Thursday, November 30, 2006

Cerita-Ceriti hari jumaat

Jumaat datang lagi,
Pastinya aku akan menulis lagi,
Hari-hari yang berlalu, semuanya ada cerita sendiri
Isnin yang lalu along dan angah telah bersunat
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
Agak ramai yang menunggu di klinik
Ada yang membawa anak untuk bersunat
Ada juga yang datang untuk dirawat
Mungkin sekarang musim hujan jadi ramai yang tak sihat
Sudah empat hari anak2 bersunat, syukur semuanya sihat
setiap hari aku kena menyediakan menu yang berkhasiat
Bukan apa kesian, bila tengok mereka asyik berkain pelekat
Bukan tak biasa mereka berkain pelekat tetapi maklumlah baru lepas bersunat
Macam2 kerenah mereka kenalah ambil berat
Buat semangat supaya mereka cepat sihat
Hari ahad yang lalu aku dan suami ke Pekan Rawang
Saja bershopping dan membeli apa yang terkurang
Mula kami sampai kekedai Leno untuk melihat barang
Biasalah kasut, dan lain2 barang
Tiba2 hati rasa tak sedap, lantas motor diluar kedai dilihat2
rupanya ada seorang mamat cuba nak rembat
Lantas husbku keluar cuba nak lihat, hilang terus mamat tu cepat macam kilat
Rupanya kunci tengkok motor, dah kena rentap
habis rosak, apa tak boleh buat
cuba2 cari kedai nak baiki cepat,
alahai semua tutup sebab cuti hari ahad
akhirnya kami menapak, sampai naik penat
cuba dicuba akhirnya boleh juga distart
alhamdulillah hilanglah penat
Kami pergi ke Giant untuk membeli apa yang tadi tak sempat
Suami ku masuk aku jadi guard
Kepada motor kami takut nanti kena rembat
Tiba2 hujan turun lebat
Kejap tu husb datang dan kami balik cepat
Hari ahad lalu kami dapat tempahan menyediakan makanan ala barat
Untuk 100 orang kakitangan Poly SA sebelum mereka bercuti dan berehat
Menu daging barbeku kambing , lembu dan juga salad
semuanya kami buat termasuk sos black pepper yang sedap sangat
semua memuji kerana sedap...sampaikan tray aku kena rembat...deper tak ingat
Alhamdulillah, selepas ramadhan rezeki keluarga makin lebat
Kanopi jalan, printing jalan, MLM juga jalan, semuanya bergerak ligat
Tanda kami telah dan kena bekerja kuat
Pagi tadi husb mendapat panggilan telefon dari Berunai Darulsalam yang berhajat
Menanyakan bisnes siber untuk buat duit dengan cepat
Bisnes apa lagi kalau tidak bisnes internet yang hebat
Semuanya kerana email yang kami kirimkan mereka dapat
Hari ini juga kawan suami, sepejabat, sepakat berjanji untuk melawat HQ MLM yang kami buat
Tujuannya untuk melihat dari dekat tentang kehebatan menjana duit MLM yang kami buat
Itulah hari2 yang kami lihat ader saja orang bertanya MLM yang kami buat
Percaya atau tak aku tak kisah sangat, tetapi inilah jalan yang sihat
Ramai yang mencemuh tak kurang juga yang jeling2 sengaja buat
entah apa deper rasa nampak macam benci sangat,
Biarlah, duit aku yang dapat,
sendiri mau ingat jangan asyik mengumpat
Aduh mata rasa mengantuk sangat
bukan apa minum ubat batuk sebab tak sihat
selesema dan batuk juga sakit tekak dah ambik ubat
Moga semua kembali sembuh sihat walaafiat
hari sabtu dan Ahad datang lagi
Masa berlalu begitu cepat kepada kawan2 semua selamat bercuti dan beristirehat
sampai jumpa lagi, nantikan isu hangat....

Monday, November 27, 2006

Mari menjana pendapatan keluarga kita

Asalamualaikum,

kepada kawan2ku yang dikasihi, malam ni kebetulan ada beberapa orang rakan blog yang bertanya tentang bisnes yang aku buat, maka buat pertama kalinya akan aku jelaskan .

kepada annahamid, rakan blog ku yang baru, selamat mengunjungi blogku...permintaan anda saya tunaikan didalam blog supaya rakan yang lain turut, sama mengetahuinya...

