Wednesday, July 05, 2006

Luahan hatiku....

Malam ni rasa macam nak menulis tetapi ketandusan idealah, tadi bila nbk buat lawak, rasa macam ader mood nak menulis, tapi sekarang ni ..macam keliru sikit, ....ceriter ni macam tak happy..tapi dengan niat sebagai suatu panduan aku akan cerita serba sikit.....

Pekara ni berlaku, semasa malam terakhir ramadhan yang lalu, aku telah menegur sikap adik2 dan kak cik semasa sumer sedang berbuka puasa, sebab masa lain tak sesuai ...masa makan semua orang ada bersama, jadi semua orang dapat dengar, termasuk mak dan ayah... niat aku, di pagi raya nanti, kami semua akan bermaaf maafan jadik semua akan selesai...

Rupanya sangkaan aku meleset, selepas itu dalam senyap rupanya T adik aku dan Kak cik, tak buleh terima, deper macam ada dendam dan tak puashati dengan aku, mula kak cik yang mulakan, lepas tu beberapa bulan kemudian T pulak yang meluahkan ketidakpuasan hati dia tentang teguran aku...pada mereka aku yang tidak betul, macam2 hujah mereka menuduh aku, b**h kata kak cik pada aku, ikut sangat cakap laki, macam2...lagi itulah perkataan dia yang pedih untuk aku, tapi aku dah buang jauh2, masa cuti hari tu aku balik kg, aku layan dia macam biasa, sampai rumah aku terus salam dengan dia, cuma ada jugak kata2 dia dan T yang macam menyindir apa yang aku buat....kat dapur...aku diam jer ..ayah ada dan dengar...semua..aku tau mereka cemburu sebab apa aku masak ayah tak pernah komplen.

Dan T sekarang dah pandai melawan dan mengungkit apa yang aku buat dan nasihat pada dia....selama ini. Dia minta aku muhasabah diri aku balik, asyik tegur dia ajer, macam aku ni betul sumer...dia tak buleh terima pendapat aku, setiap nasihat aku menyusahkan dia....sejak itu aku terus diamkan diri, berat untuk aku terima akan kata2 dia pada aku kakak yang telah banyak bersusah payah untuk dia. Aku tak dapat nak bercerita sepenuhnya disini, sebab aku bukan ingin untuk di adili siapa baik siapa tak baik oleh sesiapa pun, cuma aku ingin berkongsi ceriter saja buat pengajaran.

Aku masih buleh bertenang, kerana aku redha dengan apa yang telah mereka kutuk aku, aku tau aku tak mampu nak menasihati mereka. Tapi Allah tau apa yang ada di dalam hati aku. Semalam husb tanya aku,

Husb: Ada T tipon dah lama dia tak mai rumah

Aku: Tak ada, biarlah ikut suka dialah malas dah nak fikir pasal dia, lama2 dia tau sendiri lah, kalau ikut rasa hati tu macam sedih jugak sebab dia tak nampak kebaikan kita, cuma teguran tu yang dia nampak sangat seolah kita ni teruk sangat. Biarlah.....

Husb: Dah masuk waktu jomlah kita solat sama2

Lepas tu aku dan husb solat maghrib jemaah sama2...dan kami sudahi dengan doa......

Hari ni husb cuti, tapi ada kerja nak diselesaikan. Selesai sumer, dia ambik aku kat ofis, dia citer tengahari tadi T tipon abang cik yang angkat, anak aku ni memang pandai cakap, dia tanya kenaper njang tak datang rumah....itu soalan cepumas....anak aku untuk T...itulah dia tipon kat rumah aku...mungkin malu kut kat aku atau rindu kat anak2 aku....atau malam tadi Allah telah gerakkan hati dia....siapa tau.....biarlah dia fikir habis2.....

Masa2 yang berlalu sejak perselisihan itu terjadi, aku banyak mengisi masa2 aku dengan benda2 yang lain, baca novel, pergi kelas ngaji, berblog dan berbagai lagi, aku tak ndak fikir benda2 macam tu, buang masa, biar Allah saja yang menilai siapa aku....dan apa yang ada didalam hati aku...

Benda ni terjadi, pun mak menuduh aku yang menjadi punca, bila mereka balik rumah, dan ada yang mak tak puashati pasal tingkah laku mereka. Mak buat kesimpulan yang mudah dan aku dipersalahkan. Aku terima apa mak nak kata, pada mereka mak susah nak menegur tapi tidak pada aku. Aku terima, tak pernah aku lupa telefon mak, tanya khabar, ...tidak sikit pun aku tanya hal mereka ..pada mak...ada jugak mak tanya aku..itu ini, aku tau mak terfikir...jugak..biarlah mak fikir dan nilai sendiri....

