Saturday, March 03, 2007

Salam kembali..


Hari ni aku sedia kembali
Setelah sekian lama menyepikan diri
Bukan tak kisah akan blog lagi
Tapi dek kesihatan yang tidak mengizinkan diri
Sementelah balik kampung diTahun Baru Cina itu hari
Kebetulan ada majlis keluarga lagi
Dan sibuk kerana dah tak dak maid lagi
Suami pulak pergi kursus 3 hari selepas balik bercuti
Jadi semua pekara aku kena kemudi
Masa ada hanya untuk rehat kan diri sendiri
Blog pun tak sempat nak kemas kini
Hari ni hari sabtu, aku kekelas feqah seperti kebiasaan diri
Ada sikit ilmu yang boleh dikongsi
Tentang cara mempertahankan diri
Kita sebagai manusia dari syaitan tak sedar diri
Dalam seharian kita bersolat, amalkan berzikir mengunakan jari jemari
Bukan tidak boleh mengunakan tasbih lagi
Tetapi ada kelebihan yang tersembunyi
Pabila kita mengamalkan tasbih mnggunakan jari
secara tidak lansung umpama kita mengasah pisau yang tumpul menjadi tajam lagi
Takut syaitan kalau kita bersentuh diri dengan kita ni...
Itulah antara keistimewaan kalimah dan amalan zikir ini
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah huakbar, selepas solat setiap hari...
Sepekara lagi sekiranya itu diamalkan setiap hari
Tangan kita boleh menjadi umpama mesin scan lagi.
Bukan mengesan penyakit fizikal dalam diri
Tapi mengesan makhluk lain bertapa dalam diri
Caranya, kiranya kita ingin menguji,
keadaan rumah kita yang ada penghuni tak dijemput cubalah...membaca ayatul kursi
Hembus ke tangan kanan sendiri
Berjalan berpusing mengikut arah lawan jam dalam rumah sendiri
Rasakan apa yang terjadi pada diri kita ini
andai meremang bulu tengkuk bagai ni...adalah tu penghuni tak diketahui
Andai itu terjadi berserta tangan yang lenguh , segala sendi
Maknanya masih kurang melakukan zikir setiap hari...
Haruslah kita amalkan supaya ini tidak terjadi
Itulah kelebihan senjata yang ada pada diri kita ini,
Untuk menentang si syaitan durjana ini
Amalkan zikir dengan jari jemari setiap hari,
Umpama kita mengasah pisau menjadi tajam sekali
Itulah senjata pendinding diri sendiri
Andai tersentuh pada kawan yang berpenghuni, berserta membaca ayatul kursi
Menjeritlah dia kerana terasa tajamnya tangan kita ni.....
Kalau ingin cuba pada diri sendiri boleh juga dibawa mandi
bacakan alfatihah, 3 kul, dan ayatul kursi kepada sebotol air, gunalah perahan 7 biji limau nipis
yang diperah dan dicampur dengan air tadi dan di masukkan dalam bekas mandi, bawalah mandi........insyallah keluarlah dia dari menghuni diri kita ini.....
Aku kini sudah membuat keputusan sendiri
Maid tidak akan aku miliki lagi
Aku akan menguruskan semuanya sendiri
Seawal jam 5.30 pagi aku bangun memasak dan mengemas itu ini
Siapkan mimi untuk kerumah pengasuh
Sebelum tidur malam sudah kusiapkan keperluan anak2,diri sendiri dan juga suami
Selesai semua jam 12 baru bawa beradu rehatkan diri.
Penat memang tidak dapat dinafikan lagi
Tapi hati aku puas, tak macam ada maid dulu lagi
Sentuhan aku terasa disegenap isi rumah
Puas bebas, yang penting hati sejuk tak sakit lagi
Terasa kembali, pahala aku berganda seperti dulu ...
Tak macam, masa ada maid, terasa ringan, hilang sesuatu
Terutama diri sendiri dalam rumah selama ini
1 tahun setengah memiliki 2 orang maid yang berbagai kerenah yang terpaksa ditangani
Hati ku tertutup untuk yang ke 3 ini
Semuanya aku batal, disaat akhir untuk membuat permohonan baru
Walau ada suara2 ibu mertua tentang, huru hara rumah tangga aku ni
Aku yakin, hasil asuhan aku dan suami terhadap anak2 mengatasi semuanya nanti
Masing2 sudah kubahagikan tugas sendiri
Semua kerja dibuat mereka tanpa soal lagi
Pagi kesekolah tengahari balik siap kesekolah petang
Kepada jiran aku berpesan tengok2kan mereka
Aku pula akan menelefon saat mereka kembali dan keluar rumah sambil tanya itu ini
Terasa lega, tak risau tentang maid lagi...
Kepada Allah aku bermohon moga anak2 dilindungi keselamatan diri
Walau dimana mereka berada ketika aku dan suami bekerja setiap hari....
Sepenuh hati aku bertawakal kepada Allah dalam menjalani kehidupan setiap hari
Moga tidak terjadi pekara yang tidak diingini....
Sekian sudah untuk kali ini
Dilain hari ada kesempatan bertemu kita lagi

Labels: