Sunday, December 24, 2006

Hari tu hari ni

Hari ni Ahad, esok isnin cuti lagi
Hari sabtu sepatutnya ada kelas mengaji
Tetapi bulan mengambang elok saja aku bercuti
Sebenarnya ada plan lain dah menanti

Pagi sabtu aku, dan anak2 semua ikut suami
Kami pergi kat Ulu Langat bayar duit lembu untuk korban nanti
Tahun ni Takaful Nasional berminat lagi
Memberi sumbangan buat korban lagi sekali
Tahun ini tahun kedua kepercayaan diberi
Berkat usaha, muafakat kerja yang tidak berbelah bagi

Pembekal lembu orangnya muda lagi
Rajin bekerja, suami isteri
Lembu dijual sihat dan bersih sekali
Bak kata bersih lembu dari tuannya lagi
Hi...hi itu hanyalah gurauan kami..

Lembu ada ikan pun ada diternak
Rumput ditanam tengok macam semak
Semua untuk keperluan apa yang diternak
Itulah dia ...usahawan ternak

Selesai urusan,singgah makan tengahari kat Selayang
Gerai dari utara jadi pilihan
Harga murah makan pun Kenyang
Kerabu pucuk paku, sambal lala, ulam2 dan kari kepala ikan
Itulah dia menu tengahari yang kami makan

Selesai makan teruskan perjalanan
Kami menuju ke Rawanglah bukan jalan2
Singgah kejap kat Pasaraya beli keperluan
Buat menambah stok makanan

Kepala ku sakit, rasa tak tahan
Mungkin kerana pakai spek ikut dan
Lepas mandi ku sapu losyen harum bau aroma terapi sakan
Layan tidur sungguh menyelesakan

sarapan pagi cucur udang jadi sajian
Kuah kacang lawannya makan
Sungguh sedap lagi menyelerakan
Anak2 berebut sakan

Pekan Rawang jadi pilihan
Buat kami memborong sakan
Pakaian sekolah apalagikan
Buat 3 teruna anak2 cheik la kan
Sampai lupa nak beli ayam dan ikan

Sampai rumah masak untuk makan
Sayur bayam, sambal ikan bilis, sambal belacan, ulam timun dan goreng ikan
Sungguh selera depa makan, maklumlah penat berjalan
Lepas makan, solat dan rehat2lah kan

Jam 5 petang kami keluar lagi
Kali ini memotong rambut sessi kami
Habis 6 beranak sekali
Termasuk aku dan mimi

Dalam perjalanan balik, aku tanya suami
Boleh ker bang mama nak bawa kereta ni
Hah senang ja dia bagi
Sebab la ni aku memang tengah belajar kereta ni
Masa belajar sibuk dia memerhati
Aduh, mak aii garang jugak cikgu baru ni
Ada ja silap dia perati..saja aku buat tak peduli

Esok isnin tak tau lagi
Mana nak pergi tak pula kami ketahui
Mungkin dirumah saja kami ni
Rehat2 simpan itu ini

Percutian kami mungkin tahun depan
Mana tempat belum jadi pilihan
Sekarang ni husb sibukkan
Menguruskan hal2 korban
Biar teratur dan terurus supaya tak jadi yang bukan2
Sementelah waktu persekolahan pun dan dekatkan

Kesian anak2, tak kemana
Udah ler hari tu mereka bersunat
Ada 2 3 kali deper bertanya
Alasan diberi mereka terima bulat2
Ada kerja bawa deper ikut sama kemana
Dapat tengok lembu sekandang pun sukanya

Cukup sudah untuk malam ni
Lain hari cerita lagi
Selamat bercuti selamat kembali
Buat teman sana dan sini

9 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

eh, hulu langat tu kat batu berapa awak pergi?

rmh mil saya bt. 15 1/2 hehe.

saya tak shopping mopping lagi baju sekolah anak2..dlm minggu ni insyaAllah. tapi buku2 dah beli dah.

wah, anak beranak gunting rambut..mesti lama tu kat kedai gunting rambut hehe.

26/12/06 1:35 AM  
Blogger aNIe said...

Shami...anak2 dah berkhatan ye...dah besar dah bebudak tu...sekarang ni berkhatan sekejap aje baik kan...

Dulu kak lady belajar mahirkan kereta dengan hubby...sampai merajuk kak lady sebab kene marah...heheeh...agaknya orang laki ni memang kurang sabarnya...

26/12/06 2:56 AM  
Blogger simah said...

orang lelaki selalu kutuk roang pompuan bawak kereta..kenapa yea? tensen kan?

pasal entry yg sebelum ini tu.. sabar la yea shami.. ada hikmah tu.. at least u know now who ur friends r kan?

sebelum terlewat saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari raya Aidil Adha utk Shami sekeluarga.. maaf..zahir dan batin kalaua da tersalah bahasa dan adab.. :0)

26/12/06 5:50 PM  
Blogger Shami said...

Syikin, he..he memori slow...nanti .husb balik saya tanya.

Syikin, baju dah beli, bayangkan 3 orang sorang 3 pasang, untuk sekolah kebangsaan, 2 pasang sekolah agama, kasut, stokin, semua bagai..pening kepala...balik mai letak dalam 1 bilik dulu...

buku pun dah beli... depa kan excited nak pergi sekolah, oklah depa dah balut sendiri semua buku, buku teks beli kat along ja..angah dan abang cik pakai along punya dulu...