Sekarang ni aku hanya ingin berdiam, aku nak menunggu masa dimana Allah akan pasti menunjukkan siapa yang benar.....atau biar Allah yang buka fikiran mereka....supaya suatu hari mereka akan terfikir akan apa yang telah aku katakan, masa tu biar mereka mengakui kebenaran itu....cuma aku menegur kerana aku tidak sanggup melihat mereka menyesal kemudian hari....masa tu dah terlewat.....nak menyesal kemudian hari bukan perinsip hidup aku. Lebih baik aku bersusah2 sekarang asalkan esok hari aku senyum dalam bahagia....

Semalam juga SIL dari yang baru balik dari Sudan datang rumah bawa MIL sekali, masa kat rumah dia tengahari Ahad hari tu, bila kau sampai bawa makanan dia macam terkekok, sikit dalam sibuk menghidang makan tengahari tu, aku tengok dia tak tentu arah,...aku pandang dia...dan aku hulur tangan bersalam, kami bersalam, ala jabat arab gitu. Aku tau dia takan datang bersalam dengan aku, sebab itu aku mulakan dulu, walaupun aku ni kakak ipar dia....

Aku tak tau kenaper dia dan aku terkekok, mungkin sebab aku muda dari dia...atau taraf pendidikan aku lebih tinggi dari dia, atau apa...aku tak dapat nak ceriter, tapi mata hati aku ada merasakan sesuatu...kata2 dan ucapan dia pada aku...membuat aku kekok..bila bersama dia .biarlah masa yang akan tentukan....

Malam tadi, bila dia nak balik dari rumah aku, kami bersalam lagi, dia ucap maaf pada aku. Kenapa dia mengucapkan aku tidak tahu....tapi sekali lagi hati aku berkata2....mungkin semalam Allah telah gerakkan hati dia, dan dia berfikir.....esoknya begitulah kisahnya...

Dalam hidup ini, terasa hati memang pahit, untuk ditelan, umpama menelam hempedu yang pahit, tapi kalau kita redha, kita tulus hati, dan perbuatan, perubahan mereka pada kita terasa bagai lenyap hempedu yang tertelan tadi. Walau kadang bagai penuh kolam mata ini dengan air mata , menahan perasaan sedih, melawan rasa amarah...melawan bisikan2 syaitan...takala keseorangan, ...akhirnya....sejuk jua hati ini....semoga Allah bersama aku, semoga Allah memberi aku kesabaran, semoga Allah menguatkan imanku padaNya...semoga Allah menjaga hati aku.....semoga Allah menunjukkan aku jalan yang benar, yang diredhai Nya amin....

12 Comments:

Blogger Sherin de Souza said...

Kekadang macam itulah Shami. Tegur salah tak tegur pun salah juga. It's ok. Kalau Shami di pihak benar dan mempunyai niat yg baik utuk menegur demi kebaikan maka Shami jgn la risau, InsyaAllah, Allah akan membuka jalan untuk Shami.:) Mmg bagus Shami dahulukan menghulurkan tgn walaupun dia lebih muda ataupun bukan kita yg buat silap. Itu menunjukkan Shami berhati mulia dan bukannya bermaksud Shami mengaku silap. Jgn risau, Allah membantu pihak yg benar... :)Jangan sedih ye Shami...

5/7/06 7:42 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

saya tumpang sedih baca kisah shami ni. insyaAllah, tiba masanya, mereka yg pernah shami tegur ni akan mengaku kesilapan mrk. yelah, kita tegur bkn nak tunjuk hebat,tp untuk kebaikan mrk.

yg penting, shami tak putus asa merapatkan laig ukhuwah ngan mereka, itupun Allah pandang juga..nak doa kita makbul kena buat lagi baik ngan org yg bermusuh ngna kita, nanti lama2 mereka cair jadinya, bahkan malu sendiri.

wah penuh aktiviti sabtu n ahad shami ya..

5/7/06 10:33 AM  
Blogger Izhal said...

bagus la SIL tu sanggup minta maaf... mungkin Allah bagi pedoman dia minta maaf... nak ngaku lebuih2 segan la kot dia... heheh... ada setengah orang sampai bila2 buat dono je...

5/7/06 11:37 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

saya pon mcm akak, dengan adik2 sy akan tegur direct la.. pedih mmg pedih la tinge dorang nak dengar tp biasanya kalo dorang marah2 pun nanti dorang tegur balik sy and baik mcm biasa.alhamdulillah la SIL akak tu nak minta maaf dr akak.. apapun sy doakan yg terbaik utk akak dan keluarga..aminnnn

5/7/06 1:36 PM  
Blogger NBK466 said...

