Gundah hati ku berseloka lagi
Malam ini malam jumaat
Penghulu malam pembawa rahmat
marilah kita banyakkan ibadat
Aman hidup dunia dan akhirat
Minggu ni aku ingin bercerita
Bercerita kisah cara bersahabat
Sungguh tak kusangka empunya berita
Hasad dengki dan buruk sangka betambah lebat
Inilah dia kisahnya bermula
Dirumah ceria dipejabat lara
Kisah aku insan biasa la
duduk diam pun depa kata tak kena cara
Pengalaman ada gaji pun selesa
Sementelah aku seniorlah pula
Tegur sikit dah terasa
Orang bawahan benci aku pula
Itulah dia perangai manusia
Kurang berilmu cakap hentam saja
Asal lepas geram yang dirasa
Selalu aku jadi mangsa
Diri bukan nak tunjuk kuasa
sekadar menjaga amanah saja
Pertama kali tak rasa lagi
2 tahun berlalu betandang kemusykilan
Mula2 tak berapa nak peduli
Lama2 rasa terkilan
Usia yang lebih, jauh pengalaman
Baik ilmu kerja maupun ilmu kehidupan
Kenapa aku jadi kecaman
Kalau benar buatlah teladan
Kenapa masih cakap yang bukan2
Kepada mereka rendahnya nilai persahabatan
Dipejabat saja dihati lansung tak simpan
Hatiku sayu rasa tak keruan
Kerana itu jadi amalan
Walau begitu cara mereka berkawan
Kepada aku tak tinggal kesan
Kepada mereka aku doakan
Moga hidayah bertandang kemudian
kepada mereka juga ku pesan
Kemaafan dariku terhadap setiap perbuatan
Kerana itu jadi tuntutan
Hidup dan mati menjadi ingatan
Hari ini ku ambil keputusan
Pendirian diri akan kupertahankan
Tak berkawan pun tak rugi bukan
Asal diri tahu hukum Tuhan
Baik buruk dapat dibezakan
Apa yang perlu kita suarakan
dari bercakap yang bukan2 dan macam2
Umpat keji tak suka aku amalkan
Dari bercakap banyak lebih baik duduk diam walau diri kena kecam
Sekian sudah seloka malam ini
Cerita sedih aku luahkan
Moga diri tak dibebani
Gundah hati beban perasaan
Oh Tuhan tabahkan hati
Berilah aku kesabaran diri
Untuk aku mengharungi
Permainan duniawi yang tak kekal ini
Amin........
Penghulu malam pembawa rahmat
marilah kita banyakkan ibadat
Aman hidup dunia dan akhirat
Minggu ni aku ingin bercerita
Bercerita kisah cara bersahabat
Sungguh tak kusangka empunya berita
Hasad dengki dan buruk sangka betambah lebat
Inilah dia kisahnya bermula
Dirumah ceria dipejabat lara
Kisah aku insan biasa la
duduk diam pun depa kata tak kena cara
Pengalaman ada gaji pun selesa
Sementelah aku seniorlah pula
Tegur sikit dah terasa
Orang bawahan benci aku pula
Itulah dia perangai manusia
Kurang berilmu cakap hentam saja
Asal lepas geram yang dirasa
Selalu aku jadi mangsa
Diri bukan nak tunjuk kuasa
sekadar menjaga amanah saja
Pertama kali tak rasa lagi
2 tahun berlalu betandang kemusykilan
Mula2 tak berapa nak peduli
Lama2 rasa terkilan
Usia yang lebih, jauh pengalaman
Baik ilmu kerja maupun ilmu kehidupan
Kenapa aku jadi kecaman
Kalau benar buatlah teladan
Kenapa masih cakap yang bukan2
Kepada mereka rendahnya nilai persahabatan
Dipejabat saja dihati lansung tak simpan
Hatiku sayu rasa tak keruan
Kerana itu jadi amalan
Walau begitu cara mereka berkawan
Kepada aku tak tinggal kesan
Kepada mereka aku doakan
Moga hidayah bertandang kemudian
kepada mereka juga ku pesan
Kemaafan dariku terhadap setiap perbuatan
Kerana itu jadi tuntutan
Hidup dan mati menjadi ingatan
Hari ini ku ambil keputusan
Pendirian diri akan kupertahankan
Tak berkawan pun tak rugi bukan
Asal diri tahu hukum Tuhan
Baik buruk dapat dibezakan
Apa yang perlu kita suarakan
dari bercakap yang bukan2 dan macam2
Umpat keji tak suka aku amalkan
Dari bercakap banyak lebih baik duduk diam walau diri kena kecam
Sekian sudah seloka malam ini
Cerita sedih aku luahkan
Moga diri tak dibebani
Gundah hati beban perasaan
Oh Tuhan tabahkan hati
Berilah aku kesabaran diri
Untuk aku mengharungi
Permainan duniawi yang tak kekal ini
Amin........