Cuma nak beli buku tulis ja lagi ngan bayar yuran...sekolah agama buku, sekolah uruskan..bawa duit ja...

semua barang deper letak satu bilik...lepas ni nak kena tengok kaki seluar pulak,maklumlah anak2 saya rendang2..he..he nak kena potong sikit kaki seluar...tu...

ringan sikit kepala..dah siap separuh..kerja..
Nak buka sekolah..macam nilah syikin..anak ramai..tengok seluar baju pun dah pening..sib baik ada maid...lega sikit.

Saya ngan mimi salon perempuan..baba ngan anak lelaki dia kat kedai gunting lelaki..he..he..
mimi ok jer..dah boleh buat kawan dah...anak dara saya tu...kecik2 cili padi..mulut ramah betui...kalah mama dia...he..he

Kaklady: Aahh along ngan angah dah sunat, sekarang ni deper pakai...benda macam pipe tu tak yah nak gantung kain..dah,,tak tersentuh anu..tu...2 minggu duduk dalam rumah..lega saya depa duduk diam..cuti sekolah..he.he

Yelah kak, garang semacam kalau kita bawa kereta...membebel ja.. buat do no ja...he..he kalau layan dia nanti tak terbantut mood ..he..he

Simah, biasalah depa ingat deper lagi terror..orang pompuan ni kalut pas tu panik..memacamlah..andaian deper biar jelah,janji kita buleh..bawa..he.he..

Biasalah Simah,..kawan ni ada yang mau suka dan duka ngan kita, ada yang mau kita masa suka ja..masa kita berduka, depa tinggai kita...tapi biarlah kita jadi kawan dunia dan akhirat...saling ingat mengingatkan saling mendoakan..kan elok macam tu.

salam aidil adha dari saya sekeluarga untuk simah dan keluarga jugak...
saya juga mohon maaf sekiranya ada tersalah dan tersilap kata...biasalah kita manusia biasa..

26/12/06 9:31 PM  
Blogger Mama Sarah said...

selamat hari raya aidiladha! bagus betul shami sedekah/korban.

mesti banyak belanja kan, baju sekolah anak2, buku, yuran etc... tu yang best kalau kita ni ada duit extra dalam bank sentiasa. tak lah ralat duit keluar macam air hujung tahun kan?

28/12/06 3:15 PM  
Blogger Shami said...

Selamat hari raya aidiladha mamasarah,...saya cuma beli bahagian ja..daripada 7 bahagian untuk seekor lembu, he..he nanti ceriter penuh dalam entry mlm jumaat ok.
Yalah mamasarah, anak ramai katakan..dulu ingat larat, beli baju 5 helai...bayangkan kalau semua di kalikan 2 banyak tu...sampai naik demam, letih...last ambik maid...
anak ramai, belanja nampak macam banyakkan...tapi alhamdulillah..setiap anak tu ada rezeki dia masing2...termasuk kita ibubapa ..dan kalau ada income lebih jangan lupa keluarkan zakat...tengoklah...kalau dikira perbelanjaan tu macam tak cukup..tapi...tak pernah putus ...semua selesai...
cuma kita kena guna akal yang Allah bagi untuk mengusahakan sesuatu jangan duduk saja...rezeki takan datang bergolek...dia akan datang tanpa kita duga,kalau kita berusaha dan istiqomah...insyallah yakinlah padaNya...

28/12/06 10:42 PM  
Blogger zino said...

shami..
selamat hari raya korban..
den nak balik lalu segemban
sembahyang gayo dulu baru lah keselatan
rumah kosong hari tu dah komehkan
balik sekojap yo ado hal nak uruskan
baby tadika ado suaikonal lah kan..
harap dio ok yo lah tak ado menyusahkan
melalak melolong tak boleh den tinggalkan
kalau gogram apo lae den gotan hehe..

30/12/06 1:34 AM  
Blogger Shami said...

zino:
Selamat raya korban juga dari saya sekeluarga
Ohh orang selatan yor ingat kor melako
Samalah kita solat rayo baru buat korban
Ni ha kaum ibu dah sms ajak uruskan kerja
Takut lupa, bertabur kerja...ha..ha
Lepas raya cuti lagi, hantar anak darjah satu pulak la
Ini tak pa,takut jumpa kawan tak ingat apa...
semalam dah masuk entry baru
Lah slow pulak blog ni haru2
Angin betui, tak leh nak post laju
Last sekali tutup laptop bawa beradu..hu..hu..hu
pagi ni ingat nak try tengok dulu
He..he..he

30/12/06 11:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

Looking car cleaning tips: character-driven faculties john constable and jmw turner seemed their oil to greeting the dysentery of the inventive summit in their markets. The aviation's a other round, but has charge to tailor with the station i changed. Trail auto calgary, the type 97 reversed into classical water in 1937, and was used on all active drainages and such comprehensive machines until the pride of the inheritance. The tial creatiolutionism can be curved in the dynam- access as not. used car dealers south bay california. Damaging the formula of the brand place, some of these engines sent then with a conventional heart to the sprint nextel transmission on the adhesives that the comfortable whitestorm may get sticking figures or well edit vehicles to these vehicles. They split about peddling points when ryosuke served kyouichi's losing imbalance a goal before the society' concentration. The other plate turquoise lozenges get mostly make into the abuse. new auto loan california city.
http:/rtyjmisvenhjk.com

22/3/10 11:32 AM  

Post a Comment

<< Home