Sunday, July 16, 2006

Berlalunya hari2ku saat ini

Sudah seminggu aku tidak menulis, aku dah cuba menulis tapi tak menjadi. Malam ni malam jumaat 20/7 aku gagahi juga, malam ini tidak akan aku hampakan kawan-kawanku yang sentiasa dalam ingatan,..terlebih dahulu ingin ku ucapkan terima kasih ku kepada seorang sahabat blog aku syikin, diatas, prihatinnya seorang yang bernama sahabat....kak lady, bunga rampai dan apple pie., terima kasih atas ucapan takziah ...semoga kita semua saling mengingati antara satu sama lain.

Buat pengetahuan kawan2 yang lain, pada hari rabu 12/7 lebih kurang jam 10.30pagi nenekku yang sedang sakit ..barah usus seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang lepas telah kembali ke rahmatullah ...waktu tersebut aku sedang sibuk di ofis, memang aku berhajat untuk pulang ke kg pada jumaat 14/7 namun janji Allah tiada siapa yang tahu, ...nenek ku terlebih dahulu dijemput...olehNya...dalam keadaan biasa dan masih bercakap , perlahan2 nenek lemah dan pergi untuk selamanya.. tiada sebarang pesan, hari2 sebelum tu, cuma dia bagitau dia dah nak balik, entah bila mereka nak datang jemput...

Namun pada pagi tersebut perasaan aku memang terasa gelisah sikit, dalam kesibukan diofis, lebih kurang jam 10.30 pagi aku tergerak hati untuk telefon mak macam hari2 yang lepas, tapi ayah yang menjawab telefon aku, namun berita tersebut sudah sedia menanti aku...

Aku tipon husb, kemudian T, sementara husb sampai, aku bereskan dulu kerja, sempat aku hand over pada kawan, kemudian telefon cikgu sekolah sebab anak2 sedang menghadapi ujian bulan Julai, maklumkan hari khamis dan jumaat tidak dapat hadir,...kesekolah. Kemudian tipon maid kat rumah kemas barang, sempat lagi tipon ayah, bila jenazah akan dikebumikan, kata ayah,lepas solat asar kat kg nenek aku. Semua urusan mandi dan mengapan jenazah dilakukan dirumah mak, solat jenazah dilakukan di kg nenek, kerana nenek akan dikebumikan dikgnya.

Setelah semua sampai dirumah, termasuk T dari SA untuk tumpang aku, kami bertolak ke Kedah lebih kurang jam 2.00petang. Dalam perjalanan sempat jugak tipon semua adik beradik yang lain, deper sumer dalam perjalanan pulang. Kami sampai ke kg nenek lebih kurang jam 6.30 petang, semuanya sudah selesai...kami terus ke kawasan perkuburan, selesai semua kami beransur pulang, tapi kereta pulak kepanasan sebab husb bawa laju sangat, tiba2 jer berhenti mengejut, so mogok jap kereta tu, bila semua dah okdan enjin dah sejuk, kami pulang kerumah mak, kat Tjg. Malam ada majlis tahlil, 3 malam berturut2...ayah dan mak serahkan urusan dapur pada aku dan husb.

Selesai 3 hari 3 malam dirumah mak, sabtu kami bertolak kerumah MIL dalam perjalanan sempat singgah rumah mak sedara husb, suami dia bapa sedara husb, abang kepada BIL yg juga sedara kepada Farah AF, lama dah tak melawat, lepas bapa sedara husb meninggal, dia pun kurang sihat, sempat juga makan tengahari, kat rumah dia, lepas selesai kami bertolak kerumah MIL, lepas solat asar aku dan husb keluar ke Sg Petani, jumpa supplier, buat payment, kebetulan balik kg, sebelum ni urusan dalam tipon jer. Sebahagian barang dah dihantar, sebahagian lagi belum siap, buat 1st payment dulu. Selesai kami balik, sempat singgah kat G lawat bapa sedara husb yang bongsu. Inilah kebiasaan aku dan husb kalau balik kg, pasti sedara mara yang dah tua dilawati, tanda ingatan kita pada depa berkekalan, walau jauh kami merantau.

Sampai kat rumah MIL dah jam 10.00 malam, SIL (Sudan pergi melawat sedara) BIL pulak balik tidur kat rumah BIL dia yang tak berapa jauh dari rumah MIL. Pagi Ahad, kami bersarapan ramai2 dan aku sekeluarga bersiap untuk pulang semula ke Rawang. Dalam perjalanan sempat singgah rumah mak sedara husb yang juga tidak berapa sihat, kat P. Tai Jam 12 tengahari kami bertolak dan sampai ke Rawang jam 9.00 malam. Perjalanan kami, lama sebab ikut jalan lama dari Bukit Mertajam sampai ke Ipoh. Seronok menjamu mata melihat pemandangan Kg2 di negeri Perak. Aman damai, tenang saja dihari minggu.

Malam selesai kemas barang kami berehat, kejap tu tipon rumah berbunyi, aku kat atas, husb yang angkat. Bila selesai husb bagi tau aku esok kita diajak pergi majlis meminang, untuk adik ipar kepada SIL. BIL SIL ajak kami pergi sama buat meneman dia. Kebetulan tak ader sesaper sebagai orang tua, kamilah orang tua....

BIL sil ni ustaz kepada husb masa belajar kat MM dulu, orangnya sederhana walaupun banyak ilmu didada. Hari Isnin malam kami menyertai majlis meminang tersebut, ini pengalaman pertama aku. Husb dah biasa, ikut sedara mara dia kemajlis sebegini. Malam tu majlis ringkas saja, bapa yang perempuan, dan BIL sil, berbincang, semuanya serba ringkas, sedikit hantaran, kedua belah pihak, sebentuk cincin emas, majlis tersebut sempurna dengan mas kawin ditetapkan sebanyak RM1500.00 dan duit hantaran sebanyak RM5000.00. Selesai majlis BIL (si)l membacakan doa, dan kami dihidangkan dengan nasi, majlis ni dibuat malam kerana bapa yang perempuan baru pulang dari OS. Sementara BIL (sil) pulak datang dari Kedah. Demi mengejar masa semuanya dibuat serba ringkas. Memandangkan BIL aku dah tak da, maka husb anak lelaki pertama dalam keluarga MIL bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Merangkap besan kepada besan2 MIL. Jadi sebab itu aku dan husb selalu diajak mengikuti majlis2 tertentu.

Selesai sudah, majlis tersebut selasa kami mendapat tempahan sewa canopy dari biras Husb, sebelah BIL aku, untuk majlis makan malam sempena menunaikan umrah kawan kepada biras husb. Petang isnin dapat tempahan, petang rabu siap dipasang. Malam rabu, aku menemani husb menguruskan urusan memunggah balik canopy tersebut termasuk urusan resit dan bayaran. Kerja2 memunggah canopy husb dah ada pekerja cuma memantau sajer.

Hari ni khamis aku kepejabat macam biasa, sibuk sikit minggu ni banyak tender nak close. Inilah malam ni dapat masuk blog, malam2 yang sudah cuma dapat menulis sikit jer, dan jenguk kawan2 tanpa jejak, fikiran aku beku sekejap. Tak tau apa nak tulis, sedangkan banyak ceriter, tapi aku cuba ringkaskan seboleh yang mungkin.

Pasal hal maid, sejak aku dan husb solat istikharah malam tersebut, bagi keputusan kami tersebut, ada sedikit ketenangan hadir dalam diri kami, hati kami tidak lagi diusik dan dibuai dengan perasaan sedih dan marah, petunjuk Allah, memberi kami kewarasan untuk bertindak tanpa mengikut perasaan marah, dan dendam. Itu dipihak kami. Semuanya terpulanglah kepada maid aku, andai kata mata hati dia nampak, sifat kami, terhadap dia, moga dia ingat dan insaf, andaikata walau hatinya kelam sekalipun, kami menunggu kata putus dari hati dan mulutnya sendiri. Jawapan kepada penantian tersebut pasti akan muncul, andaikata dia lemas dengan kelam hatinya sendiri. Aku hanya mampu berdoa.

Pengalaman maid yg 1st dulu pun macam tu, kami tetap melayan dia dengan baik, walau petunjuk itu telah ada, hingga suatu hari dihari jumaat dia melafazkan sendiri, keputusan dirinya, dia tidak mampu untuk mejalankan tanggunjawab yang aku amanahkan pada dia untuk menjaga anak2 aku. Dia hanya mahu buat kerja rumah, tidak untuk melayan anak2 aku. Aku terima, keputusan dia, dan pada hari Ahad tersebut aku menghantarnya pulang ke tempat transit dia sebelum memo keluar aku dapat dari imigresen. Waktu itu aku tidak sanggup lagi untuk menyimpan seorang yang tidak bermaksud menjaga anak2 aku dirumah aku. Walau mula dia tidak suka pada aku, sekeluarga tapi dalam diam hati dia terima aku, kerana layanan baik aku pada dia. Dia mengaku dia yang silap. Semuanya dia curahkan dalam diarinya yang aku dapat baca.

Tapi hari ini, petunjuk yang aku dapat, lain sikit, benar telahan aku, ada orang2 tertentu, sibuk dibelakang maid aku. Aku redha apa jua ketentuan Allah selepas ini.


Malam itu malam yang indah untuk aku,
tidak seperti malam itu, aku menangis sedih.
Sujudku padaMu kala insan lain nyenyak tidur
Membuatkan aku lepas dari beban segala rasa sedih,
Terpujuk jua hatiku,
Pada insan lain aku mungkin tampak lemah
Tetapi tidak padaMu Ya Allah
kala ini hatiku sejuk lagi tenang, dan tiada sekelumit sedih,
Hanya tawakal aku pada Allah moga anak2 aku terjaga dibawah jagaanya saat ini.
Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih, Maha penyanyang, lagi Maha pengampun,
lagi Maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.
Hanya kepadanya aku memohon pertolongan
Demi semua kejadian itu aku memaafkan ...
Cumanya mereka yang munafik itu dengan Allah
belum selesai,
Hati aku bagai tenang tiada masalah
Semuanya kuberserah ke padamu Ya Allah,
Moga rahmat dan kasih sayangMu bersama aku
Moga iman dan takwaku padaMu sentiasa ampuh
Walau bagai cabaran yang mendatang,
Pasti tidak lupa aku sujud memohon petunjukMu
Seiring dengan doaku padaMu yang tidak pernah putus.
Sesungguhnya aku insan yang lemah.
Tuhanku aku tidak layak kesyurgamu
Dan tidak pula sanggup aku kenerakaMu
Oleh itu kurniakanlan keampunanMu,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa2 besar




8 Comments:

Blogger Izhal said...

Alhamdulillah, saya pertama!!!

penat mikir kes ni...keputusan bagus tu... kalau dia tak suka kita dan keluarga, bahaya di simpan dalam rumah... takut satu hari jadi benda2 pelik...

21/7/06 4:38 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam. shami, apalah sangat sumbangan saya pada awak, hanya memaklumkan berita kematian tu pada kawan2 blog lain.

hmm..moga masalah maid awak tu selesai segera.

21/7/06 8:31 AM  
Blogger Shami said...

izhal: Kadang2 keputusan kita tu perlu, merujuk dan memohon petunjuk Allah terlebih dahulu, takut2 kita tersalah menghukum orang yang tidak bersalah. Kerana jahilnya dia, kita kena tunjuk ajar mana yang boleh. Kerana itu jugak kadang2 kita terpaksa redha, dengan cara tu hati kita sendiri akan tenang, selebihnya tawakal pada Allah semuanya akan berjalan dengan baik. insyaallah baik atau buruk kejadian semuanya ditangan Allah, semoga Allah memberi kita yang terbaik. Dugaan Allah adalah satu ujian terhadap diri kita,..kerana dia ingin memberi yang lebih baik kepada kita.

Syikin: Makluman awak tersebut itu, besar bagi saya, hanya orang yang faham saja tau. Bila awak maklum, ertinya orang yang faham, ada insan dah tiada, dan secara tak lansung orang yang faham itu sedekahkan al fatihah atau doa2 untuk simati. Kadang2 ada orang ambil tak kisah saja benda ni, atau mungkin dia tidak zahirkan untuk pengetahuan kita...makluman awak itu memanjangkan doa kepada arwah...

