Tuesday, August 01, 2006

Aku saat ini


Rindu dan shopping
Sudah seminggu aku tidak menulis bukan kerana lupa, tetapi kerana kesibukan dipejabat dan juga dirumah dengan kelas2 mengaji membuatkan diri aku keletihan, dan aku hanya mampu menatap blog aku buat beberapa minit saja. Selebihnya aku melayan anak2 dan berehat.

Hari ini aku tekad menulis lagi, rinduku pada blog dan kawan2 dah tak tertahan lagi. Sabtu, baru ni aku tidak kekelas mengaji, sebaliknya aku dan adik aku T telah ke KL untuk bershopping, mega sale dah kembali, sebenarnya aku cuma pergi membeli, buku fiqh yang di order oleh kawan2 mengaji kat surau, lepas tu membeli kain untuk buat baju kurung dan membeli kain langsir, dari jalan TAR aku bershopping sampai ler ke Giant Taman Melawati, semua apa yang aku nak beli tu, dah siap beli. Dari Giant husb datang jemput, balik ke Rawang.

Sebenarnya kain langsir tu untuk mak kat kg. raya ni ada langsir baru, lagi. Tukang jahit adalah aku dan T. Kami nak buat perlahan2 sebelum bulan puasa, nanti tak sempat, nak terawih lagi...dan berbagai-bagailah..Malam sampai rumah dah letih, layan konsert AF sambil berehat.

Uruskan jenazah bayi bersalin tidak cukup bulan.
Pagi Ahad macam biasalah pagi minggu mesti lepak jer, kat dalam bilik, layan mimi. Tiba2 terdengar orang bagi salam 2, 3 kali jugak, aku jenguk dari tingkap atas kat bilik aku, tak nampak orang nyer, husb pulak tengah mandi. Anak, T dan maid kat dapur sah ler tak dengar. Suara orang bagi salam berbunyi lagi, husb pulak yang jenguk, lah kata dia mak cik sharifahlah, waalaikum salam kami kat atas ni, laung husb aku. Lepas tu dia turun, aku pulak yang mandikan mimi termasuk aku sekali.

Kejap tu husb naik dia bagitau, menantu mak cik sharifah, bersalin tak cukup bulan, (6 bulan ) bayi tu meninggal, sekarang ada kat Ampang puteri, kejap lagi deper nak bawa balik, mandi dan kapan kat rumah. Siap sarapan aku dan husb pergi ke rumah mak cik sharifah, rumahnya dekat jer cuma selang 3 pintu dari rumah aku, bila sampai cuma ada kak som, kak mimi dan mak cik sharifah jer, kami bincang apa nak buat lepas tu aku balik ambik barang apa yang patut, iaitu sarung tilam baby, daun pandan dan surah yassin . Sarung tilam tu untuk meletak jenazah baby tersebut kerana menantu makcik sharifah belum sedia apa2 lagi, memandangkan jangkaan bersalin lambat lagi. Sementara daun pandan tu buat bunga rampai untuk ditabur nanti, dan surah yassin tu untuk dibaca ramai2, kebetulan kat rumah aku memang ada banyak surah yassin yang dibeli untuk keperluan bila berlaku hal2 macam ni.

Jiran2 ramai bertandang, semuanya kaum ibu, sementara husb pulak, aturkan hal kubur dan kawan2 yang lain pergi ambik jenazah. Hari ni sebenarnya kaum bapa ada berbagai hal, antaranya menolong seorang ustaz tempat kami ni berpindah, jadi kumpulan kaum bapa ada yang sibuk hal tersebut. Sementara ustaz F depan rumah aku pulak, ada kelas, jadi husb yang ambik tanggungjawab pastikan semua berjalan lancar.

Sementara menunggu jenazah sampai, kami kaum ibu membaca surah Yassin dan membuat tahlil ringkas, dipimpin oleh ketua muslimah dan ustazah. Apabila jenazah sampai, makcik sharifah, membuka bungkusan dan kami semua dapat melihat, jenazah yang berusia 6 bulan, semuanya lengkap cukup sifat, bayinya perempuan, cuma saiznya kecil sikit, timbul sikit rasa sebak kat dalam hati aku, dengan air mata bergenang, Allahuakbar, subhanallah, bisik hati aku dan juga sesiapa yang melihat, itulah jasad seorang bayi yang dalam kandungan kita berusia 6 bulan. Hayatnya tidak lama, janji dia dengan Allah cuma setakat itu saja.

Pak haji Dolah suami makcik ros minta cik ros dan cik sharifah mandikan dibantu ustazah, husb sampaikan pada aku minta disampaikan kepada mereka. Bila aku sampaikan mereka semua berkumpul di dapur, semua tak berani, takut salah. Bila aku bagitau husb, husb cakap, ustazah dulu tu tak dapat datang, dia minta kami uruskan sendiri. Bila aku sampaikan pada mereka didapur, mereka berkeras nak haji Dolah bantu, bagi arahan kat deper.

Kemudian Hj Dolah dan husb masuk, kawan aku sapura angkat jenazah bawa kedapur, bagi pada cik sharifah, manakala aku pula duduk dihujung kaki, sapura kat hujung kepala, kami sama2 mandikan jenazah baby tersebut dengan arahan, husb dan haji Dolah, caranya ringkas saja, memandangkan bayi lagi, maka, memadai jenazah dimandikan ringkas saja, mula dibaca bismillah, jenazah bayi disiram air perlahan dari kepala kehujung kaki, bila semua dah basah, kapas basah diambik dan kesan2 darah dibersihkan, bila sudah bersih, kemudian jenazah dibersihkan dengan air bersih, siap semua jenazah dilap, kak fuziah pula yang angkat jenazah, dan bawa kedepan, aku tolong lapkan jenazah, sementara cik sharifah menyiapkan kain untuk tutup badan bayi tersebut, kain kapan dah siap, bila siap, kami sama2 balutkan badan bayi tersebut dengan kapas, kecuali bahagian muka, kemudian kain berbentuk baju disarungkan dan satu persatu kain kapan di tutupkan ( semuanya 3 helai ) diselang seli dengan kapas. Kemudian antara lapisan tersebut dititis air mawar.

(Semasa, menguruskan jenazah bermula dari mengangkat hingga siap kapan, sesiapa yang terlibat, dinasihat, memulakan dengan membaca bismillah dan terus berzikir sambil tangan menguruskan jenazah bayi sehingga selesai).

Siap semua jenazah bayi di sembahyangkan didalam rumah, oleh kaum bapa diimamkan oleh ustaz F.

Selesai semua jenazah dibawa ke tanah perkuburan, aku turut serta menemani cik sharifah. Menantu dia masih kat hospital, anak dia memangku jenazah, sementara anak sulong dia berusia 3 tahun ada bersama didalam kereta, salah seorang kaum bapa menjadi pemandu.

Sampai ditanah perkuburan, (siap bagi salam kat ahli kubur) liang dah siap digali. Dalamnya lebih kurang 3 kaki. Selepas jenazah dikebumikan, ustaz F membaca doa, memandangkan jenazah bayi dianggap bersih , maka memadai membaca doa untuk semua hadirin saja, dengan tujuan memberi keinsafan dan peringatan, bahawa kita yang hidup pasti mati, dan hendaklah kita sentiasa mendoakan sesama kita moga, nanti andai kita sudah mati moga kita diampun segala dosa, dan kubur kita semua nanti lapang menerima kita. Itulah antara sebahagian ringkas kandungan doa yang dibacakan terjemahan oleh ustaz.

Selesai semua kami balik, aku singgah kerumah cik sharifah, selesaikan apa yang patut sambil bantu dia kemas apa yang patut, sempat juga rehat sekejap dan ada lagi kawan surau yang menunggu kat rumah termasuk ustazah. Kami berbual sebentar, sebelum pulang. Kemudian aku tunggu cik sharifah cucikan uri bayi tersebut, sebab aku tak der pengalaman, nak belajar, nanti kalau orang suruh buleh buat, kalau orang tanya boleh jawap. caranya:

uri tersebut, diambik mulakan dengan bismillah, uri dicuci dengan air bersih, sekadar membuang kesan darah saja, tidak boleh lebih, siap semua bilas dengan air bersih. Gunting kain putih 2 helai, bentuk 4 segi, letak garam kasar dua gengam, asam keping lebih kurang 20 keping, letak paku sekali ditengah2 kain, last sekali letak uri ditengah2 dan balut secara mencantum kain tersebut macam punjut, kemudian ikat dengan kain putih yang di potong menjadi tali. kemudian masukkan dalam tempurung kelapa yang ada lubang. last sekali tanam dalam tanah. Siap sumer aku pun balik.

Tetamu
Bila sampai rumah pertama aku mandi dulu, semua pakaian, aku masuk dalam mesin basuh, husb dah pesan sebab tadi aku tolong mandikan jenazah, pakaian perlu terus basuh, dan aku mandi dan solat. Lepas solat turun bawah, lah BIL dari dari Penang sampai satu family dia, layan deper sambil makan tengahari. Kejap tu SIL ( yg tinggal kat sudan) datang sama ziarah aku dan husb. Sempat beborak, lepas asar kami sama2 keluar keluarga aku akan ke Puchong rumah SIL yang sorang tu baru bersalin, dapat anak lelaki, tahun lepas pada hujung bulan april, anak dia berusia 2 bulan, meninggal tanpa sebab dalam tidur, tahun ini Allah kurniakan dia seorang anak lelaki, itulah kata aku pada dia masa dia sedang trauma tahun lepas, jangan sedih, dengan kehilangan Auni Qistina, pasti ada hikmahnya, Allah mungkin akan beri ganti mungkin anak lelaki lepas ni.

Allah itu Maha besar, tahun ini Allah kurniakan apa yang dah aku cakapkan kepada dia. Itulah janji Allah setiap musibah itu pasti ada hikmahnya dan antaranya dia akan memberi yang lebih baik untuk kita, jadi kita jangan ikut perasaan, redhalah dengan apa yang terjadi andaikata diluar keupayaan kita kerana Allah itu lebih mengetahui, apa yang tidak kita ketahui.

Sambung balik, lepas hantar T kat seksyen 25, kami teruskan perjalanan ke Puchong hampir maghrib, baru sampai, tayar kereta pulak pancit, alhamdulillah sempat sampai. Bila sampai rumah SIL bapa sedara SIL yang lelaki ada, malam tu deper nak tolak balik ke Alor Setar. Lepas hantar sedara SIL tu barulah tayar kereta aku ditukar. Sementara tunggu sempat makan malam, sempat juga layan baby baru Ashmal wajdi, putih gebu, tak der pulak gambar, ceriter jer lah. Jam 12.50 malam baru kami bertolak balik, sampai Rawang jam 1 pagi, terus tidur, esok isnin aku nak posa sunat , kebetulan sekarang bulan rejab, penat juga...malam tu lepas makan sahur aku terus tidur.

Isnin aku pergi kerja macam biasa, tapi mengantuk Tuhan jer tau....balik kerja berbuka, lepas solat maghrib aku dah lentuk, husb pulak hantar anak2 ke kelas tuisyen dan dia lansung duduk disurau sampai jam 10 malam. Aku dah bangun jam 10 malam, layan anak2 kejap lepas tu sambung tidur, jam 4.30 pagi bangun sahur, cuma minum air saja. Sempat solat sunat tahajud. Sambung tidur kejap, tidur2 ayam jer..bila dah azan suboh baru bangun betul2 kejutkan anak2 kesekolah. Siap semua aku masuk blog kejap, dan malam ni aku siapkan penulisan aku nih untuk kawan2 sumer....dan juga diari aku.




16 Comments:

Blogger aNIe said...

Shami...kak lady pun dah lama tak menjengok ke mari...

Al-fatihah untuk si kecil yang pergi sebelum sempat menikmati nikmat dunia...

Dulu kak lady pernah tolong orang memandi dan mengkafankan jenazah...arwah nenek...kak lady tolong sama-sama...masa tu masih belasan tahun...begitu juga dengan arwah adik yang baru berusia 10 bulan...

2/8/06 12:32 AM  
Blogger Mama Sarah said...

hebatlah aktiviti shami. banyak yang berunsur kekeluargaan dan 'rukun tetangga'. something that i really miss.

tak sangka ramai lagi orang macam shami di malaysia kan. ingat bnyk yang dah buat hal masing2.

2/8/06 1:08 AM  
Blogger simah said...

shami belajar kat mana nak buat semua tu? masa belajar mengaji depa ada ajar bab bab mcm ni ker? masyaAllah shami..saya terpegun baca entry ni..

2/8/06 6:32 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

Ya Allah lemahnya saya... ceteknya ilmu saya kak... hmm kalo sy yg disuruh sy pasti sy tak tau nak mulakan dr mana dan nak buat apa...

2/8/06 3:10 PM  
Blogger Shami said...

Kak lady: Biasalah kita kekadang sibuk,
banyak sangat sekarang kes anak lahir tak cukup bulan atau keguguran, tanda2 akhir zaman dan nampak..

Sedari kecik lagi memang saya selalu tengok orang uruskan jenazah baik lelaki maupun perempuan, yang sempat tolong arwah, nenek dan moyang, anak perempuan SIL (2 bulan ) dan anak jiran ni.

mamasarah: Kawasan perumahan saya ni walaupun bukan kampung tetapi masyarakatnya masih mengamalkan cara hidup org kg, saling tolong menolong, tak kira apa jawatan, pangkat dan kedudukan, namun masih juga ada yg buat hal sendiri. Sepakat orang bandar beza sikit dengan sepakat orang kg, fikiran lebih terbuka dan profesional.

Apa pun yang kita buat, walau dimana kita berada, semuanya terletak kepada hati masing2 jika ada kehendak semua akan menjadi...

Saya tidak belajar secara khusus tetapi melalui amalan, dan permerhatian dan pertanyaan saya kepada orang yang tau. Bila ada kesempatan, saya juga turut membaca, untuk menambah pengetahuan dan selebihnya ringan tulang menolong orang bila perlu. Walau dimana kita berada kita perlu mengambil tau semuan ni kerana kadang2 kita hidup dalam masyarakat yg tidak tahu, dan kita adalah orang yang bertanggungjawab kalau kita ada ilmu.

Pb: hari ni pengalaman saya, kalau pb ada pengalaman untuk dikongsi, jomlah tulis kat blog, ...orang muda sekarang bnayak yang tidak ambik berat pekara2 macam ni. Semua harap orang tua, habis kalau orang tua dah tak da, macam mana.

Ayu: Bila kita dah berkahwin, kita perlu mengambil berat pekara2 macam ni, supaya kita dapat menguruskan dengan baik dan sempurna sekiranya terjadi pada keluarga kita. Jangan biarkan diri kita kosong tanpa ilmu, kelak kita yang rugi....sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.....

3/8/06 8:10 AM  
Blogger NBK466 said...

Kalau dah ahli berdaftar MASK tak payah update setahun pun takde hal punyo...hi..hi..hi...

4/8/06 12:10 PM  
Blogger Mama Sarah said...

Shami, hari tu lupa nak tanya. KEnapa kena letak paku bila nak tanam uri tu?

4/8/06 3:40 PM  
Blogger Shami said...

Nbk:Ekau tu nak kenakan den ker, bukan tak nak update tapi minggu ni 5 hari posa sunat rejab, lepas buka posa, ajar budak ngaji quran terus lentuk depan tv layan mimi. he...he.he ekau dah posa sunat rejab ko...

5/8/06 6:18 AM  
Blogger Ajzie said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi pegetahuan dan pengalaman. Dulu2 ajzie ada gak pergi krusus jenazah, tp dah lama dah. Rasanya banyak yg dah lupa dah.

5/8/06 4:47 PM  
Blogger Izhal said...

ahli syurga tu baby tu...

7/8/06 11:25 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam. shami, saya dah start blogging balik ni :D

nape lama tak update?

saya dulu pernah gak ikut kursus mandikan jenazah. tp, bukan calang2 org sbnrnya blh uruskan jenazah ni, kena kuat semangat. saya ni jenis lemah semangat sikit.

8/8/06 4:52 PM  
Blogger Shami said...

Adjzie: Selalu tengok orang mandikan kapan jenazah , kursus secara khusus taklah, selain tu membaca buku2 agama yg patut.

Izhal: Dah tentu, itu rasa seronok bila dapat membantu apa yang patut utk seorang ahli syurga.

Syikin: Dah kembali, he..he. awak tak update saya pun rasa macam tak semangat jer...

Betul syikin, kena kuat semangat, kena ingat kita niat menolong, jgn fikir yg bukan2 terutama yg negatif, suatu hari nanti kita juga akan melalui benda ni ....
Hari Ahad malam saya dapat berita kematian lagi, kali ni adik perempuan atuk (lelaki) saya, mak sedara ayah saya. Dah sampai masa, Darah tinggi dia menyerang mendadak, kejap jer pengsan terus tak der. Dalam tempoh pengsan tu air mata dia ngalir tak henti2..kata sedara ....

Al Fatihah untuk tok cik...KuMahani Binti Kukassim semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang 2 yang beriman...

p/s: Asyik terima berita kematian jer sejak akhir2 ni....sayu sangat rasa, semua orang terdekat......

9/8/06 7:22 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

akak.. mana akak mnghilang niiii hehehe

9/8/06 9:18 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

shami..bilalah nak update blog.

awak tau, start ayah saya meninggal hampir saban tahun ada ahli keluarga saya yg terdekat meninggal. paling terbaru, tahun lepas tak salahnya. adik lelaki mak saya n kakak ayah saya meninggal jarak selang sebulan. tak tau nak kata.

hmm.agaknya masa dia pengsan tu dia dah nampak alam sana, yelah, mengejutkan..tak pelah. alfatihah utk arwah.

9/8/06 10:47 PM  
Blogger Shami said...

Ayu: akak tak hilang ada, cuma nak menulis tu beku rasa fikiran, tambah pulak kerja ofis banyak sekarang, bila sampai rumah dah penat kot, payah nak janji....tapi dalam hati tetap ada ...cuma tak tertulis lagi..

Syikin: kalau ler berblog ni saya dapat buat kat ofis alangkah syoknya...mesti tak putusnya. selalu kat ofis bila time rehat tu banyak idea...tapi sampai rumah dah kering..he..he..he

Syikin, mungkin betul apa yg awak cakap, tu mungkin dia dah nampak, terutama arwah suami dia. suami dia dulu meninggal mengejut, kena santau.
nanti saya cerita dalam entry...

10/8/06 7:15 AM  
Anonymous Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP European bulk mailer guestbook e-mail Chevrolet trailblazer brakes Marshall pinstripe cabinet Decks patios driveways mc veigh kentucky continue taking lamictal rash review games for greek social studies unit Bright backpacks paper chase stationery stores best refinance interest Free best free butalbital The potent threesome Pictures of paris and nicky hilton Pamela anderson roast pics Mesothelioma legal advice oklahoma Fat mexican pussy only xanax investigations

5/3/07 1:40 PM  

Post a Comment

<< Home