Wednesday, January 31, 2007

Aku, maid...dan dot..dot..

Hari ini hari rabu
Ofis aku tutup dek perayaan kaum hindu
Mengelak kesesakan itulah tujuan tu
Sehari sebelum udah diberi cuti tu
Jumlah semua 2 hari gitu

Cuti diberi bukan tanda sewaktu
Akibat kesesakan dan juga jalan2 yang ditutup tak buleh lalu
Selasa lagi aku dah cuti
Cuti untuk ujian memandu
Alhamdulillah aku dah lulus sekali tu
Berkat sokongan husb yang padu
Dari awai dia tunggu sampai ler cukup waktu
Hee...ingat ada upah yang dia tunggu...he..he
lain2 tu memang dia macam tu..
apa aku buat semua dia nak tau....

Selesai semua aku ke Medan Mara KL nu
Hajat hati nak jumpa cikgu ajar menjahit dulu
Nak ambik buku belajar jahit langsir yang aku order hari tu
Untuk adik ipar aku...yang kat Penang tu
Sampai sana terjumpa kawan lama 1 ofis dulu...
Wah sempat jugak makan2 sambil cerita tu
Selesai semua solat pas tu baru pergi ambik buku

Petang husb datang jemput, kami balik ke Rawang...
Sampai Rawang singgah pasar tani dulu beli barang2
Sampai rumah lepas maghrib, ajar mengaji, malam ni yang datang pun jumlahnya kurang
Selesai semua...kami pergi menghantar maid ku pulang
kami hantar dia kat rumah seseorang
kerna dia yang menguruskan hantar ke Port Klang

Sejak dirumah lagi husb dah berpesan
Kita ambik dia dengan cara baik,kita hantar dia pun dengan cara baik....
Sampai disana En Z udah tak dapat mengelak dari kami....
sebelum itu husb hanya call hp isteri dia tapi isteri dia tak der dirumah
Maka memang dia tidak tahu kedatangan kami...
Wajahnya tidak keruan...
Tapi kami sudah sedia, dan tak der rasa buat kesilapan
yang dulu itu dia yang mulakan cabaran...
Udah cakap macam baik sakan
Aku yang dengar rasa geli geleman...
Dipujuknya maid aku sambung bagaikan...
Disuruhnya bercuti nanti sambung kontrak kerja..lagi an..
Husbku jawab hanya sekadar 2 , 3 patah perkataan
Kami benarkan dia balik bercuti dengan duit sebahagian kami pegang ditangan
Dia tak setuju, maka kami pun tak ingin kontrak disambung sehingga tahun depan
lebihnya husb hanya diam....cukup sudah...kami menahan kesabaran
Pekerja seharusnya mengikut majikan
Bukan sebaliknya keadaan
Kepadanya makan minum aku halalkan
Sempat juga aku hadiahkan persalinan dan juga Al quran
Moga suatu hari dia boleh renung2kan

Hati aku berkata2 dalam diam
Engkau tidak akan berjumpa lagi majikan seperti aku kemudian
Masa tu baru kau tau...langit tinggi atau rendah bukan.....
Bukan dendam perasaan tetapi, itulah perangai manusia tak sedar dirikan
Kebaikan orang terlupa pandang...kehendak hati yang jadi pilihan
Majikan mana boleh tahan....cukup masa boleh jalan....

Sekian wasalam....

Thursday, January 25, 2007

Promosi Peluang Jana Pendapatan Anda






selamat tahun baru semua, sempena tahun baru ini semoga diri kita semua sama2 berhijrah dari yang baik kepada yang terbaik insyaallah moga hidayah dan rahmat dari Allah sentiasa bersama kita dalam meneruskan perjalanan hidup kita dibumi milik Allah ini.

Satu perkongsian maklumat memulakan perniagaan , terbuka kepada sesiapa saja yang berminat, sama ada secara part-time, atau, yang ingin bersara, suri rumah, pelajar IPTA, penganggur, ataupun sesiapa saja, yang ingin menambahkan pendapatan keluarga ...merubah kehidupan atau membebaskan diri anda dari beban hutang dan masalah kewangan...

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, ....pilihan ditangan anda

"you say the same you stay the same"

E-COMMERCE BUSINESS PREVIEW "BICARA BERSAMA JUTAWAN"

Beliau akan berkongsi pengalaman bagaimana & apa yang beliau lakukan dan mencapai kejayaan dalam tempoh setahun

Do you want to earn RM200-RM500-RM1000 daily?

