Sunday, September 17, 2006

Aku dan Uptrend

Perniagaan secara MLM memang sangat malas orang nak dengar
Walau bagaimanapun terpulanglah kepada diri masing2
Bagi aku apa jua yang orang bagitau, kalau aku berminat aku akan pergi selidiki sendiri
Tapi bagi orang yang telah memasuki alam perniagaan mereka mungkin akan lebih memahami
Perniagaan sendiri, adalah disiplin kita sendiri, kalau kita ingin berjaya kita kena sentiasa berusaha bersungguh dan bedoa dan bertawakal kepada Allah.

Sejak aku mendaftar perniagaan MLM secara ICT ni, dan menghadiri setiap sesi kelas dan seminar, berbagai maklumat dan motivasi diri telah aku dapat, juga untuk suami
Suami mempunyai perniagaan canopy dan printing, dan MLM ini adalah satu lagi peluang kami, untuk kami menambahkan ilmu.

Telah lama aku mencari, blog banyak membuka fikiran aku dan pengetahuan aku tentang internet,bermula dengan ummiku sayang, diikuti blog dan sekarang uptrend.
Selain berchatting aku secara tak lansung melaksanakan perniagaan secara on line. Setiap kali aku masuk blog, aku juga akan bekerja secara online bersama uptrend, tidak kira waktu dan masa, kerana ianya berjalan 24 jam.

Sebenarnya dah seminggu aku daftar, bermula 7/9/2006 dan hari ini 17/9/2006
Bermakna dah seminggu, sejak itu aku dah buat table talk secara home party kat rumah
Kemudian menghubungi kawan2 baik, email kepada sesiapa yang telah masuk mail box aku dan berjumpa dengan orang secara tidak lansung.

Kepada yang berminat mereka ingin mengikut aku dan suami untuk melihat sendiri keadaan sebenar ibu pejabat dan juga proses seminar secara percuma itu, dan bila kembali, petanda positif telah ada.

Dan kepada yang hanya mendengar melalui perbualan telefon, responnya adalah negatif, sama sekali, termasuklah kawan baik aku yang selalu telefon dan aku yang menjadi tempat dia mengadu masalah selama ini, cerita aku macam dibalas ejekan kepada aku, aku menerimanya secara positif, niat aku hanya untuk berkongsi pengetahuan yang ada.

Salah seorang kawan aku ini, berjaya membuka perniagaan pun kerana aku yang membuka lembaran kepadanya, sehinggalah aku siapkan prezentation aku dan aku hantar kepada suami dia yang juga kawan satu kelas dengan aku, dan dia tengok sendiri disham.ui2u.com, baru dia faham, dan dari perbualan dengan dia, ada tanda faham , tetapi sifat usahawan, apa yang boleh aku simpulkan disini , ruang fikiran perniagaan yang ada pada dia tidak global, walaupun telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Namun tanda minat itu ada.

MlM yang aku sertai ini adalah satu bentuk bisnes, yang mempunyai kedai didalam website kita sendiri, cabaran dan tentangan, sama saja dengan jenis perniagaan yang kita tengok diluar seperti kedai runcit, kedai bunga, kedai makan, pasaraya, kedai binatang, makanan binatang, kedai barang hardware dan sebagainya, itulah namanya perniagaan.

Perniagaan memerlukan modal dan networking, yakni hubungan sesama manusia,
selagi ada perniagaan selagi tu kita memerlukan manusia, untuk berjual beli
Bila aku bersuara, berbagai jawapan negatif dan positif yang aku terima,
yang positif, alhamdulillah, dan yang negatif aku terima dengan positif, dan dalam hati nak ketawa pun ada, sebab jawapan tersebut, menunjukkan kelemahan diri sendiri dan juga singkatnya fikiran mereka terhadap dunia perniagaan dan wawasan hidup masing2 terutama sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Bagi yang wanita yang berstatus isteri, mungkin ada batasan keizinan suami namun, andai ada minat tidakkah anda sanggup untuk memahamkan suami dengan niat murni kita itu.
Berniaga secara online ini bukan bermakna kita akan mengabaikan anak2 dan suami,dan kerja rumah tangga. Kepada yang belum berkeluarga, tidakkan anda ingin memperuntukan sedikit pelaburan untuk masa depan anda, kepada yang bekerja makan gaji, tidak anda bercita2 untuk berniaga, atau anda ingin bermula selepas pencen, selepas ekonomi gawat, tidakkan anda terfikir untuk memulakan dari sekarang. Perniagaan ini infiniti, boleh diwariskan kepada anak2, boleh dibuat bila2 masa, hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan.

