Rindu
Rindu
Sudah 5 hari husb berada di Sarawak
Selama itu juga telefon menjadi perhubungan kami pagi, tengahari atau malam
Walau tiada ucapan yang panjang tapi cukup dengan soalan dan jawapan yang ringkas, sekadar melepaskan rindu aku walau tidak kunyatakan jelas begitu juga anak2
Rindukah aku ?
Pagi husb bertolak ku iringi pemergiannya, sampai ke pintu pagar rumah
sempat juga aku memeluk, bersalam dan kucium tangannya
Namun dari gerak gerinya sejak semalam bagai gelisah dia untuk meninggalkan aku,
tingkah lakunya bagai kalut, bagai manja, namun sengaja tidakku endahkan,
bagai mau kusembunyi resah gelisah hatiku, sedangkan hatiku sendiri terasa sayu kala itu
menitis air mataku, saat aku menunaikan solat subuh, selepas menghantarnya pergi...
Maklumlah tidak pernah dia meninggalkan aku selama 10 hari lamanya
Bukan tidak pernah lansung dia meninggalkan aku di kg semasa aku didalam pantang, tapi pemergiannya kali ini lain sebabnya dan jauh pula, tempatnya nun di Msia Barat
Sedangkan aku dirumah hanya ditemani anak2 dan maid.
Kesayuan itu bagai terasa2 apabila masuk hari ke 5 ini,
Semasa ketiadaannya aku ke pejabat menumpang kawan
dan pulang pula dengan menaiki bas kerana waktu pulang kami tidak sama,
Mulanya hatiku merasa senang dengan perubahan sementara ini, kerana terasa diriku mampu berdikari buat seketika, walau ada sikit rasa bimbang, cuba kubuang jauh2...
Namun dalam susah payah menaiki bas dan juga menempuh hujan lebat kala waktu pulang,
dengan keadaan kesihatan yang terganggu, tiba2 kesayuan hatiku bagai diterjah2..
Kerap kali kala keseorangan baik dipejabat, dihentian bas maupun didalam bas pasti bergenang air mataku, rindukah aku, sedihkah aku, semua rasa bagai bercampur2......
lantas kupujuk hatiku jangan sampai menitis air mata, kualun zikirku kepadaMu Ya Allah dalam senyap, supaya jiwaku tenang kembali, seketika bagai reda...namun
malam ini ketika menyaksikan Mawi dan Ina perasaan ku mula dibuai2....ketika cuba kelelapkan mata, bagai segar mataku, berulang kali kucuba, namun hatiku resah gelisah, menitis juga akhirnya air mataku, dengan perasaan bercampur2....
Seketika tadi menyaksikan Mawi dan Ina, dia suamiku menelefon aku, seperti biasa, ...
Mungkinkah kerana itu, atau hatiku ini bagai menyelami perasaan seseorang yang juga dalam kerinduan, walau siapa mereka berdua itu, namun hakikatnya hubungan 2 insan itu yang mana perkahwinan menjadi matlamatnya, berakhir dengan perpisahan, pasti ada kerinduan yang bertamu, inikan pula aku suami isteri, pastinya kerinduan itu lebih dalam rasanya...kala berjauhan ini.
Inginku bawa jiwaku melalui hari2 ku bersendirian dengan tenang, kusibukan diri dengan pelbagai kerja dan bahan bacaan, tidak lupa kualunkan ayat2 suciAlQuran kala usai solat waktu,
Sesekali tidak lupa dan tidak jemu2 aku membilang hari2 kepulangan suamiku,
namun semakin hari semakin sayu rasa hatiku, dan malam ini aku luahkan resah hatiku menunggu kepulangannya yang tersayang dengan menulis lagi
meluahkan rasa rindu hatiku , yang tidak terucap ..............padanya
abang cepatlah pulang aku rindu padamu...........

P/s: Ni dah masuk jam 1.10 pagi, mulalah aku melalut,......lagik...
kepada Mawi dan Ina walau siapa pun anda, aku bukanlah peminat kamu, cuma sebagai sesama insan kalaulah ada lagi rasa rindu yang kuat, antara kamu andai ada jodoh antara kamu kenapa perlu kamu menafikan....kenapa perlu kamu bersusah payah, untuk semua ini, ...panjatkanlah doa, mohonlah petunjuk dari Allah s.w.t itulah sewajarnya......

16 Comments:
tu diaaaaaaaaaaaa!! ada orang angau sampai bersajak berjela jelaaaaaaaa..!! tak pa tak pa.. tak lama dah..nanti bila dia balik..pedom dia puas puas yea?
for now..*hugs* from me..
Simah, amboi panjangnya tu dia tu..., tergelak saya...he..he..he, dalam hati mula tu rasa cam ok jer..sekarang ni tengok, betul la cakap syikin, ...konon buat relaks, sudahnya menitik air mata...jugak..
simah, pedom tu aper yer....
P/s: Simah dia tak der boleh ler sajak panjang...ni kalau dia baca mau dia sengih2...macam kerang busuk,..siap usik2.. kita yg malu sendiri...tu yg tak leh cakap depan2...tu

