang ni..
Kenapa duk tunggu depan pintu
Takde kunci pendua ke mereka2 itu
Kenapa pun komen den begini
Dok terikut rentak penulis blog ler nie...he..he..he..
salam,
hehe..
berpantun bagai dah org2 disini
buat penghibur hati yg sepi
bisnes kanopi makin menjadi
moga sentiasa murah rezeki
eh udah udah..ni seloka shami punya hal lah ni sampai menjangkit kat blog readers ni hehe.
rajin cik abe datang memujuk
belanja mcdonald utk yg merajuk
gembira hati org yg dipujuk
kerana ada org yg memujuk
hehe..
eweah, saya pandai cakpong * cakpong*
cepat siapa nak jual pantun pulak ni?
kot ada yang rajin nak beli.
wah...ha..ha saya nak gelak besaq...terima kasih kengkawan semua...ponat jugak ni kalau nak membalas...he..he
zino:
wahai encik zino yg bijak bistari
Besar sungguh hajat dihati
Kami disini sedia menanti
Sampai masa taliponlah kami
He..he
NBK:
Sungguh berkesan seloka ku ini
Buat teman sana dan sini
Wahai NBK yang baik hati
Sebenarnya depa tu tak bawa kunci
Hi..hi kalau tak pandai blajaq lah lagi
Berseloka kita bukannya rugi
Buat penghibur hati nurani hi..hi
Syikin:Salam syikin
Kita disini tiada keistimewaan
Cuma pandai menyusun bahasa
Kalau itu dah jadi ikutan
Hati sendiri yang terima bukan dipaksa..paksa..
he..he syikin itulah semua dah berjangkit...he..he
Terima kasih saya huluri
Buat syikin yang baik hati
Itulah dia rezeki kami
Berkat doa rakan dan diri sendiri
Andai sampai masanya nanti
Kawan2 blog saya undang kemajlis kenduri
Kalau sudi jemputlah kemari
Wahai puan syikin yang cantik rupawan
Saya merajuk bukan tunjuk perasaan
Sekadar hanya inginkan perhatian
Kalau tak buat dia tak perasan
hati didalam nak gelak ditahan2
he..he
mamasarah:
Kita disini penat berseloka
awak disana bertepuk saja ka
Meh ler kita beradu kata
Buat menghibur sesama kita
he..he..he
shami...
demam seloka dah mula berjangkit..
walau pun memang tak rasa sakit..
memula sesaja nak cuba berdikit2..
lelama memasing dah macam roket
hehe...
zino:
Lah demam seloka rupanya jadi
nasib baik tak demam denggi
jangan pulak terbawa2 nanti
asal bercakap berseloka pulak nanti..
hi..hi
shami..
sebut denggi den ado cerito..
cerita dah lamo masih tak lupo..
satu ghumah semuo kono
domam denggi ompek semuo
duduk spital tak boleh nak kato
lopeh sorang sorang tak boleh buat apo
angah keluar along masuk pulo
along elok den pulak kono
tak sompek elok mem di timpo
yg kocik terbiar pandai org yg jago
tak boleh buek apo tapi den bersyukur juo
akhir e semuo selamat terimo kasih kepadoNyo..
Amboi shami...panjang selokanya ni...tapi syok pulak baca...kak lady ni tak sempat nak pikir ayat2 seloka lagi dah...hehehe...nak tidor dah ni...
Berbakat rupanya shami ye...
kalau nak beli kat mana? Nak bawa balik Tawau buat business.
shami..kenapa kalau u type blog mesti mengantuk jer selalu? gamaknya blog menglullaby u to sleep kot?
Zino:
Sungguh laris seloka ku ini
Kalau jual kayo mak cik lagu ni
Wahai zino yang disegani
Sudah pandai nampak gaya awak ni
Itulah lumrah penyakit denggi ni
kena sorang semua ikut sekali
kaklady:
Wahai kak lady yang dikasihi
Lama benar akak bercuti
Apasalah cuba berseloka ngan kami
Lama2 pandailah nanti
kalau dah pandai susah nak berhenti
Cuaca:
salam kuhulur tanda persahabatan
Buat cuaca yang budiman
Apakah yang dicari gerangan tuan
Biar jelas saya fikirkan
Sampai ke tawau ingin niagakan
Simah:
Wahai simah teman sejati
mata mengantuk bukan menglulaby
Apa ke benda tu aku tak reti
Punca hanya selalu tidur dinihari
Post a Comment
<< Home