Kita hanya perlu memperuntukkan sedikit masa saja untuk bekerja, mungkin sejam sudah memadai untuk satu hari, apa lagi melalui online, prospek( orang) kita juga boleh kita cari melalui internet. Tidak perlu keluar rumah.

Sesekali mungkin kita perlu membuat panggilan kepada ibu pejabat untuk mendapat maklumat, atau kalau dekat dan ada masa boleh turun sendiri ke ibu pejabat untuk melihat dari dekat. Seminar percuma ada setiap malam jam 9 malam hingga 10 malam, kecuali malam jumaat. Sabtu, separuh hari, sabtu petang sampai malam seminar khusus yang berbayar. Sekiranya tidak dapat datang untuk malam2 yang percuma itu.

tetapi sekiranya ada ruang untuk berblog, beberapa minit dan jam sehari
tidakkah ingin kita isi ruang yang ada itu untuk berniaga secara online yang pastinya
menambah pendapatan dalam masa yang sama, menjana pendapatan keluarga dan membantu insan yang lain yang amat memerlukan diluar sana.

Syarikat perniagaan ini adalah syarikat tempatan, yang sudah berkembang keluar negara, iaitu India, Thailand, filipina, Brunai, Singapura, US akan datang Jepun
Hanya dengan sekali modal, minima
RM334 (local) dan RM456(global) dengan pulangan yang cukup lumayan 20k sebulan,
60k sebulan Modal -+ RM 800 - RM950),
100k (Modal RM -+1500) sebulan dan
140k sebulan (Modal +-RM2,150)
Pulangan mengikut pakej modal masing2 ,
dengan modal sebanyak itu kita akan memperolehi pekara 2 berikut:
website, Satu ruang kerja email kita kepada prospek
dengan kita sedari akan status prospek kita melayari prezentation kita, ( link)
ruang untuk kita advertise perniagaan kita yang sedia ada,
statement akaun kita bersama uptrend,
bisnes card kita sendiri yang tinggal untuk diprint saja,
carta prospek kita yang telah mendaftar, dibawah kita
dengan pergerakan mereka dapat kita kesan aktif atau tidak,
kita ada ruang untuk mendorong dia bergerak,
tidakkah kita berminat.
Penyertaan anda memerlukan introducer,....

Hari ini, esok, lusa, minggu ini minggu depan bulan ni bulan depan, tahun ini, tahun depan, dimanakah kita dan wawasan hidup kita,
apakah yang akan kita bawa apabila kita sudah tiada di muka bumi Allah ini
ilmu yang berguna, amal jariah dan anak yang soleh,
sudah kita ada semua itu, atau cukupkah sudah semua itu untuk kita bawa nanti
tanyalah diri kita sendiri

Uptrend hanyalah satu bentuk ruang niaga, MLM secara ICT
dirumah, diwaktu lapang dan dimana jua kita berada,
tanpa kita abaikan tanggjungjawab kita yang lain.

Perniagaan ini tidak semestinya kita menjual barang, tetapi kita sebenarnya secara tidak lansung menjual website, dan masa yang sama kita diberi pilihan untuk menjual barang atau website sahaja. Kita juga dibayar bonus untuk penajaan orang, iaitu diplan A, dan bonus belian barang di plan B.

Barangan berupa produk kesihatan yang mendapat kelulusan jakim,
setiap satunya, berupa kopi untuk kesihatan seksual lelaki, krim untuk wanita dan lelaki, untuk penjagaan kecantikan kulit, dan makanan kecerdasan otak untuk anak2, omega plus dan pelbagai lagi keperluan seisi keluarga.