heheheehehe.. Rindu-rinduan ni bagus tau. Bertambah mendalam la cinta kalian berdua. :) Sekurang-kurangnya Shami & hubby sentiasa berhubungan so terubatla juga rindu Shami. take care Shami
Menambah kasih sayang tu...sabarla....memang rindu tu menyeksakan...tapi ada nikmatnya bila dapat bersama..kasih sayang akan bertambah...10 har je..bukan 10 tahun...tapi yerla...susah gak kan...kena balik sendiri...tak leh drive ke....kena berdikari sikit tu...sebab tu terasa sangat ketiadaan hubby...
Waduh..satu lagi N3 KARATZ...den nak tubuhkan Majlis Anti Karatz (MAK) ler pulak...he..he.he..
pedom tu maksud dia.. peluk..cuddle ..tu bahasa utara
sherin: rindu rinduan memang ader tetapi bersulam ngan geram kalau dia lambat tipon bila tiba waktunya...he..he..he
Puterisatu: Tak suka kena tinggai, he..he lambat dia tipon rasa macam dia tak sayang kita..ha..ha..Tengah belajar memandu nih, dulu blajar separuh jalan dah lulus jln raya,buat derk jer lansung tinggai, kena pulak hubby manjakan kita nak kemana sumer berhantor, sekarang baru rasa....akibatnya..no berkobar2 nak blajaq sungguh2...
Nbk: Hah nak buat persatuan baru lak, yang MASK tu ekau nak letak mana pulak, itu aktif dek ekau ler suka buat sawang jer...he..he..he
ekau sanggup ker jiwang karat selalu yuran ahli mahal...he..he..he
Simah: ohh gitu..he..he lambat skit...he..he..he
salam.
hehe..jiwang karatz mama kita ni..
nah ko, terkeluar bait2 sajak yang syahdu n sendu..terserlah kebolehan menulis shami ni..
rajin2 lagi tau baca novel cinta, nanti boleh polish lagi bahasa cinta shami, saya pun tak leh buat camni.sbb saya tak romantik, haha..
yang penting, shami sentiasa doa perjalanan dia mudah n sihat walafiat. jngn lupa jugak doakan keselamatan shami anak beranak di rumah.
tak pelah shami, sesekali berdikari, at least kita boleh selami kepayahan org lain sedikit sebanyak. ok..
eh lupa, berapa banyak persatuan si nbk tu nak tubuhkan da...??? hehe
MASK bukan den yg tubuhkan..tu ler pasal asyik den yo yg kena serang...hu..hu..hu...
sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.
hahaha. esok orang tu balik jangan jual mahal pulak tau!
Syikin rindu kat awak, baca entry awak tapi tak sempat nak tinggai jejak..
Karat-jangan tak karat he..he ..dah jauh baru rasa berkarat, kalau dekat, selalu merajuk...
amboi syikin, macam tau2 ler kita banyak baca novel cinta, ha adik saya saja ja bawa stok novel dia bagi saya baca, mau tak jiwang...he..he isi masa sebelum tidur, nih dah habis sumer dah baca tu yang boleh berjiwang..he..he ..terima kasih doa, kalau dah sayang mesti doa selalu..
Berdikari boleh, tapi datang masalah, mula rasa sedih, menitik air mata...tulah dimanjai sangat..
Syikin, kawan kita tu memang ler suka persatuan, tengoklah entry dia yang banyak citer pasal hal ehwal persatuan, kreatif, produktif lagi inovatif...hi..hi
NBK: Ekau ler buat sawang banyak2...itulah ekau kena serang, takan lupa pulak kut..he..he
Mamasarah: Tak aih, pasal kena tinggai la la ni tengah buat jualan murah ni...hebat..sungguh tunggu citer entry saya malam merdeka....he..he
mawi dan ina baru2 ni masuk tv tu publisiti stunt sajalah saya kira, untuk lancarkan ina sebagai seorang artis... tak lebih dari tu... budak2 melayu la ni tak kira alim camno pun, depa campak dunia hiburan je kalau akal tak panjang dan kulit tebal... jadi penghibur kepada mereka semua dan saya... jadi bahan utama tv dan akhbar sehingga berita kekejaman israel, kesusahan nenek-nenek di gua musang, keperluan negara dalam bidang pertanian semua masuk muka belakang...
ps-power ma'am punya sajak/puisi neee... kalau hidup zaman hang jebat dulu sure jadi pendita istana... kang balik dari sarawak terubatlah rindu... senyum sket, senyum cam ni ha :D senyum separuh dari iman neeee...
Izhal: Itu ler bebudak muda, media dan segolongan orang sekarang ini,
agama, maruah diri, tah aper2 lagi deper buat mudah jer,haru biru jadi
cakap tak tengok siang atau malam hari,
ikut suka hati, janji puas hati,
dan jangan kita lupa itulah tanda2 akhir zaman semakin kita dekati,
kalau tiada iman dihati, kelak kita yang akan rugi.
Sama2lah kita muhasabah diri supaya kita berada di dalam golongan orang2 yang beriman dan kukuh jati diri
mengharungi tugas kita sebagai khalifah dibumi Allah ini...
apa daya kita kala ini cuma doa senjata kita siang malam mampu kita beri
Ya Allah peliharalah, kami umatmu akhir zaman ini, semoga kami tidak berpaling kepadaMu yang kami kasihi....amin
la hai..si nbk yg tubuhkan..bukan den yg tubuhkan MASK tu hehe
Post a Comment
<< Home