Masalah maid, saya dan suami dah solat istikharah ada petunjuk tak macam yg dulu, tapi kami tunggu dan lihat kalau dia tak ndak pasti dia akan cakap sendiri, saya dan suami layan dia macam biasa. Begitu juga mak dan ayah saya layan dia macam anak sendiri, sebab umur dia lebih kurang adik saya. Terpulanglah kepada dia kalau hati dia tak nampak juga kita tak boleh buat apa. Lepas kejadian tu, dia kerja elok macam masa awal dulu. Saya cakap kat dia awak tau saya dan keluarga saya macam manakan, terpulang kepada bapa sedara awak. Saya dah maafkan awak semua. Kalau dia menipu saya malam tu itu urusan dia dengan Allah.

Saya redha apa yang berlaku. Allah lebih tau siapa saya dan apa yang berlaku. Cuma kena banyak sabar, dan kena kawal keadaan sebaik mungkin. Doa selalu..alhamdulillah buat masa ni anak2 ok.

22/7/06 12:09 PM  
Blogger Shami said...

izhal: Kadang2 keputusan kita tu perlu, merujuk dan memohon petunjuk Allah terlebih dahulu, takut2 kita tersalah menghukum orang yang tidak bersalah. Kerana jahilnya dia, kita kena tunjuk ajar mana yang boleh. Kerana itu jugak kadang2 kita terpaksa redha, dengan cara tu hati kita sendiri akan tenang, selebihnya tawakal pada Allah semuanya akan berjalan dengan baik. insyaallah baik atau buruk kejadian semuanya ditangan Allah, semoga Allah memberi kita yang terbaik. Dugaan Allah adalah satu ujian terhadap diri kita,..kerana dia ingin memberi yang lebih baik kepada kita.

Syikin: Makluman awak tersebut itu, besar bagi saya, hanya orang yang faham saja tau. Bila awak maklum, ertinya orang yang faham, ada insan dah tiada, dan secara tak lansung orang yang faham itu sedekahkan al fatihah atau doa2 untuk simati. Kadang2 ada orang ambil tak kisah saja benda ni, atau mungkin dia tidak zahirkan untuk pengetahuan kita...makluman awak itu memanjangkan doa kepada arwah...

Masalah maid, saya dan suami dah solat istikharah ada petunjuk tak macam yg dulu, tapi kami tunggu dan lihat kalau dia tak ndak pasti dia akan cakap sendiri, saya dan suami layan dia macam biasa. Begitu juga mak dan ayah saya layan dia macam anak sendiri, sebab umur dia lebih kurang adik saya. Terpulanglah kepada dia kalau hati dia tak nampak juga kita tak boleh buat apa. Lepas kejadian tu, dia kerja elok macam masa awal dulu. Saya cakap kat dia awak tau saya dan keluarga saya macam manakan, terpulang kepada bapa sedara awak. Saya dah maafkan awak semua. Kalau dia menipu saya malam tu itu urusan dia dengan Allah.

Saya redha apa yang berlaku. Allah lebih tau siapa saya dan apa yang berlaku. Cuma kena banyak sabar, dan kena kawal keadaan sebaik mungkin. Doa selalu..alhamdulillah buat masa ni anak2 ok.

22/7/06 12:10 PM  
Blogger Mama Sarah said...

takziah shami dan keluarga. sesungguhnya memang suatu yang menyedihkan berita kematian.

22/7/06 8:24 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

takziah kak...semoga roh arwah diletakkan di tempat org2 yang beriman..aminnnnn

pasal maid tuh sy doakan agar akak dan suami mendapat yg terbaik.. aminnnnnnnnnnnnnnnnn

25/7/06 8:41 AM  
Blogger NBK466 said...

Salam TAHZIAH... Al-Fatihah...

25/7/06 2:23 PM  
Blogger Shami said...

Terima kasih, mama sarah, ayu, pb dan nbk, semoga kita semua dirahmati Allah dunia dan akhirat.

25/7/06 10:00 PM  

Post a Comment

<< Home