Perniagaan yang saya ceburi ni adalah satu program keusahawanan
berkonsepkan MLM, tetapi mengabungkan 2 konsep

Networking + E commerce = E-networking

Kita boleh jalankan perniagaan ni secara online atau off-line

Offline:
Mendaftar ahli baru
Menghantar produk
Membina networking dengan mengajar individu berminat mengusahakan perniagaan ini = E-niaga setiap anda akan memiliki sistem seperti didalam online,

Online:
Apabila kita menjadi ahli, kita akan disediakan E-pejabat, didalamnya ada benda2 berikut"
E-pendaftaran
E-membeli belah (penghantaran percuma)
kita hanya berurusan secara online penghantaran barang dilaksanakan syarikat
kita akan ada Jaringan kumpulan
E-wallet (kad master debit) dll.

Antara produk dalam e=membeli belah/ e-mall kita

1: Barangan makanan kesihatan
2: Barangan penjagaan diri
3: Sistem pendidikan
4: Barangan kegunaan rumah

5: Aksesori dan produk virtual
virtual phone
Lead generation program (LGP) ui2u.com (office kita)
E-learning portal
E-Portal ..www.tradetitans.com / ruang iklan untuk kita menjual barangan perniagaan lain yang kita ada

Marketing plan syarikat untuk kita

Berkonsepkan sistem hibrid

Plan A
Pendapatan harian
menaja rakan niaga
Bonus permulaan

Plan B
Dibayar secara bulanan ( setiap 10 hb)
E-shopping -(pengguna)
Bonus jangka panjang ( 4 bonus)

Secara amnya bila kita buat Plan A, maka Plan B akan berjalan secara automatik
Namun kalau kita tidak menjalankan Plan A , kita masih lagi ada peluang untuk menjana pendapatan, di Plan B secara manual maintain, bila kita laburkan duit, dalam jumlah tertentu setiap bulan kita akan mendapat bonus dan income secara bulanan, seolah2 anda menaja rakan niaga...akan layak untuk bonus ....diplan B.

Sebelum akhir januari 2007, syarikat menawarkan share syarikat, untuk para ahli. Bonus untuk share akan dibayar pda 15/2/2007, dimana pelaburan yang dibuat tidak memerlukan jangkamasa, bila2 saja anda boleh buat sebelum 31/1/2007.

Oleh itu sesiapa yang tidak dapat menaja rakan niaga, maka anda masih boleh menjana pendapatan dengan mendapat share company dengan hanya membuat sedikit pelaburan diPlan B...dengan ini anda layak untuk mendapat bonus syarikat....yang akan dibayar tunai, dan juga pakej umrah atau percutian ketempat yang ditetapkan.

Anda juga akan dapat menikmati faedah2 lain yang diberi syarikat, iaitu smart link card...
akan diberitahu kelak setelah pelancaran dijalankan dalam masa 2 minggu dari sekarang...

Sekiranya anda berminat untuk mengusahakan perniagaan ini ada diberi pilihan untuk mendaftar seperti berikut:

1. Internet business partner

Pasaran Malaysia sahaja (IBP)

modal minima RM 296.40 (produk pakej) + RM 38.00 (registeration fee) = RM 334.40

anda akan dapat:-

1, E shop (kemudahan e-office)
Keahlian seumur hidup
produk fizikal (E-mall)

anda juga layak untuk 2 bonus

1) Bonus penajaan = RM15.20/E-shop
2) Bonus pasangan = RM 57 (RM684/hari)

2. Global business entreprenuer = pasaran antarabangsa ( GBE)

Pasaran antarabangsa

Modal minima RM 418.00 + RM 38.00 = RM 456.00

Anda akan mendapat:-

1) 1 E-shop (kemudahan e-office)
2) Keahlian seumur hidup
3) Produk virtual (VPP)

anda layak 4 bonus ( tambahan 2 bonus)

1) Bonus penajaan = RM 38.00/ E-shop
2) Bonus pasangan = RM 57.00 (Max RM684/hari)
3) Bonus perkembangan kepimpinan = RM 1,900/hari
4) Life-style bonus = 5% daripada jumlah jualan sedunia

Ada lagi faedah yang menanti ...............tunggu sehingga anda jadi ahli...

