Thursday, August 31, 2006

Salam merdeka aku dan Negaraku



Selamat hari Merdeka untuk diriku dan Negara ku yang tercinta
Hari yang berbahagia untuk aku dan Negaraku, ternyata
Diriku bebas dari beban rindu yang sarat, lagi berat
Negaraku bebas dari belenggu penjajah dan komunis yang berniat jahat
Ku panjatkan doa saat ini semoga diri ku dan Negara Malaysia ini dirahmati Allah dunia dan akhirat

Selasa malam, kala sunyi diriku terbangun dengan niat untuk melawaskan diri
namun telefon bimbit disisi sengaja ku tatapi, terpamir jelas ada pesanan untuk diriku
kusabarkan diri, tunaikan dulu hajat diri
selesai semuanya kulangkahkan diri menatapi pesanan tadi
dalam debar, ku paksa diri merenungi dan memahaMi isi pesanan tadi
I miss you so much jelas kata diberi
Terpaku aku disitu, beban rindu tak kunyatakan selama ini
telah di ungkap oleh suamiku kala ini
ku rujuk waktu jam sampainya pesanan ini, 1.43 pagi
dan kala aku tatapi pesanan itu, jam sudah 2.44 pagi
bermakna sudah sejam lamanya dia menanti
~Kujawap miss you too~
mama and anak2 mu, cepatlah kembali
Terlepas sudah beban rindu hatiku ini
kurenungi mimi disebelah ku saat itu dan kucuba lelapkan mata lagi,
namun sesaat kemudian telefon ku berbunyi lagi
ada pesanan lagi, kata-katanya lebih bermakna buat ku hingga tidak dapat kutahan lagi
menitiskan air mata sampai ke subuh hari
Didalam hati ingin kujawap supaya aku dan dia terasa harmoni
namun segalanya kubiar berlalu pergi
akhirnya aku lelap bersama beban rindu ini
Kepejabat dihari rabu, bila tiba waktu jam 10 pagi
kuutuskan pesanan jawapan malam tadi, kuluahan kenapa aku tidak menjawap lagi
Disambut pesanannya kali ini dengan ucapan yang lebih bermakna lagi
bukan harta benda yang menjadi impian ku saat dia kembali, namun keselamatan dan kesihatan serta kasih sayang yang mewah sekali
Diwaktu petang datang lagi pesanan darinya menyatakan pertanyaan diri ini dan persiapan diri untuk menghambakan diri kepada ilahi,
ku balas supaya tiada ada kerisauan dihati,
Malam bertamu lagi, selesai solat kitabMu kutatapi,
panggilan telefon kepadanya dariku dan anak2 dengan tujuan melepaskan resah hati,
pesanannya menyuruh kami menyaksikan tv diesok hari
untuk melihat dia beraksi bersama perarakan sempena hari kemerdekaan ini

SELAMAT HARI MERDEKA UNTUK SEMUA,
SEMOGA DIRI KITA DAN NEGARA KITA MAJU KEHADAPAN SETAPAK LAGI MENGHARUNGI CABARAN DUNIA AKHIR ZAMAN INI
MENEGAKKAN KEBENARAN YANG HAKIKI
DOA DAN HARAPAN DUNIA DAN AKHIRAT KITA JUNJUNG SEPENUH HATI
SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI HINGGA KE SYURGA ALLAH NANTI

salam merdeka kuhulurkan tanda kasih diberi kepada suami dan anak2 tercinta, keluarga dan sahabat yang tersemat kemas dihati..............moga hidup kita sejahtera dan dirahmati Ilahi..


Tuesday, August 29, 2006

Rindu

Rindu
Sudah 5 hari husb berada di Sarawak
Selama itu juga telefon menjadi perhubungan kami pagi, tengahari atau malam
Walau tiada ucapan yang panjang tapi cukup dengan soalan dan jawapan yang ringkas, sekadar melepaskan rindu aku walau tidak kunyatakan jelas begitu juga anak2

Rindukah aku ?

Pagi husb bertolak ku iringi pemergiannya, sampai ke pintu pagar rumah
sempat juga aku memeluk, bersalam dan kucium tangannya
Namun dari gerak gerinya sejak semalam bagai gelisah dia untuk meninggalkan aku,
tingkah lakunya bagai kalut, bagai manja, namun sengaja tidakku endahkan,
bagai mau kusembunyi resah gelisah hatiku, sedangkan hatiku sendiri terasa sayu kala itu
menitis air mataku, saat aku menunaikan solat subuh, selepas menghantarnya pergi...
Maklumlah tidak pernah dia meninggalkan aku selama 10 hari lamanya
Bukan tidak pernah lansung dia meninggalkan aku di kg semasa aku didalam pantang, tapi pemergiannya kali ini lain sebabnya dan jauh pula, tempatnya nun di Msia Barat
Sedangkan aku dirumah hanya ditemani anak2 dan maid.

Kesayuan itu bagai terasa2 apabila masuk hari ke 5 ini,
Semasa ketiadaannya aku ke pejabat menumpang kawan
dan pulang pula dengan menaiki bas kerana waktu pulang kami tidak sama,

Mulanya hatiku merasa senang dengan perubahan sementara ini, kerana terasa diriku mampu berdikari buat seketika, walau ada sikit rasa bimbang, cuba kubuang jauh2...
Namun dalam susah payah menaiki bas dan juga menempuh hujan lebat kala waktu pulang,
dengan keadaan kesihatan yang terganggu, tiba2 kesayuan hatiku bagai diterjah2..
Kerap kali kala keseorangan baik dipejabat, dihentian bas maupun didalam bas pasti bergenang air mataku, rindukah aku, sedihkah aku, semua rasa bagai bercampur2......

lantas kupujuk hatiku jangan sampai menitis air mata, kualun zikirku kepadaMu Ya Allah dalam senyap, supaya jiwaku tenang kembali, seketika bagai reda...namun
malam ini ketika menyaksikan Mawi dan Ina perasaan ku mula dibuai2....ketika cuba kelelapkan mata, bagai segar mataku, berulang kali kucuba, namun hatiku resah gelisah, menitis juga akhirnya air mataku, dengan perasaan bercampur2....

Seketika tadi menyaksikan Mawi dan Ina, dia suamiku menelefon aku, seperti biasa, ...
Mungkinkah kerana itu, atau hatiku ini bagai menyelami perasaan seseorang yang juga dalam kerinduan, walau siapa mereka berdua itu, namun hakikatnya hubungan 2 insan itu yang mana perkahwinan menjadi matlamatnya, berakhir dengan perpisahan, pasti ada kerinduan yang bertamu, inikan pula aku suami isteri, pastinya kerinduan itu lebih dalam rasanya...kala berjauhan ini.

Inginku bawa jiwaku melalui hari2 ku bersendirian dengan tenang, kusibukan diri dengan pelbagai kerja dan bahan bacaan, tidak lupa kualunkan ayat2 suciAlQuran kala usai solat waktu,
Sesekali tidak lupa dan tidak jemu2 aku membilang hari2 kepulangan suamiku,
namun semakin hari semakin sayu rasa hatiku, dan malam ini aku luahkan resah hatiku menunggu kepulangannya yang tersayang dengan menulis lagi
meluahkan rasa rindu hatiku , yang tidak terucap ..............padanya
abang cepatlah pulang aku rindu padamu...........


P/s: Ni dah masuk jam 1.10 pagi, mulalah aku melalut,......lagik...
kepada Mawi dan Ina walau siapa pun anda, aku bukanlah peminat kamu, cuma sebagai sesama insan kalaulah ada lagi rasa rindu yang kuat, antara kamu andai ada jodoh antara kamu kenapa perlu kamu menafikan....kenapa perlu kamu bersusah payah, untuk semua ini, ...panjatkanlah doa, mohonlah petunjuk dari Allah s.w.t itulah sewajarnya......


Wednesday, August 23, 2006

Salam ulang tahun, aku dan ramadhan

<>Malam ini aku kembali menulis lagi, semua kawan2 yang dekat dihati aku lawati, ada yang kutinggalkan jejak dan ada yang belum berkesempatan,...demi mengejar masa yang hampir jam 12.30 malam, aku ...terasa benar ingin menulis.....
<>
<>Aku dan Ramadahan

<>Ramadhan tahun lepas, amat bermakna buat aku,
<>Ramadhan yang lepas aku berasa sangat lapang kerana ibadah sebulan itu setelah sekian lama aku tidak berkesempatan
<>Ramadhan yang lepas juga membuatkan aku bagai tidak sabar menantinya saat ini
<>Ramadhan yang lepas menjadikan Rejab dan Syaaban indah kepadaku....kala ini
<>Ramadhan yang lepas menyiapkan diriku untuk melakukan ketaatan dan berterusan dalam menjalankan ibadah
<>Ramadhan yang lepas menjadikan aku bersemangat meningkatkan iman, ilmu dan amal serta tingkah laku yang baik kepada yang terbaik
<>itulah aku dan Ramadhan.....

