Friday, June 23, 2006

Akhirnya aku berjaya pos gambar






Akhirnya dapat juga aku pos gambar kat blog aku ni, rupanya ada benda yang aku salah set, patut ler bila klick kat add image tu tak menjadi. Terima kasih untuk Syikin di atas penerangan dia yang panjang lebar tu, sampai aku berjaya juga akhirnya.

Gambar (1) rumah tu adalah rumah MIL kat Pendang.

Dulu masa aku kahwin rumah atas kat bahagian anjung tu belum siap, tapi setelah 10 tahun berlalu, MIL berusaha menyiapkan juga rumah ni, walaupun FIL dah tak da. Rumah impian MIL & FIL dah siap akhirnya walau FIL tak sempat nak tengok.

Gambar (2) Inilah wajah2 permata hati aku dan husb

Yang perempuan tu shamimi, yang pegang mimi tu along, yang ada tanda tu angah, dan yang sebelah kanan baju oren tu abang cik.

Gambar ni BIL aku yang ambik masa kita orang balik kampung cuti hari buruh hari tu dan baru ni BIL email kat aku.

Malam ni juga aku telah berjaya pos gambar canopy, sesiapa yang berminat boleh ler jengok kat ruangan perniagaanku, dibawah tajuk canopy.

9 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

tahniah..tahniah..:).

saya ni tka pandai nak explain kat org, saya takut sangat awak tak faham. itu pun saya kena bukak jugak "create post" tu nak terangkan kat awak, sbb takut tertinggal maklumat.

sedihkan rasanya kalau kita berjaya memenuhi hasrat org, tp org tu dah pergi dulu..mcm kes rumah fil nilah.

saya dpt sms awak pg ni, bila saya balas, rupanya kredit abih..hehe.
ni saya sibuk bersiap nak p kampus jumpa supervisor. ok..wish me the best..

23/6/06 8:05 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

kak shami,
bestnya balik kampung hehehe sy nak balik kampung jugak. balik kampung johor hehehe petang ni after work.. balik johor..kota tinggi.nak ikut??? jommmmm

tomeinya mimi.. nak pinjam Mimi bleh.. nampak gagah je abang2 dia melindungi adiknya nan sorang itu hehehehe

23/6/06 9:09 AM  
Blogger NBK466 said...

Tahniah yek...Kalau Ayu pinjam mimi..bagi saya pinjam perdana tuh pun dah okey..he..he..he..

23/6/06 5:06 PM  
Blogger Shami said...

Terima kasih, lah...dalam2 sibuk tu sempat juga explain panjang lebar, yang si kawan tu tak reti orang tengah kalut ngan tesis,....ha..ha..ha

Sedih, betullah syikin, MIL saya cam mak awak gak, sorang, tak der apa nak buat dah anak2 sumer dah lepas, jadik ada rezeki lebih, tunaikan hasrat FIL yang tidak kesampaian tu...mungkin dengan cara tu terubat rindu dia pada FIL, sekarang ni aktiviti dia tanam pokok bunga, pulak habih keliling rumah penuh pasu dan pokok bunga...he..he..he dan batu apinya adalah...saya..he..he..he

Sure2 utk awak memang saya doa selalu..he..he.he..jangan kalut, buat sehabis baik...patut ler tunggu tak jawap ..sms tu..lah orang tengah sibuk...bertuah punya kawan...kaco betul...

Ayu: Balik kg, balik ngan sapa...( nyibuk)
Nak pinjam mimi ...buleh...mai ler ambik,....akak takut kamu tak terlayan jer ...he..he..he si kecik, ni boleh tahan ligat...dia. Mulut dia tak usah cakap ler...he..he..takut ayu, t'kejut dengar dia bebel...

NBK: Hai lamer tak kunjung ...tiba2 yo hari ni muncul, nak pinjam perdana ...pulak tu...eh apasalahnya ...buleh, baik dari ekau pinjam mimi, kalau pinjam mimi den takut ekau tak tahan yor, ...dengan mulut dia yg pot..pet..pot pet..tu..he..he...he

23/6/06 8:32 PM  
Blogger aNIe said...

shami...hah kan dah pandai tu...nanti boleh le upload gambar cantik2 lagi ye...

24/6/06 12:11 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

awak tau dak, bila sms saya tak dpt dihantar, saya try call awak, tp masa tu hp awak off pulak. ingatkan nak bagi instruction melalui tepon je..hehe

24/6/06 12:16 AM  
Blogger KAMATO said...

tahniah.. tapi kadang2 blogspot ni buat hal kalau kita download gambar, satu lagi mungkin boleh guna khidmat photobucket.com

24/6/06 3:33 AM  
Blogger Shami said...

Kak lady: Kecoh, betul saya dok nak upload gambar, syikin yg tengah sibuk pun saya kacau, he..he..he, mula try tu tak leh rasa macam nak nangis, gak tu yg sms kat syikin, he,..he..he. Lepas ni memang nak upload gambar habis, habisan he,..he..he, kak lady bila nak tunjuk gambar kat shami, teringinlah nak tengok.

Syikin: tiba2 jer saya teringat nak sms kat awak, hari tu memang saya sibuk kat office, tapi buleh teringat kat awak, ..he..he..he, kepala ligat, ada saja nak fikir.

Komato: terima kasih, akan saya cuba jugak nanti...lama tak kunjung, saya tak buleh lawat blog awak, dah lama sebab bila klick..dia keluar Not Found...tak tau kenaper, ....

24/6/06 8:11 AM  
Blogger Ajzie said...

betul tul kata kak Lady.. Letak ler pic banyak2. Leh share tgk..

24/6/06 4:23 PM  

Post a Comment

<< Home