Sekiranya anda berminat anda juga boleh memiliki , 1 kedai, 3 kedai, 5 kedai atau 7 kedai.
maksimun pelaburan anda untuk 7 kedai hanyalah RM 2+++.00 sahaja, sekali seumur hidup dan anda akan dapat pulangan pendapatan berkali, sehingga sendiri rasa sukar untuk percaya.....

sekiranya hari ini anda tidak mampu untuk membeli sebanyak mungkin kedai, anda berpeluang membeli lebih dari 1 kedai dimasa depan dengan membuat permohonan membeli kedai tambahan.

anda hanya akan percaya apabila anda telah mendaftar sebagai ahli...dan anda mula mengikuti, kursus atau seminar percuma yang diadakan setiap malam bermula isnin hingga rabu, jumaat malam. Atau kursus2 intensif, yang berbayar....khusus untuk menjadi seorang yang berjiwa pemimpin didalam perniagaan ini.

perniagaan ini juga menuntut anda untuk belajar, buat, mengajar dan seterusnya anda akan merasai kehebatan perjalanan perniagaan anda dengan terhasilnya income harian, bulanan yng tidak pernah anda jangka dalam hidup anda.

kejayaan atau kegagalan bergantung kepada semangat dan usaha anda serta istiqomah yang berterusan.

kejujuran, penyampaian, ketulusan anda jiwa pemimpin yang anda pupuk dalam diri anda menjadi tunjang kejayaan anda apabila anda mula menjadi penaja rakan niaga anda....
setiap rakan niaga yang anda taja, perlu anda bimbing, dan pimpin dia dari mula merangkak, bertatih dan berlari laju bersama2 anda...

sekiranyanya anda gagal disini,maka gagallah anda...membina E-networking..yang telah anda sertai....bak kata perpatah, lidi kalau sebatang mudah dipatahkan, namun kalau sudah banyak, sukar untuk kita patahkan. Setiap pekerjaan yang berkonsepkan jemaah pasti kukuh, dan ampuh.

Apajua perniagaan anda perlu menanamkan sifat untuk menimba ilmu
Didalam perniagaan ini ilmu yang anda ada perlu anda kongsi bersama rakan niaga anda
Ini adalah perinsip2 keusahawanan yang perlu anda praktikkan dalam perniagaan ini
Ini juga adalah disiplin dan jalan2 kejayaan yang perlu anda lalui.
kegagalan apa jua perniagaan kita hari ini adalah kerana kegagalan kita
untuk menguasai ilmu, keusahawan yang diperlukan apabila kita bergelar sebagai usahawan.

sekiranya anda berminat untuk mendaftar, sila hubungi saya....
kerana perniagaan ini hanya boleh didaftarkan apabila ada rakan untuk menaja anda
mungkin adalah sukar,untuk anda percaya orang yang anda tidak kenal macam saya,
namun terpulanglah kepada anda, gerak hati anda, dan juga mohon petunjuk dari Yang Maha Esa, kalau disini rezeki anda, percayalah akan berjaya.....gunalah akal fikiran dan kepandaian saudara...pasti tiada yang akan mengecewakan kita.

lebih baik dari anda tidak mencuba
lansung menyesal apabila melihat orang berjaya
andai ada usaha, tetapi gagal juga
mungkin ada hikmahnya...
bukan disini rezeki anda....
carilah jalan yang lain jangan sekali2 putus asa.

Sesungguhnya Allah maha pengasih, pengampun,penyayang, pemurah, lagi maha pemberi,
yakinlah kita kepada rahmatnya.....yang bakal diberi andai kita tidak lalai dan lupa diri...

sekian untuk malam ini

Wasalam...jumpa lagi.....

Saturday, November 25, 2006

Anspirasi diri ...dalam meniti hari

Hari ni hari sabtu, hari aku bercuti
Patutnya kekelas quran tajwib tapi bulan pulak mengambang tak habis lagi
Jadi adalah masa terluang untut diri sendiri
Mula2 masak sarapan pagi, nasi himpit, kuah kacang dan rendang sekali
semuanya serba ringkas sekali terutama rendang daging cincang keluaran ramly mokni
Rempah segera keluaran adabi cuma tambah halia, serai, bawang dan santan sekali
rasanyanya enak sekali, abang cik makan 2, 3 kali
adik mimi pun ikut sekali,