New idea making $$$$$$$$$ fast return, big return & no risk

" DONT MISS THE RIGHT AND GREAT OPPORTUNITY"

MASUK PERCUMA, SMS saya untuk mendapatkan pass masuk di hp no berikut:

019-2284344...SEBELUM ANDA MASUK KEDEWAN

Anda semua dijemput hadir di tempat dan waktu berikut:

SABTU 27/1/2007 JAM 3 PETANG

TEMPAT: DEWAN RAJA LAUT HOTEL QUALITY CITY CENTRE KUALA LUMPUR

(Berhampiran PERTAMA KOMPLEK)

tempat esklusif dan terhad, hanya yang berdaftar melalui sms sahaja diberi keutamaan.

Sekian harap maklum....


Saturday, January 20, 2007

Cerita dari hati nurani

Hari ni hari sabtu....hari yang lepas sibuk macam selalu
Sibuk, belajar memandu, mengajar ngaji quran lepas tu penat uruskan anak2 gitu
Balik malam2 lepas jam 10, kekadang tertidur ngan anak2 pulak tu..lepas ikut jadual waktu
Sedap tidur, suami balik tak jaga bila dia ketuk pintu....penat ler tu..

Alkisah seminggu lalu, dapat diari dari bos aku
Kisahnya dia dapat banyak diari macam tahun2 yang lalu
Lebih2 offer kat aku....
Memacam fesyen diari yang ada, aku pun belek satu2
Cari yang berkenan maksud hati aku
Aha...dek kerana bos aku yang faham cara aku
Dihulur sebuah diari eksekutif islam kepada aku
Wah..gembira sungguh rasa hatiku..
Diari ini penuh berilmu, berbagai maklumat disisipkan setiap helaian tu
Doa ada, hadis pun ada, terjemahan ayat alquran pun ada, memacamlah jenuh aku nak sebut satu persatu
Kesimpulannya cukup sesuai untuk aku...

Banyak sungguh aku nak cerita ni
satu2 aku ulitkan dalam bentuk seloka ni
senang sikit, lagu ni...
Mula isnin sebelum keluar rumah, maid aku hulurkan tiket feri kat aku
Maksudnya dia dah nak balik, sementelah pula kontrak dah nak habis ni
Aku ingat aku yang nak beli, rupanya dia dulu pergi beli ni
Kata dia saya mau pulang 6 hari bulan febuari ni
Bersama saudara saya ..bla..bla ni
Sedangkan aku tau tamatnya 10 haribulan febuari

dia dah siap beli awal la ni
Bila lagi, masa aku hantar cuti baru ni
Dah seminggu dia simpan, baru dia bagi kat aku..
Patutlah muka dia aku rasa macam ada sesuatu..semenjak 2 menjak ni...
Emmm ada udang disebalik mi
Tak palah ikut suka hati...
Udah begitu aku bagitau suami

Maka rabu baru ni pergilah imigresen Putrajaya selesaikan sumer ni
Hemmm tiket valid sampai 3 bulan lagi ni
Lepas batal, cuma 2 minggu layak ada kat Msia jer ni
Nampak nya rancangan depa tu tak menjadi,
Maid aku kena pulang 1 febuari...
Itulah pepandai lagi,
Nasiblah....aku tak peduli...

Memo dari imigresen dah tertulis semua ni....
Selesai sudah, aku carik maid baru dari agen lain pulak ni
urusan perbincangan dah selesai cuma t'ggu dokumen sampai jer ni
Kira tak yahlah tunggu lelama lagi
Mungkin sebelum raya cina sampailah..insyaallah..

Kali ni aku carik agen yang betul2 macam consultant gitu
Bayaran pun setimpal dengan kerja dia ni
Pakej, RM 4000, tolak 3 bulan gaji termasuk fomema dan levi
Lari belum habis tolak gaji ganti, fail fomema ganti,
Gaji, egen akan pastikan dengan awasan majikan sendiri
Tak bagi depa ambik sesuka hati
kalau hantar kampung majikan kena minta nasihat agen
Supaya maid tidak menipu bagai ni.

Cuti ikut undang2 terkini, tidak boleh lagi
Melainkan atas budi bicara majikan saja ni
Kalau maid nak balik kg, gaji maid kena tahan 3 bulan...
kalau nak balik atas sebab tertentu..saja seperti ada kematian
Dengan siasat dari agen dari indon,jugak ni
lain2 masalah majikan kena runding dengan agen macam mana
nak kendalikan maid...consultantion akan diberi dari masa kesemasa
Kontrak kerja 2 tahun .....