Bilo lak den buat lawak nie? Tapi kira berjasa gak den...he..he.he..

Patutnya mereka2 yg ditegur tuh rasa bahagia sbb org selalu menegur sbb sayang dan amik berat.. Kalau idok..LANTAK KO LAH NAK TERLINGKUP KER, HAPER..

5/7/06 2:27 PM  
Blogger Queen Of The House said...

Assalamualaikum Shami ... tengok nama you kat blog Kak Lady, blog Sherin, Simah .... hope you don't mind akak melawat sini. Lagi pun, tadi realise ramainya orang dari Kedah kat blogland ni (you or your husband yang orang Kedah ni?)

Sebagai kakak (yang tertua & seorang aje kakak yang diorang ada) kadang-kadang I pun rasa nak tegur perangai adik-adik, biar pun dah berumahtangga. Terpulanglah nak dengar ke tidak. Tapi alhamdulillah lah so far tak pernah bermasam mula atau berkecil hati. I hope everything works out for you and your adik-adik.

5/7/06 5:47 PM  
Blogger Ajzie said...

Setiap yg berlaku ada hikmahnya kan. Biarkan lah masa yg menentukan segalanya.

Harap Shami tabah

5/7/06 9:50 PM  
Blogger Shami said...

Sherin, syikin, izhal, ayu , nbk dan QOTH: Saya jawap sekali..eik..terima kasih di atas nasihat dan doa kalian, walau kita di alam siber, semoga, sikap saling, menyokong antara satu sama lain kekal, bak kata jauh dimata dekat dihati, biar teguh ingatan kita sampai ke mati..

Sebenarnya apa yang saya dapat sepanjang saya kesurau, saya cuba berikan pada mereka tapi mereka tak nampak semua tu, hati mereka kelam....dengan majlis ilmu...mereka tak ingat nak mencari semua tu...buat bekalan...saya sendiri pun bukannya dapat mendadak tetapi sikit2 juga, last sekali, masa ramadhan yang lalu, saya betul2 dapat benda tu...hati saya terbuka luas2, keinsafan dan kepuasan beribadat dengan majlis ilmu yang mantap, saya rasa tak mahu menoleh kebelakang lagi....setiap solat waktu dan solat sunat terawih, yang diimamkan oleh seorang ustaz, hafiz, dan juga seorang pengamal perubatan islam telah membuatkan mata hati semua para jemaah kat surau saya menangis, keinsafan...doa2 berbahasa arab diterjemahkan didalam bahasa melayu, cukup tajam menghiris tangkai hati kami,...saya rasa hati ayah dan mak dapat rasa doa tu...sikit sebanyak....hanya Allah yang Maha Mengetahui....

QOTH, salam kenal akak...nanti datang lagi...

Terima kasih semua....

5/7/06 10:05 PM  
Blogger aNIe said...

Shami...menegur anak2 kecil ni lain dari menegur orang2 dewasa...lebih2 lagi bila mereka sentiasa berfikir bahawa mereka lebih baik dan betul dari kita. Kak Lady dah rasakan semua itu. Jadi sekarang kak lady lebih banyak berdiam...kalau bersuara terlalu banyak nanti perkara yang akan menghiris perasaan....

Kak Lady cuma memohon pada Allah moga mereka diberi cahaya petunjuk...itu sahaja yang kak lady mampu

5/7/06 11:10 PM  
Blogger Shami said...

Ajzie, masa saya jawab tu baru sampai komen QOTH je, he..he semoga kita semua tabah...apa yang terjadi, memang ada hikmah ..dan hikmah itu maksud Allah bukan ingin menyusahkan kita, sebaliknya dia sayangkan kita dan ingin memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah kita ada hanya Dia yang maha mengetahui....

Kak lady: Betul kak diam lebih baik, diam bukan bermakna kita kalah, diam kerana kita yakin dengan kuasa Allah... semoga kita semua diberi hidayah,...amin

6/7/06 6:59 AM  
Blogger simah said...

i pun agree dengan cakap queen n hopefully everything will work out for u.. memang bila berselisih dengan adik beradik sendiri ni mesti menyedihkan hati tak kira la sapa yg salah sapa yg betul..*hugs*

6/7/06 8:59 AM  
Blogger Shami said...

Simah semuanya akan ok kalau kita tabah, cuma jalan menuju ketabahan, kadangkala menuntut hati kita merasa sedih....

6/7/06 10:21 PM  

Post a Comment

<< Home