Pagi2 lagi husb along dan angah sudah pergi
ketempat race kereta Sepanglah mana lagi
menyaksikan kawan husb beraksi, dia aku dah ingatkan toksah ler lagi
janji diberi balik lepas makan tengahari,
aku yang kat rumah ni belum tengahari talipon 2 , 3 kali
Bukan tak percaya kat dia lagi
cuma bebagai soalan tanya itu ini
lepas masak aku layan mimi
kemudian kemas rumah dan mandi
Bukan aper sajer sebab nak berblog tak lamer lagi
lepas tu nak buat kerja MLM lagi
siang malam aku duduk dan study
supaya faham dan arif sekali
Kalau macam ni gaya tak henti2 insyallah murah rezeki
Hi..hi..hi perasaan, angkut bakul bawa sendiri

Alhamdulillah pagi tadi, aku dah register downline aku lagi
juga rakan sealiran perniagaan sebelum ni
malam tadi aku dah forward DVD kepada 2 kawan aku lagi
sekarang ni aku tak perlu cakap aper2 lagi
DVD dari upline aku dah jadi perantaraan kami
penerangan jelas lebih senang nak faham lagi
terutama untuk aku yang baru lagi supaya maklumat tak tertinggai lagi
lagipun dengan cara ni orang tak ler rasa benci...maklumlah MLM siapa tak benci
Tapi pada aku semua ni terpulanglah pada pemikiran sendiri
Negative atau positif kita yang tentukan sendiri
sebetulnya perniagaan itu tak ader aper yang rugi
cuma pemikiran dan pandangan kita yang susah nak terima, apa lagi

Hari ini terlalu banyak perniagaan berasaskan e- dagang berkembang dan pesat tak henti2
ada saja yang masuk dalam PC dan mail box kita tiap2 hari,
percaya atau tidak kita kena siasat sendiri
Pekara yang perlu diperhati..pertama lesen yang diberi
siapa mereka yang berdiri sebagai lembaga pengarah syarikat ni
latar belakang mereka dan kejayaan yang telah mereka perolehi
Selain itu lokasi beroperasi, produk dan kaedah sistem beroperasi
satu lagi berapa lama syarikat sudah berdiri, apa faedah yang akan dan telah mereka beri
semuanya perlu dikaji, kepada yang mahir pelbagai maklumat akan diselidiki
modal syarikat, kadar keuntungan, dan plan operasi serta pihak yang menceburi,
semuanya akan dikaji,..inilah penentu kita dan syarikat boleh bertahan sekejap atau lamer lagi

setelah semuanya nampak jelas dan tak selindung lagi, tanyalah kepada diri sendiri
Mohonlah petunjuk Allah supaya beroleh hidayah, petunjuk dan jalan yang diredhai
Moga2 rahmat dan rezeki Allah kepada kita ada disitu dan kita pasti
semuanya agar kita tidak akan menoleh kebelakang lagi dan hati tenang dan yakin sekali
Keyakinan akan memudahkan pekerjaan kita nanti, seterusnya niat dihati
Niat yang baik pasti balasannya tetap juga baik dan kita yang akan merasa rahmat Allah nanti

selokaku hari ini bukan sekadar untuk hiburkan hati, cuma sekadar luahan hati
kerana semakin hari, aku semakin nampak, ruang yang Allah beri...
hatiku meronta2 selagi aku tidak bergerak melaksanakan niat dihati
Bila permulaan telah bermula, matahatiku, menjadi tajam sekali
Semua persekitaran diri, memberi aku anspirasi, networking aku infinity
setiap langkahku, pasti bersama niat dihati, cuma mencari mereka yang sama sehati
andai ada ...pasti itulah rezeki, bukan untuk aku tapi juga untuk dia sekali
cuma penilaian yang betul harus disertakan sekali pasti semuanya jadi
andai ada gagal didekati, ertinya ini bukan jalan mereka mendapat rezeki...
Allah berkuasa untuk memberi rezeki
kita manusia sahaja yang perlu memilih ikut fikiran dan gerak hati sendiri

Setiap perniagaan memerlukan modal.... sikit atau besar bergantung kepada kemampuan diri
Perniagaan apakah yang tidak memerlukan networking atau mencari pasaran iaitu manusia/orang, hatta produk berupa makanan kucing parsi
Semuanya memerlukan hubungan antara manusia dan manusia bukan kucing parsi datang kekedai membeli makanan sendiri....
itulah asas perniagaan didalam dunia ini

Sekian untuk hari ini lain kali jumpa lagi pasti
cerita ini takan habis lagi.....akan bersambung ...bila2 sesuai nanti....