Ramadhan mungkin menyimpan seribu pengalaman yang pahit dan manis kepada kita semua, terpulanglah kepada, kita sendiri..untuk mentafsir dan mengemudikan arah hidup kita semoga tidak lari dari syariat Allah....


Berbagai cerita aku baca melalui blog kawan2, sesekali mengundang senyum dan tawa kepada kepada diriku, itulah peneman aku selama ini. Hidup kita diusia aku sekarang, mengundang pelbagai pekara untuk difikirkan, selebihnya, menilai akan layak atau tidak kita sebagai muslimah untuk mengharunginya, siapalah kita untuk mendidik, siapalah kita untuk menegah...haruskah cahaya iman itu dibiar datang sendiri pada mereka, tanpa perlu didesak. Harapan dan doa yang tidak pernah putus, kupohon kesejahteraan untuk mereka agar mengingatiNya...inilah harapan ku untuk semua ...saudara, sahabat...rakan dan taulan walau dimana jua berada....


<>
<>
Salam ulang tahun untuk Suami~abang dan Baba

Suami seusia perkenalan kita tidak pernah aku meluahkan kata, atau madah untuk mu
Malu atau apa sebenarnya yang telah menutup kemas mulutku tanpa sebarang pengucapan terus dari aku, walau ada cuma kad2 ucapan suatu waktu dulu
cuma tindakan dan perlakuanku saat ini kuharap dapat mentafsirkankannya kepadamu
Tanggal 20hb Ogos, ini ingin aku mengucapkan selamat ulang tahun kelahiranmu yang ke 36 semoga engkau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan beroleh kebahagian bersamaku,
walau kadang kelemahanku menghambat dirimu...moga kemaafan sentiasa bersamamu
kerana aku yang tidak pandai untuk bermadah, dan berhelah didalam berkasih sayang......


P/s: Apa dah aku melalut malam2 buta ni, kalaulah dia membaca apa yang aku tulis saat ini, mau dia senyum sumbing dan aku yang termalu kerana tidak tahan melihat senyuman itu...tapi dia dah tido....selamat...he..he..he siapakah dia itu....

Friday, August 18, 2006

Solat Hajat ,Sensitif, Al quran

Program surau ~ Solat hajat
Malam ni malam jumaat, surau kat rumah aku ada program solat hajat sempena peperiksaan UPSR, majlis ni dibuat atas permintaan sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya, iaitu sekolah anak2 aku.Tiap2 tahun majlis ni dibuat. Hanya tahun ni aku berkesempatan untuk hadir. Lepas ngajar budak2 ngaji quran baru kami kesurau. Sebelum singgah surau sempat pergi ambik along kat kelas tuisyen tak jauh dari surau. Aku hadir masa solat isyak, solat sunat , pas tu baru solat hajat, kemudian membaca yasin beramai dan dikuti tahlil dan doa terhadap hajat kami semua yang satu itu sempena anak2 menghadapi peperiksaan UPSR, moga berjaya hendaknya, selebihnya doa untuk semua. Walaupun anak2 aku belum lagi nak ambik periksa, moga apa yang didoakan oleh ustaz F lekat ke hati anak2 aku...dan juga muslimin dan muslimat yang hadir, memang bila ustaz F baca doa, dan terjemahkan sekali, doa tu, pasti kami semua menitiskan air mata, tak ketinggalan aku...meleleh2 air mata ...sayu rasa hati, rendah rasa diri, didepan Allah ...berdoa macam tu....moga doa kami malam ini dimakbulkan Allah hendaknya..amin.

Sebelum bacaan Yassin semua anak2 yang akan mengambil peperiksaan disuruh kedepan baik lelaki maupun perempuan, kemudian sesiapa yang membawa botol yang berisi air juga di suruh bawa kedepan, air tersebut akan digunakan untuk minum, dan membasuh muka anak bila hendak kesekolah, para ibu juga buleh menggunakan air itu untuk masak nasi, semoga hati anak2 terang dan tenang menghadapi peperiksaan...moga apa yang anak2 belajar mudah diterima.

Sensitif
Kenalah pulak minggu ni memang aku rasa sedih sayu, maklumlah bulan mengambang baru jer lepas rasa sensitif tu menjadi2 pulak, lagi husb aku kena pergi Sarawak selama seminggu, sempena hari kemerdekaan, minggu depan, itu yang menjadi2 sensitif ni, tak pernah aku nak kena tinggai selama 1 minggu, itu yang sedey sangat ni, ....dalam diam2 ni aku pujuk hati aku sendiri, tapi kekadang masa kat ofis bila dah lepas waktu asar tu, mulalah air mata aku meleleh2, ....macam sedih sangat....teruk betul....sensitif aku ni....Ya Allah, sabarkanlah hati aku ni.....