7 Comments:
salam,
tumpang simpati saya ngan awak shami.
moga awak kuat menghadapinya..
ngn org camtu, layan baik berganda, nanti depa malu sendiri, saya dah alami prkara camni.
sabarlah n banyak berdoa moga mrk berubah nanti
Dah lama dah duk layan..baik syikin, ada yang bapa meninggal kita dulu sampai pagi2, ada yang kenduri kahwin kita sampai rumah depa,jumpa ibu bapa sekali...macam2 bagai, tapi kekadang kita bercakap soal agama depa tak berapa suka..orang muda zaman la, biarlah..satu hari bila depa dah sampai usia macam saya...anak tengah membesar...depa rasalah macam mana..apa pentingnya ilmu agama, sekarang asyik duk nak berseronok saja.. mana ingat apa...
Dunia ...biarlah...saya cuma berdoa saja...satu hari depa akan sedar juga.
salam,
betul shami, bab agama ni sensitif sbnrnya, tu kekadang saya nak bercerita dlm blog saya pasal agama, rasa cuak gak..tp fikir tak cakap nanti berdosa sbb kita taukan.
biasanya, persepsi org bila seseorang cuba menyedarkannya akan cakap, macam bagus sangat nak nasihat org..atau depa akan cakap, awak nasihat org ni, awak pun buat sama ke apa yg awak cakap tu? ha..mmg ayat2 mcm ni menyedihkan, tp, kena tahanlahkan, kita tegur sbb kita sayang depa, mungkin depa tak perasan tu..tak pelah shami, yg penting awak doakan mrk insaf ajelah..
hehe..bila berbual ngan awak dlm tepon, saya dah dpt agak awak ni lurus orgnya, kalau nak ckp, mmg awak akan berterus terang.
He..syikin, biarlah depa, saya memang lurus,kalau bab agama memang saya tak boleh kompromi...cth kalau haram kita bagitaulah..haram..perbuatan tu..kadang2 bab haram tak elak, bab sunat cepat2 nak buat...yang wajib buat mudah...pulak...kalau cakap banyak ..tuduh kita ja pandai..
kita mengaji..depa tidak...itu ja bezanya.
Tak palah syikin, takan saya nak bersekutu dengan orang yang jahil macam tu...baik saya diam...biarlah kita dah tegur..dah..lain tu kita doa ja..
Kadang2 berat rasa mengharungi..suasana sekeliling macam tu..tapi gembira sangat satu hari yang baik tu terserlah dan kita dipihak yang benar, ...