Wednesday, November 22, 2006

Moood

Hari rasa macam tak der mood
Begitulah kalau bulanku mengambang terang
Malam ni saja... nak lepas geram
Aku melawat semua kawan2
Ada kesempatan aku tinggaikan komen

Sekarang ni musim hujan
Belum sampai petang hari dah mendung
kata cleaner kat ofis aku, kgnya jawa timur sekarang ni
musim kemarau, dah 5 bulan hujan tak turun
habis kering kontang pokok2...
tapi kat negara kita alhamdulillah setiap hari hujan

Sekarang ni cuti sekolah, cumer abang cik jer pergi tadika
belajar2 sambil main2 isi masa lapang, along dan angah kat rumah
tapi tiap2 pagi sebelum keluar ke ofis, aku dah siap2 pesan
hafal ayat2 lazim, 1 hari satu, kalau yang panjang tu 2 hari ler..
masa main kat luar selepas jam 5 petang, lain2 masa duduk dalam rumah jer buat aper patut, kesian tak bebas, aper nak buat mama ngan baba kerja
malam ada kelas ngaji quran, start balik dah

sekarang ni ada 2 orang budak baru, yang lamer ader 2 orang
yang lain2 tu cuti sekolah, ngaji pun cuti jugak
udah ler tak payah bayar, malas pulak datang ngaji
hai itulah budak kat bandar ni, mak ayah kurang beri perhatian
kalau kat kampung cuti sekolah pagi petang kelas ngaji quran

malam ni tak der seloka
moood tak der..ni pun menulis dah aper2 daaa...citer keluar, hujan,anak2 moood bagai...

Thursday, November 16, 2006

Seloka Penuh Berilmu

Malam ni malam jumaat
sememangnya menjadi malam2 untuk aku menulis lagi
buat tatapan sahabat2 yang sentiasa diingati
malam ni pakai laptop lagi, tapi lah list nama kawan2
kat tepi tu tak muncul2 lagi
macam mana aku nak melawat pulak ni
kalau pakai PC ok jer, atau aku yang tak reti
maklumlah laptop baru beli, guna pun sesekali
hi..hi..hi sapa yang baca tentu senyum sampai nampak gigi

wahai kawan2 aku takder apa nak buat bicara malam ni
minta tumpang iklan MLM lagi, kat sini
jangan cabut lari dah ler...baca pun tak rugi
moga2 boleh kongsi ilmu dan dipanjang2kn kepada sesiapa lagi

IKLAN

NIKMATILAH GAYA HIDUP YANG SELESA
PELUANG BESAR MENANTI ANDA UNTUK MENJADI USAHAWAN
TERKINI YANG PERTAMA DIDUNIA,
MAMPU MERAIH PENDAPATAN SECARA HARIAN ATAU BULANAN SEHINGGA 7 ANGKA
DENGAN STRATEGI AMPUH DAN SOKONGAN SISTEM KAMI YANG SANGAT MUDAH INI

PRINTIS DI SETIAP DAERAH NEGERI DAN GLOBAL SEDANG DICARI
TERBUKA KEPADA SESIAPA SAJA
SEPENUH MASA ATAU SEPARUH MASA
DIRUMAH, BILA2 MASA DIMANA SAJA
PENERANGAN PERCUMA
LATIHAN DAN SEMINAR PERCUMA
SAH DISISI AGAMA DAN UNDANG2
JOM APA TUNGGU LAGI


9/10 REZEKI ITU DATANGNYA DARI HASIL PERNIAGAAN
REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK
KITA HANYA PERLU BERUSAHA
KITA YANG MENENTUKAN HALA TUJU HIDUP KITA
SUSAH ATAU SENANG
KAYA ATAU MISKIN

D = DOA U = USAHA I = IKHTIAR T = TAWAKAL

Yang kaya jangan lupa pada yang miskin tak berharta
Gunalah kepakaran,ilmu dan apa jua kemahiran kepunyaan anda
untuk menjana pendapatan sebanyak mungkin
supaya dapat anda membantu insan lain diluar sana
menikmati keselesaan pemberian dari yang kaya iaitu anda

