Salam Aidil Adha
Indah sungguh alam ciptaan Tuhan
Disaksikan kita sungguh mendamaikan
Kuucapkan Selamat hari Raya Korban (aidiladha)
Tidak lupa juga Tahun Baru yang bakal menjelang
Sejak malam jumaat aku berkobar menulis entry
Namun kuasa Tuhan mengatasi realiti sains masa kini
Gempa bumi nun di dasar laut Taiwan sana bersaksi
Ruang internet slow untuk dilayari
Hari jumaat ku bercuti
Saja menghabiskan tahun 2006 punya cuti
Nama saja cuti tapi ada hal uruskan itu ini
Maklumlah sekolah nak buka tak lama lagi
Ada saham juga nak kena beli
Buat menambah pendapatan keluarga kami
Cakap bab saham, bukan saham ASB
Tapi saham atau share company apa lagi
Kalau bukan Uptrend ler ni
Mana tau ada rezeki untuk kami sekeluarga nanti
Kalau berminat jangan lupa saya dihubungi
Ini bukan omong kosong saja ni
Memang suatu realiti
Tahun 2009 akan ke BSKL nanti
saham ditabur bukan rugi
Dapat pula supplement untuk kesihatan diri
Pilihlah mana yang disukai
kepada kawan ingin ku maklumi
Ruang shopping telah kumasuk dalam blog aku ni
Kalau berminat kunjungilah tempat itu nanti
Pakailah no ahli aku ni
Dapatlah harga diskaun nanti
Ataupun daftarlah diri
Harga berpatutan lagi berkualiti
Semua ada pilihlah yang berkenan dihati
kalau nak no ahli, emaillah kepada aku nanti
Sepekara lagi, kunjungilah laman web ini
www.smartkink2u.com buat menambah cash money
Usah difikir2 lagi,
Sekarang ni harga barang makin melambung lagi
Tahun depan toll dan minyak naik lagi
Langkah kita ketahun depan cuma 2, 3 hari lagi
Marilah kita tanamkan azam, majukan diri
Marilah kita cari peluang jana income kukuhkan ekonomi
Buat diri, keluarga dan negara yang dicintai
Jangan asyik mengeluh dan buang masa lagi
Rebutlah peluang yang lalu walau kita tak bersedia lagi
Bebaskan diri anda dari kemalasan diri
Carilah income dengan niat untuk diri sendiri
Dan menolong sesiapa yang tak reti
Kita semua sama sahaja
Walau kaya, sederhana atau miskin
Jangan rasa rendah diri
Gunalah akal yang Allah bagi
Sama2 kita berjaya dunia dan akhirat nanti
Malam2 ajar mengaji
Makin ramai la ni
Seronok rasa dihati
Mereka berminat mendalami
Tak jemu mereka datang berlumba2 lagi
Tahun ni lembu korban bertambah lagi
Hak milik penduduk taman ada 5 ekor sama dibahagi
Hak milik Takaful ada 7 ekor sama dibahagi
Semua berjumlah 12 ekor ni
Satu dihantar kerumah anak yatim, Darul Atiq kat Batang Kali
Husblah orang mengetuai
Dari bab lembu dicari, sampai ke menyembelih nanti
Bersama lain2 yang telah dipertanggunjawabkan ikut arahan pengerusi Surau kami
Sabtu semalam husb dah sibuk kesana sini
Memasang kanopi dan buat itu ini
Andai ada gambar nanti akan ku post dalam entry
Buat kawan2 sama2 kita saksi
Meriahnya majlis korban ditempat saya ni
Dah 3 tahun kami beraya kat sini
Kepada kawan yang istimewa dihati
Kuucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ATAU RAYA HAJI
Bersama kita menghayati
Erti korban yang Allah kehendaki
Telah dilalui sejak zaman Nabi
Kepada rakan yang pulang menziarahi
keluarga di kampung atau di sana sini
pandulah kereta berhati-hati
Semoga selamat pergi dan selamat kembali
Sekian berhenti seketika lain masa jumpa lagi
5 Comments:
salam,
salam iedul adha utk shami sekeluarga
sukanya baca sambutan aidul adha kat tpt shami ni. best pulak tu dpt menyumbang tenaga sama.mmg merapatkan ukhuwah.
saya balik rmh mil, tahun ni tak taulah berapa lembu tumbang. mmg setiap tahun rmh mil saya ni meriah ngan daging korban, apa taknya, fil saya ni mmg sibuk ngan sembelihan. kat surau rmh mil ni. pastu kat tpt lain lagi. saban tahun mmg 2 hari berturut2 dia akan menyembelih. dah jd tukang sembelih ni, mmg dptlah sikit bahagiankan..
kiranya, freezer rmh mil saya ni mmg akan penuh ngan daging2. sampai tak tau nak letak mana dah. pening kepala mil ngan bau daging tu. tp biasanya kami mmg bagi pulak pada sedara mara yg dtg berkunjung. macam biasa gak, mak saya pun dpt samalah. besan bagi hehe.
moga bisnes shami terus berkembang
Salam syikin:
bab ukhuwah tulah yang menyebabkan Takaful, berminat sekali lagi untuk membuat korban di surau tempat saya ni, memang meriah, sama2 masak dan makan disitu. Kira satu hari penuh kat situ, hari kedua dah tak dak dah..semua selesai hari tu jugak, sebab sebelum ni kan cuti sekejap ja...lagipun kat sini semua orang bekerja ofis. kalau kat kg mak saya pun hari kedua ada lagi...he..he
Ya insyallah hendaknya begitulah..moga tahun 2007 bisnes saya makin berkembang lagi..he..he
salam aidil adha..
zino salam aidil adha..dan selamat tahun baru...semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki begitu juga taqwa serta iman kita juga sentiasa ditingkatkan.
cadangan baik berhenti keje dan terus full time buat bisnes lagi untung....
Post a Comment
<< Home