Hati kita terbakar, marah, dan berkobar2 melaungkan rasa tidak puashati ketidakadilan yang berlaku terhadap umat islam diluar sana, sanggupkah kita hanya tengok dan berdoa saja,
tidakkah kita ada usaha untuk membantu dalam bentuk material, untuk mereka bangun membina tamadun mereka semula. Sanggupkah kita melihat, musuh2 umat islam mengambil peluang ini untuk menghancurkan saudara seagama kita dan menghanyutkan mereka, melalui cara ini. Tanyalah hati kita sendiri, dimana kita sekarang.

Berbalik kepada MLM aku ini, kebanyakkan yang menyertainya adalah golongan profesional, doktor, lawyer, engineer, datuk, datin, kerabat diraja, ahli2 perniagaan yang telah berjaya hanya kerana niat itu, manakala golongan pertengahan, dan juga pelajar untuk diri sendiri dan keduanya juga untuk itu.

Menariknya disana, kebanyakkan adalah orang melayu, kemudian cina dan india, golongan cina merupakan para pelajar, india pelbagai peringkat umur, setiap bangsa memilih kumpulan masing2 disebabkan masalah bahasa. Seminar dibuat dalam bahasa melayu, inggeris, dan mandarin.

Golongan yang telah berjaya juga sentiasa ada disana, untuk membantu yang belum berjaya, atau yang baru ingin bermula, suasana bagai macam diuniverisiti suatu waktu dulu, kalau yang melalui proses itu, masing2 saling bantu membantu antara satu sama lain, ruang lobby disediakan sejumlah komputer untuk kegunaan sesiapa saja.
Sekiranya anda tidak mampu atau tidak memahami, kaedah perniagaan ini jemputlah kawan2 anda yang aktif agar kerumah anda untuk mengajar dan menerangkan segalanya.
Hubungan ahli perniagaan ini sangat indah, ukhwah yang terbina sangat kuat, tanpa meninggalkan tuntutan agama, setiap kita akan diingatkan akan tanggunjawab kita kepada agama sebelum dan sesudah kita mencapai kejayaan
Itulah hebatnya perniagaan ini.

P/S: kepada kawan2 yang berminat sila hubungi saya melalui email... shami0180@myjaring.net untuk maklumat lanjut.




4 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

Salam...

Shami, thanks email awak tu. saya dah balas.

Buat masa ni belum lagi saya nak join ya.

Good luck. All the best utk awak.

17/9/06 3:51 PM  
Blogger Shami said...

Waalaikum salam syikin,
Saya dah baca email awak dan saya dah balas balik, kita mungkin mempunyai cara dan haluan masing2 dalam meniti kehidupan...

Terima kasih untuk doa awak tu.....semoga kita berjaya dengan haluan yang kita ada...ok..

17/9/06 9:04 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

shami, bersemangat sunnguh shami dgn program MLM ICT ni. Seperti yg sherin kata dalam entry shami yg lepas, Shami try dulu kalau dah berjaya mesti ramai nak join.:)

Good luck!

19/9/06 9:02 AM  
Blogger Shami said...

Sherin, kalaulah saya dapat bawa awak dan syikin ke tempat seminar tu, ya Allah tuhan jer yang tau macam mana apa yang ada dalam hati saya untuk kawan2 sumer, ..jawapan sherin dan jawapan syikin tu memang dan biasa sangat.....

Tujuan saya ajak, sebab saya nak kawan2 saya berjaya sama2...kalau tunggu saya berjaya ...dah terlambat...saya kalau boleh nak kita sama2 rasa saat itu...bersama.

saya takan jemu untuk bercerita dalam blog ini, apa yang saya dapat dalam setiap majlis ilmu..itu...

Ya Allah kalaulah kawan2 aku faham apa yang ada dalam hati aku dan cuba aku sampaikan alangkah bahagianya.....aku dan mereka....

20/9/06 12:53 AM  

Post a Comment

<< Home