Yang miskin dan kurang berada jangan suka duduk saja
cari-carilah peluang yang ada supaya kita sama2 berjaya
berjaya bukan saja untuk anda sekeluarga
tetapi untuk dinikmati juga oleh mereka yang kurang upaya

usaha kita ini bukan saja untuk kesenangan dunia semata tetapi akhirat juga
oleh itu marilah kawan semua,kita bersatu tenaga membina empayar niaga
menjana pendapatan, buat diri dan sebagai ibadah juga
membantu sesiapa yang memerlukan tanpa ada syak wasangka
terutama kepada saya yang nampak beria-ia

Kerjanya mudah sahaja
mendaftar diri melalui saya sebagai introducer
secara on line atau offline
menyediakan sedikit modal
produk nyata berupa ubatan herba buat seisi keluarga
silalah buat pilihan ikut harga dan apa yang anda suka
atau pilih produk maya sahaja sebagai pilihannya
pakejnya modal berkonsep kedai, 1 kedai , 3 kedai, 5 kedai atau 7 kedai
pilihlah ikut kemampuan anda
cara kerja sama saja, cuma pulangannya saja berbeza2
iaitu mengikut jumlah modal dan kedai pilihan anda
Nilai modal mengikut pilihan.. tempatan atau global
dari RM334.40 hingga ke RM 2k +++ itu saja
pendaftaran 24 jam bila2 masa,
bank in kan duit dalam sejam saja, nama dan kedai anda
akan terpamir dilayar maya
sesudah itu anda hanya perlu mentelaah silibus yang ada
saya akan membantu anda jangan risau dan tak percaya
semuanya kerana Allah, agar kita berjaya bersama
ilmu yang berguna membantu kita diakhirat sana

Bermula dari situ saya selaku introducer akan membantu anda
memahami konsep dan cara kerja perniagaan ini
menuntut ilmu menjadi tangungjawab bersama
memantau dan membantu sumber maklumat dari rakan seniaga
supaya kita berkembang bersama
jujur ikhlas, rajin berusaha, pemikiran positif
tidak dengki mendengki sesama kita
menjadi tunjang rangkaian kita
selebihnya tawakal kepada Allah menjadi pegangan kita

Buat berita rakan semua, syarikat ada menawarkan share syarikat
untuk dimiliki, pembayarannya bonusnya akan dibuat 15/2/2007 nanti insyallah
oleh itu marilah kita sama2 rebut peluang membeli share sementara ada ini
dengan mendaftar diri, dan membuat sedikit pelaburan tambahan
supaya faedahnya dapat kita nikmati dalam masa terdekat nanti

Kalau ada maklumat lain berbeza dari saya pedulikan saja
sememangnya itu hanyalah dugaan semata
percaya atau tidak, siasatlah segera, atau pohonlah
petunjuk dari Allah Taala, pasti ada jawapannya
setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik,
begitu juga sebaliknya
saya disini tidak memaksa, andai berminat hubungilah saya
jangan malu atau segan, akan saya bantu sedaya upaya
hendak seribu daya tidak hendak berbagai cara

Mungkin penyampaian saya terdahulu mengelirukan anda
tetapi itu mungkin kelemahan dan juga kurangnya ilmu saya
berbicara disini tidaklah selesa, marilah kita berjumpa saja
jadikanlah perniagaan ini pilihan anda
saya disini tidak berdusta, cuma ingin membantu saja
andai tiada jawapan dan respon dari anda,
mungkin itu bukan rezeki saya atau anda, saya disini
tidak akan berputus asa, mungkin juga ada hikmahnya

Sekian sudah seloka berupa iklan dan promosi saya
buat tatapan dipagi jumaat nan mulia
semoga kita sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

P/s: hubungi saya untuk pendaftaran dan maklumat lanjut atau temujanji di
email address : shami0180@myjaring.net atau ditalian hp no 019-2284344

Sekian wasalam...........

Thursday, November 09, 2006

Blog ku bersawang

Hari jumaat datang lagi
Aduh cepatnya masa berlalu
Malam esok jumaat malam sabtu
Ada majlis akad nikah biras husb belah adik perempuan dia
Dah kena pergi Batu Caves jap, jadi rombongan pengantin pulak
Lepas tu pagi sabtu ada program suaikenal pelajar tahun 1 untuk abang cik
Aku pulak kena pergi program staff gathering kat Hotel Flamingo...sampai jam 4
Ini kes sampai rumah jam 6 petang ler....ada pulak jemputan open house..
entah sempat entah tidak pergi ni