Lega sikit hati kalau urusan teratur macam ni
Masa depan tak taulah lagi ni, moga semuanya baik hendaknya..amin
Dulu ingat depa ni kita boleh berlembut macam sedara gitu gini
Nasihat saya, tak boleh....depa ni lama2 tak sedar diri.
Kalau dah jumpa geng kita baik macam mana pun depa tak sedar diri.
Sebab tulah jangan dibagi pergi bercuti,
Kalau dia ni tak pandai bawa diri, lagilah problem dia bawak kemari...
Pening kepala kita yang tanggung sendiri
Macam aku la ni.....alhamdulillah dapat juga aku lalui
Walau dalam hati bagai duri menusuk sanubari
Pedihnya tak terperi....tawakal saja pengubat hati
Moga kami anak beranak dijauhi dari apa jua yang tak diingini
Lega rasa hati, terbuku hati dapat aku luahkan hari ni...

Hari ni kat surau, belajar bab fekah
bab syarat2 wajib solat 5 waktu
Syarat2 sah solat dan sebagainya
Berbagai hal lebih jelas kini, kerana ada praktikal
ditunjuk oleh ustaz , beserta hujah hadis sohih dan ayat al Quran sekali
Moga sempena maal hijrah tahun ni kita sama2 berhijrah dari yang baik
kepada yang terbaik..lagi
Rasa hati nak menulis apa yang aku baca dalam diari aku tu
Lah lupa pulak, nak bawak balik, nampaknya tangguh dulu ler ni....

Monday, January 15, 2007

Motivasi dinihari

Buah rambutan yang lebat, berwarna merah, simbol usaha gigih,berani
membuahkan hasil/rezeki yang patut kita syukuri

Wang simbol rezeki
Sejak 2 menjak ni rajin pula aku mengepos gambar..ni he..he alah ciplak dari taman googles jer asal sedap mata memandang..jom kita memotivasikan diri dengan susunan bait ayat yang telah aku baca ini..............
Setiap orang mempunyai pandanganya yang berbeza dalam setiap pekara, dan kebanyakkan orang akan mempunyai respon yang berbeza, antaranya:
1) Melihat saja tanpa berbuat apa-apa
2) Melihat dan mengkritik saja tanpa berbuat apa-apa
3) Melihat sesuatu peluang dengan fikiran yang positif sekiranya Allah izinkan rezeki datang melalui peluang ni, apasalahnya menerima dengan penuh kesyukuran.
Hidup ini suatu pilihan kita berhak untuk memilih untuk berjaya atau sebaliknya
Untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita kenalah berusaha dan bekerja,
Janganlah anda menjadi seorang yang dapat melihat, tetapi tidak nampak pekara yang tersirat disebalik pengelihatan anda.
Umpamakan diri kita pabila ,melihat tin air minuman aluminium yang kosong,
apakah yang akan kita lakukan,
lihat dan sepak,
lihat dan pungut lalu buang ke dalam tong sampah, atau
lihat dan pungut lalu jual kekedai besi buruk dan seterusnya mendapat wang,
lalu dipendekkan cerita akhirnya menjadi usahawan besi buruk yang kaya raya,
walaupun tak nampak kaya.
" Berfikiran positif sepanjang masa, terus berusaha tanpa putus asa, senantiasa berdoa kepada YANG MAHA ESA, taat suruhanNYA, jauhi laranganNYA, sanggup berkorban apa saja,berbaik sangka kepada sesama manusia, redha dengan apa saja yangmenimpa, tidak menyalahkan orang lain dalam banyak pekara, mengakui kesalahan dan kelemahan yang ada lalu perbaikinya"
Namun jangan pula kita lupa hidup ini adalah terlalu singkat bila usia semakin meningkat
Justeru itu ingatlah pesan Rasullullah S.A.W yang bermaksud
" Sebaik2 manusia ialah mereka yang hidupnya memberikan manfaat kepada sekelian umat"
Semoga, apa jua yang kita lakukan selama hayat kita sebagai khalifah di bumi Allah ini bermanfaat, dan diterima ALLAh hendaknya dan beroleh ganjaran disisiNYA......
sekian....

Sunday, January 14, 2007

Pengajaran akan kejadian











Hari ni hari ahad
Tak kemana saja berehat2

Sabtu semalam kekelas tajwib
Buat peningkatan bacaan al Quran
Itulah mukjizat akhir zaman
Mempelajari nya adalah suatu kewajipan

Kelas ini bukan sekadar kelas biasa
Diselit juga tazkirah dan sebagainya
Semuanya mengenai kelebihan dan manfaatnya
Mempelajari ,mendalami , mengamal Al quran sepanjang masa

Belajar dan mengajar ada kelebihannya
Anak2 lebih baik kita khatamkan
Moga generasi menjadi ikutan
Andai kiamat belum tiba,
Selagi dibaca selagi itu kita dapat ganjaran pahala
Walaupun kita sudah kembali kepadaNya
Andai kita mengajarkan kepada sesiapa saja
Fikir2kanlah akan saham akhirat yang perlu kita usahakannya

Kitab Al Quran, mukjizat akhir zaman
Mempunyai manfaat dan juga kelebihan
Dimurahkan rezeki jika diamalkan
Setiap huruf dibaca bersamaan 10 ganjaran
Sekelian Malaikat mendoakan kesejahteraan
Marilah sama2 kita berusaha mengamalkan.

Selepas kelas ada majlis makan2
Sepakat semua rakan mengaji
Ziarah teman yang baru pulang mengerjakan haji
Berbagai cerita kami berkongsi
Dijamu berbagai itu ini termasuk air zam2 sekali
Sebelum pulang buah tangan pula diberi
Tasbih dan juga sejadah lagi
Niat ziarah tanda persahabatan kami
Itulah balasan yang diberi..

Balik rumah dah jam 1 tengahari
Memasak aku walau anak2 masih kenyang lagi
Tadi cuma sarapan pagi, yang ni pula makan tengahari
Penat sungguh rasa badan,
Semetelah pula hari hujan
Apalagi ....bawak2 beradu sakan
Maklumlah seminggu sibukkan..
Buat cover minggu akan datang

Selepas asar, keluar membeli keperluan
Buat seminggu hari persekolahan
Hari masih mendung,kelam nak hujan
Rupanya hujan turun lagi sebelah malam

Sejuk sungguh rasa badan
Sementelah rumahku atas bukitkan
Sejuk air pipe rasa tak tahan
Sib baik ada water heater kan

Malam minggu tengok tv majalah 3 dan cerekaramalah kawan2
Kelong ikan suasana percutian, (boleh di syorkan pada babakan)
Kisah keluarga dan rakan2
bersama mimi dan abang cik an
Along dan angah ikut baba kesuraukan
Nak berblog pulak rasa tak ada idea nak keluarkan
Sungguh sejuk pabila dah tengah malam
Itulah cuaca disini kalau musim hujan

Sungguh sedih melihat berita
Nun insan di Johor sana
Diuji Allah oleh bencana alam
Dah 2 kali dalam sebulan

Semua nya ada hikmah dan pengajaran
Buat kita supaya ingat akan kebesaran Tuhan
Jangan sekali Allah kita persendakan
kelak bala bertamu tiada lagi sempadan
Sama2 kita bermuhasabah, menjauhi kesilapan
Memohon ampun, dan juga taubat akan kesilapan
Jangan diulangi pekara2 yang ditegah Tuhan
Memang ini nampak seperti bencana Alam
Sedarkah kita siapakah pemilik kejadian alam

Marilah kita sama mendoakan,
Semoga tabah mereka menghadapi keadaan
Selamat hidup dimasa depan
Rahmat Allah kita pohonkan

Kalau tak ingat jugak akan kejadian
Masih duduk tak ada fikiran
Jangan lupa lebih teruk akan ujian

Dikawasan lain jangan ingat anda selamatlahkan
Esok lusa kita belum pastikan
Diri, keluarga dan masyarakat perlu kita ingatkan
hukum Allah tak kenal siapa, kita kan
Yang baik dan jahat sama2 kita rasakan
Hanya Allah yang akan nilai baik buruk insan

Akhir kata, marilah kita sama mengamalkan
cara hidup islam yang sebenar2nyakan
Jangan dipilih ikut selera hati tuan dan puan
Carilah ilmu, tambah2kan pengetahuan
Jahil kita satu kerugian,
menyesal kita hari kemudian
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad
Moga hidup selamat dunia dan juga akhirat
Tiada harta lebih bermanfaat,
Cuma 3 pekara sahaja yang perlu diambil berat
amal ibadah , sedekah jariah
Ilmu yang berguna dan
anak2 yang soleh dan solehah

Sekian....