Moga Allah menerima doa saya...
kat mana mana pun penyakit di ada..
pejabat kecik besar pun sama
hasrat dengki jadi agenda utama
umpat mengumpat perkara biasa
kalau di tegur melenting dia
kalau di biar menjadi2 pula
orang macam ni tak usah di kira
ada tak perasan tak ada pun tak heran
tapi..
usah di benci dengan orang nya
yg kita tak suka hanya perangainya
doakan dia sepanjang masa
supaya berubah menjadi manusia..
kehendak Allah tak siapa menduga..
yg buruk yg hina tetiba mulia
yg baik yg mulia tetiba celaka
Terima kasih wahai sahabat
Kerana bertamu penuh nasihat
Antara kita saling mengingat
Buat pedoman dunia akhirat
Kita manusia sama sahaja
Hari ni ingat esok boleh jadi lupa juga
Kita yang tua selalu waspada
Depa yang muda ikut hati saja
Semua nasihat tak pernah terima
Bila kena baru datang insafnya
kepada Allah kita berdoa
moga orang begini terima hidayahNya
Saya rasa anda ni sebenarnya yang bermasalah..cuba fikir dan bertanya pada diri anda sendiri kenape depa semua buat camni...?? meluat, benci, bosan pada anda mungkin juga, sesuatu perkara yang terjadi mesti ade sebabnye kalau tak bersebab musti depa tak jadi camtu..betul tak?? cuba renungkan kembali sebab musababnye dan cerminlah diri anda sendiri..????tak baik kita berprasangka buruk dan tuduh menuduh, ape yang terjadi sebabnye berpunca pada diri anda sendiri!!!..anda yang memulakan semua ini..!!! Persepsi yg dapat saya rumuskan mungkin agaknye anda ni seorang yg menunjuk lagak pandai di opis seolah-olah anda sahajalah yang betul dalam segala hal dan serba tau..macam depa tu semuanye tak betul..atau anda ni yg tak buleh nak terima nasihat dan teguran dari orang lain atau pun anda ni yg telah dipulaukan oleh depa di opis..!!cuba tanya pada diri sendiri nape depa buat camni pada aku..kenape???? Dulu saya pernah menjadi seperti anda riak terhadap diri sendiri serta tidak boleh nak terima teguran orang lain akibatnye saya dipulaukan oleh semua rakan2 opis malah big bos pun turut melakukan yang sama terhadap saya..saya menjadi tak keruan kenapa depa tiba2 buat aku camni??..Kesudahannye saya berterus terang dan bersemuka secara baik dgn depa..alhamdulillah syukur atas nasihat depa kerana menyedarkan aku..sebab kadang kala kita tak nampak dimana silapnye kita sebab tulah kita kena terima nasihat dpd org lain terhadap diri kita dan skrg kami satu opis seperti keluarga dan aman.Tentang bab beragama..tak perlulah anda nak menunjuk-nunjuk seolah-olah anda ini sahajalah yang beramal ibadat soleh, kalau anda mengata depa tu jahil aper anda ingat anda tu baguih sangat ka tak baik wahai sahabat..anda kalau bercerita bab beragama dalam blog ini memang baguih sangat tapi anda tak pernah fikirkan diri anda dan kehidupan anda sendiri..ape gunanye sibuk kesana sini mengejar harta duniawi dikala umur semakin meningkat bisnes spt uptren dan sebagainya yg takde kesudahanya..ape kejadahnye tu..!! cthnye uptren anda mendapat keuntungan daripada sapa?? bukan ke keuntungan itu adalah riba. Riba di dalam islam adalah haram dan keji. Saya dah mengalami pengalaman yang pelbagai..malah lebih dpd uptren semua hanyalah sementara..yang kekal dan abadi adalah kejalan ALLAH..kejarlah kita harta akhirat itulah jaminan kita nanti..hentikanlah kegilaan pada harta duniawi kerana ia bersifat sementara. Insaflah..cerminlah diri sendiri dulu sebelum membuat andaian yang tak berasas terhadap sesiapa pun..cubalah bersikap terbuka dan terimalah segala teguran dan nasihat yang membina dan belajarlah menghormati orang lain tak kira tua atau muda semuanye same jer ok..wasallam syukur alhamdulillah..
Post a Comment
<< Home