Tuesday, July 25, 2006

Al-fatihah kepada yang kembali, kepadaNya ...

Hari-hari yang lepas aku sibuk, baik dipejabat maupun dirumah, bila masuk blog kepala aku dah beku. Aku hanya dapat ziarah kawan2 kadang sempat tinggal jejak kadang tidak. Malam ni aku ingat nak upload gambar tapi blog ni lembab semacam jer, jadi aku putuskan hari lainlah aku cuba lagi.

Hari ni 25/7 seorang insan seni kembali kerahmatullah, sedih menengok anaknya itu, ayahnya pergi didepan mata, aduh sedihnya rasa hati aku, bagai aku pula ditempat anak itu. Tambah lagi ayahnya sebatang kara, lagi sedih rasa hati aku....inilah hati seorang ibu bila melihat anak kecil lain kehilangan, aku pulak yang terasa lebih.....al fatihah untuk alahyarham Hani Mohsin semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang2 yang beriman. Semoga anaknya itu menjadi anak yang solehah hendaknya..amin.

Satu lagi berita, kematian adinda sultan pahang kerana ditikam oleh anak sendiri, Ya Allah sedih rasanya mendengar kejadian seumpama itu, semoga menjadi pengajaran kepada kita semua, seorang ibu yang mengandung anak selama 9 bulan, akhirnya pergi kerana anak itu ...al fatihah jugak untuk alahyarhamah....semoga rohnya rahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin.

Apa jua yang berlaku semoga menjadi pengajaran kepada kita semua, setiap yang hidup pasti mati, dari Dia kita datang kepadaNya juga kita akan kembali. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Entah kenaper berita2 diatas menyentuh hati aku kala ini...mungkin jua kerana aku juga masih lagi terasa akan pemergian nendaku itu.....al fatihah untuknya.................


11 Comments:

Blogger Mama Sarah said...

al fatihah.

26/7/06 9:01 AM  
Blogger Mamamanja said...

al-fatihah

26/7/06 4:41 PM  
Blogger NBK466 said...

Tiap hari, tiap masa pasti ada yg pergi kehadrat Illahi & jua ada yg dilahirkan kedunia

27/7/06 10:26 AM  
Blogger Izhal said...

Alfatihah... 3X...

Allahyarham Hani Mohsin baik hatinya, dua orang telah dia Islamkan... Tak ada gossip pasal dia waktu dia hidup malahan banyak pujian timbul setelah dia pergi...

27/7/06 10:31 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

takpe kak.. kite doakan aje mereka semua ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

akak take care yer.. :)

28/7/06 11:56 AM  
Blogger Shami said...

mamasarah: Semoga kita saling mendoakan,

Mamamanja: Setiap lepas solat moga kita tidak terlupa mendoakan semoga kalau kita yg dah tiada, masih ada yang mendoakan kita ...

Nbk: Begitulah kita setiap yang hidup pasti merasai mati, semoga kita tidak mensia-siakan hidup kita....

Izhal: Moga kita sentiasa berdoa, terutama untuk Rasul kita N. Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya, para sahabat, baik untuk diri sendiri, keluarga, maupun muslimin dan muslimat seluruhnya, moga esok juga kita akan merasai rahmat orang yang mendoakan kita.

Besarnya rahmat Allah untuk orang yang meninggal salah satunya, apabila ramainya orang hadir menziarahi jenazahnya selebihnya Allah saja yang lebih mengetahui, semoga Hani Mohsin salah seorang daripadanya.

Ayu: Semoga amalan berdoa sesama kita menjadi tanggungjawab bersama...

Pb: Hendaknya begitulah, itulah yang saya terasa sangat, harap2 anak itu mendapat hidayah, dari kejadian tersebut, juga ibunya...amin

28/7/06 7:49 PM  
Blogger Ajzie said...

Al-Fatihah. Moga roh2 mereka dicucuri rahmat. Amin.

29/7/06 2:08 PM  
Blogger Kiah Kardashian said...

Satu kematian...1000 keinsafan. Alfatihah untuk mereka

30/7/06 4:12 PM  
Blogger simah said...

Al fatihah utk yg telah pergi..

bab kerabat kena tikam ni sampai masuk berşta kat turki...dasyat betul

1/8/06 7:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » »

8/2/07 3:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Lose Sluggish Downloads Using NZB Files You Can Quickly Search Movies, PC Games, MP3 Singles, Software and Download Them at Electric Rates

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup Search[/B][/URL]

8/2/10 10:16 AM  

Post a Comment

<< Home