Wednesday, January 10, 2007

Lambatttttttttttttttttttttttttnya

Malam ini aku akan mencuba lagi, menulis
Malam semalam dah penat menulis hampir sejam
Semua rosak kerana blogger under maintenance
Habis semua aku tak leh save, mula ok
Bila time save tak mo dia
Geram betul,malas dah aku nak menulis balik

Bagi menyedapkan mata memandang entry aku ni aku masukkan gambar bunga
Entah ler bunga apa aku lupa nak check...nampak cantik sejuk mata memandang ....
Hilang kejap rasa frust aku dek entry aku semalam
Tak der citer menarik kisah anak2 ja dan kisah maid aku yang makin malas sebab tinggai sebulan lagi nak habis kontrak.

Seawal jam 5.30pagi aku dah bangun mengadap Yang Maha Esa,
Menguruskan anak2 siap untuk kesekolah
Van datang jemput jam 6.30pagi
Pastikan depa bangun,mandi, pakai baju
solat jemaah,minum pagi dan naik van
Lepas tu turn aku pulak siapkan diri, masak dan keluar pergi kerja
Naman saja ada maid masak aku buat sendiri, bab cuci mencuci dia buat
kemas rumah basuh baju (pakai mesin auto) ampai baju, lipat baju, gosok baju anak2 (anak2 ja)
baju aku ngan suami aku buat sendiri. Tu pun tak reti nak rajin lagi...degil...tak makan nasihat....nak ikut rentak dia ja ketegaq ...entahlah
Lebih baik dia balik jalah....lagipun kontrak dah nak habis lagi 1 bulan ja
Ni tengah cari quotation agen nak cari maid baru....
Bila aku angin, baru kelam kabut perbetui kerja ...tu
Minggu persekolah memang sibuk sangat bagi aku, balik kerja..pastikan anak2 mandi, solat mengaji quran, mengajar mengaji, makan malam, check semua kerja sekolah, jadual belajar mereka, bagai ....tahun ni along dah tahun 4, angah dah tahun 3, abang cik dah masuk tahun satu....lagi bertambah...kerja aku...memeriksa semua keperluan mereka kesekolah..
tiap2 malam kena buat spot check beg sekolah dan kerja sekolah....takut tertinggai ka atau depa lupa nak buat. Kalau buat semua kerja baru lega rasa hati...anak2 lagi suka....kita melayan depa...
Tapi kalau tak kena mulut aku ni mulalah pot pet2 bersoal jawap dengan anak2.....takut kepada soalan2 cepu mas aku...kelam kabut depa siapkan semua...he..he..he ..kena tegas....sikit...
tapi masa time belajar ja..time lain ok..dek kerna mama mereka tegas ni depa pun semangat ja..tadi balik kerja belikan angah buku, terima kasih mama cakap dia...sejuk rasa hati
Along pulak tolong isikan air dalam gelas hulurkan kat mama
memacam ler servis depa bagi kat aku....nak gelak pun ada....he..he
Oklah utk malam ini dek kerna keletihan dan mata yang kian kuyu, esok nak bangun awai minta diri dululah yea....entah aperlah aku mengarut ni....
walau macam mana pun internet explorer terlalu lembebbbbbbbbbbb geramnyaaaaaaaaa

Wednesday, January 03, 2007

Majlis Korban












Gambar lagi......inilah suasana selepas solat raya,
Aku yang bertudung hitam sebelah kiri itu bersama kaum ibu yang lain sibuk kat dapur..he..he

Beratus2 lagi gambar dalam simpanan tapi ini saja yang sempat dipostkan.....

Kepada kawan2 sekelian selamat menghantar anak2 kesekolah.....

Tuesday, January 02, 2007

Suasana Surau Pada Hari Raya Aidil Adha 2006













Inilah suasan pada pagi hari raya aidil adhadi tempat aku,

Gambar 1 kiri atas: Husb dan ajk surau yang lain sedang mengira kutipan derma pada pagi tersebut

Gambar 2 kanan atas: Bang cik anak aku yang ke 3 sibuk nak interframe sekali

Gambar 3 tengah : Husb dan along bersalaman dengan imam surau kami

Gambar 4: Angah wakil bahagian lelaki bagi mengutip derma, inilah tugas angah sepanjang ramadhan dan juga pada hari raya korban

Gambar 5 : Imam sedang membaca khutbah

Gambar 6 : Suasana sebelum solat sunat aidil adha

Gambar 7 : Disebalik jeriji besi, itu yang bepakaian serba hitam, itulah aku

Gambar terakhir: Suasana surau pada pagi itu

Inilah sebahagian suasana jemaah surau, ditempat aku apabila ada sesuatu aktiviti yang berkaitan, keharmonian dan keakraban cukup jelas.

Gambar2 acara korban akan menyusul kemudian.....dalam entry berikutnya...

Wasalam