Jemputan ni dari kawan jejiran merangkap kawan kat surau
3, 4 kali dia ingatkan aku...aduish....nampaknya husb jer lah pergi ngan anak2
Ahad ader lagi jemputan open house ingat tak pergi kut penat sangat....
Kerja kat ofis banyak sekarang....he..he..sempat lagi ngantuk2 kat ofis
Lagi satu minggu ni bayar hutang puasa....yang 3 hari tu
Minggu depan sambung posan enam pulak...(puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal)
Kalau dapat laksanakan ..wah lengkaplah tahun ni,
posa dalam rejab, posa dalam bulan syaaban, posa dalam bulan ramadhan dan..
posa dalam bulan syawal....
Ya Allah syukur ...alhamdulillah puas rasa hati....dapat tunaikan amalan wajib dan sunat ni....

Hah ader lagi sekarang ni sibuk mentelaah kembali MLM aku tu terlupa lak sebulan tinggai...
segala maknika,..yang duk pi belajar......haish....sibuk bebenar...rasa...
Kepada kengkawan semua jangan ler hendaknya lupa kat blog aku nih....biarpun penuh dengan sawang, mawang atau bawang nih....dah mula dah nak merapuh,....nih
sebenarnya suami tercinta telah membelikan aku laptop...kesana kemari aku mengusung, tapi tak sempat nak berblog secara flexible....makin kurang dan bersawang pulak..jadiknya...
Aduish...maaf ler kengkawan...mungkin suatu hari akan terlaksana juga apabila aku merobah line tipon agar dapat masuk kat dalam bilik tidur...so boleh layan....lama2... sambil baring2....atau bawa kepejabat boleh layan waktu tengahari.........boleh kerrrrrr.....kerja menunggu makin banyak....wehh.....
OK selamat berhujung minggu dan selamat beropen house.....wasalam

Blog ku bersawang

Hari jumaat datang lagi
Aduh cepatnya masa berlalu
Malam esok jumaat malam sabtu
Ada majlis akad nikah biras husb belah adik perempuan dia
Dah kena pergi Batu Caves jap, jadi rombongan pengantin pulak
Lepas tu pagi sabtu ada program suaikenal pelajar tahun 1 untuk abang cik
Aku pulak kena pergi program staff gathering kat Hotel Flamingo...sampai jam 4
Ini kes sampai rumah jam 6 petang ler....ada pulak jemputan open house..
entah sempat entah tidak pergi ni

Jemputan ni dari kawan jejiran merangkap kawan kat surau
3, 4 kali dia ingatkan aku...aduish....nampaknya husb jer lah pergi ngan anak2
Ahad ader lagi jemputan open house ingat tak pergi kut penat sangat....
Kerja kat ofis banyak sekarang....he..he..sempat lagi ngantuk2 kat ofis
Lagi satu minggu ni bayar hutang puasa....yang 3 hari tu
Minggu depan sambung posan enam pulak...(puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal)
Kalau dapat laksanakan ..wah lengkaplah tahun ni,
posa dalam rejab, posa dalam bulan syaaban, posa dalam bulan ramadhan dan..
posa dalam bulan syawal....
Ya Allah syukur ...alhamdulillah puas rasa hati....dapat tunaikan amalan wajib dan sunat ni....

Hah ader lagi sekarang ni sibuk mentelaah kembali MLM aku tu terlupa lak sebulan tinggai...
segala maknika,..yang duk pi belajar......haish....sibuk bebenar...rasa...
Kepada kengkawan semua jangan ler hendaknya lupa kat blog aku nih....biarpun penuh dengan sawang, mawang atau bawang nih....dah mula dah nak merapuh,....nih
sebenarnya suami tercinta telah membelikan aku laptop...kesana kemari aku mengusung, tapi tak sempat nak berblog secara flexible....makin kurang dan bersawang pulak..jadiknya...
Aduish...maaf ler kengkawan...mungkin suatu hari akan terlaksana juga apabila aku merobah line tipon agar dapat masuk kat dalam bilik tidur...so boleh layan....lama2... sambil baring2....atau bawa kepejabat boleh layan waktu tengahari.........boleh kerrrrrr.....kerja menunggu makin banyak....wehh.....
OK selamat berhujung minggu dan selamat beropen house.....wasalam

Monday, November 06, 2006

Kenangan Ramadhan

Malam ni aku berkesempatan menulis lagi
Menulis untuk ingatan diri sendiri
Ramadhan yang berlalu, meninggalkan kenangan yang tersendiri
Alhamdulillah bulanku mengambang hanya untuk 3 hari
Segera aku sujud tanda syukur akan nikmat pemberian Mu Ya Allah

Syawal kali ini amat bermakna untuk aku dan juga keluarga
Hanya ALLAH yang Maha mengetahui,
mungkinkah doa2 ku sepanjang malam dimakbulkanNya
Semoga, rahmatMu kekal keakhirnya...

Malam Ramadhan yang lalu juga membawa aku menyaksikan
Pengislaman seorang pemuda kristian di surau tempat aku berjemaah
Kebesaran Allah memperlihatkan akan kekuasaannya seorang ibu berbangsa serani yang beragama kristian telah menyerahkan anaknya yang pulih dari koma untuk diislamkan hanya kerana janji dan ikhtiar dan cabarannya kepada kekuasaan Allah
Dan kerana itu juga Allah memperlihatkan akan kebenaran agamanya....
Anak yang tidak punya harapan sembuh,kembali sedar,
Setelah diperdengarkan ayat2 suci Al Quran dari surah Yassin ...

Kini pemuda tersebut sah sebagai seorang islam
Suasana majlis tersebut amat terharu sekali, semua jemaah menitiskan air mata
tanda syukur akan anugerah dan hidayah yang telah Allah berikan kepada pemuda tersebut
Bersama2 kami menadah tangan memohon keredhaan dan rahmat Allah serta syukur yang tidak terhingga.....semoga kami semua juga beroleh ganjaran seadanya.....

Malam2 Ramadhan juga menyaksikan akan gelagat manusia, tidak ketinggalan aku
Entah dimana silapkannya...aku menjadi mangsa, tuduhan, seorang insan yang alpa..
Namun segalanya diperlihatkan Allah.....hanya kesabaran menjadi tunjang diriku,
andai tidak,pasti keadaan menjadi, ...rona rona duka..
Namun dikejauhan aku yakin rasa bersalah, meresahkan jiwanya, sehingga matahatiku
menceritakan segalanya....namun berkat kesabaran diriku dan kupujuk2 hatiku melupakannya
Segalanya menjadi seperti biasa....semoga dirinya lebih berwaspada setiap masa....
Semoga dia beroleh hidayah...dariNya
majlis ilmu, telah menghuraikan segalanya....hanya diri sendiri yang perlu peka

Hari2 lebaran yang kunjung tiba juga menjadikah aku sebahagian dari mereka
Membuat persedian..seadanya...dan untuk kali ke3 tahun ini baju tempahanku, diabaikan
Oleh mereka2 yang bernama tukang jahit, yang terrorlah....katanya

Walau seawal 2 bulan telah aku hantar, walau berulangkali aku ingatkan akan apajua masalahnya, namun, jawapan manis dan indah bahasa, menceritakan segalanya
mereka cuai, mereka alpa,mereka ...mereka..mereka...tidak punya rasa
namun kali ini ..kuluahkan segalanya apa yang sering terjadi pada diriku....hanya kerana manisnya mulut seorang tukang jahit....supaya jangan ada lagi kisah ini selepas aku....
Semoga mereka beroleh hidayah dan kejujuran dalam melaksanakan amanah ..orang lain
alasan bukan suatu cara menyelesaikan ..segalanya...

Dirimu, kejujuranmu, amanahmu menjadi tunjang segala pekerjaanmu...
Andai hilang, andai punah....segalanya akan terserlah, ...jua..
Kepada dia tiada sikit pun rasa sengketa, cuma sedih akan begitu sudah ucapan dan perlakuannya, kupanjatkan doa moga Allah memberi hidayah padanya
sehingga akhirnya pengakuan dan kata benar lahir jua dari dirinya...

Malam2 akhir ramadhan juga menjadikan diriku sedih
..kala selesai menunaikan solat isyak....
hanya kerana hatiku, begitu sedih untuk berpisah denang Ramadhan, yang istimewa dariNya
hanya kerana malam2 ku akan kembali sunyi,
hanya kerana solat2 dan majlis ilmu yang akan turut .....berlalu pergi...
moga semangat aku ini kekal segar seterusnya....
Permintaan ku yang amat bermakna
hanya untuk ibu dan ayah...dan jua seluruh ahli keluarga
sahabat handai semoga teguh beriman kepada Allah yang maha esa....
.serta dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dibawah lembayung rahmatNya....amin...