Balik rumah pulak kekadang rasa macam nak merajuk pun ada...bengang nak kena tinggai lama ...husb ajak ikut...mana boleh seminggu anak2 mana nak letak....tak paham ker...saja nak mengusik aku nih....lepas tu dia sibuk citer program sebelah pagi jer petang dia dan kawan dah plan nak kesana kesini, ni yang buat aku tambah bengang ni.....dulu masa aku ada trip ofis sampai ke vietnam, sarawak, dia tak bagi ikut sebab staf saja husb tak leh bawa..kalau bawa tambang sendiri, dia tak nak, dan dia tak kasi aku pergi....sekarang bukan main lagi..bila dia dapat pergi...relaks jer....( dengki ker..aku ni..apa kes...nih..melalut jer )

Sorry ler kengkawan , malam ni aku nak meluahkan perasaan sedey aku ni, takut berkarat kat dalam hati..pulak. Lepas balik surau ni rasa lega sikit hati aku....sampai rumah rasa macam nak menulis pulak....

Isi dan petunjuk Al quran
Kitab suci Al quran berisi ilmu, hikmat dan petunjuk berkenaan dengan kepercayaan , peribadatan, kemasyarakatan, pemerintahan, hukum cerita dan berita untuk pengajaran, pendeknya menrangkumi seluruh aspek kehidupan,

Hanya dengan Al quran, Nabu Muhammad saw memompin umatnya sehingga dalam waktu yang singkat, dapat menciptakan perubahan besar tiada bandingannya dalam sejarah umat di dunia. Bangsa Arab yang sebelumnya bangsa terpencil sebagai pengembala unta dan domba, yang selalu berpecah belah dan berperang sesamanya dibawah pimpinan Rasulullah saw menjadi umat yang kuat dan bersatu bagai beton yang tidak bisa dipecahkan, bahkan bangsa Arab menjadi pemimpin bangsa-bangsa di dunia.

Begitulah dari dulu sampai kini Al quran dapat memberikan bombingan kearah kemajuan, peradaban dan budaya yang tinggi.

Dalam sebuah hadis digambarkan isi kandungan Al quran yang maksudnya:

"Ali bin Abu Talib r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda: " Nanti akan terjadi fitnah (kekacauan)" . Ali bertanya " Apakah jalan keluar dari kekacauan itu ya Rasulullah?" Nabi menjawab: Kitab Allah (Quran) . Didalamnya terdapat berita orang2 sebelum dan sesudah kamu, hukum ( peraturan) untuk menyelesaikan perselisihan diantara kamu. Quran itu perkataan yang tepat (berisi) bukan senda gurau, ( omong kosong). Siapa yang meninggalkan ajaran Al Quran karena takut penguasa nescaya orang itu akan dibinasakan Allah.

Siapa yang mencari petunjuk selain, dari Quran nescaya akan disesatkan Allah. Quran itu tali (hubungan yang teguh) dari Allah. Pengajaran (peringatan) yang penuh hikmat, jalan yang lurus (benar) Kemauan tiada akan sesat apabila mengikutinya lidah tidak akan keliru menyebut apabila menurutinya. Ahli ilmu tiada bosan untuk tetap, mempelajarinya .Tiada usang karena dibaca berulang-ulang dan keajaibannya tiada habis-habisnya.

Ketika jin mendengar Quran, sampai mengucap:

" Sesungguhnya kami mendengar Quran sangat mengagumkan, memimpin kepada kebenaran, lalu kami mempercayainya"

" Siapa yang berkata menurut Quran , dia mengucapkan yang benar siapa yang menurut Al quran dia akan memperoleh pahala"

" Siapa yang menghukum mengikut alquran dia bersikap adil,

"Siapa yang memanggil kepada ajaran Quran, sesungguhnya dia dipimpin ke jalan yang lurus.

(Diriwayat oleh Imam Ahmad dan hakim)

Selamat berhujung minggu......



Wednesday, August 16, 2006

Hari ini aku cuba sedaya upaya untuk menulis, maaf kepada kawan2 semua, syikin terima kasih kerana mengingatkan saya tentang masa2 berblog, sebenarnya sejak 2 menjak ni saya sibuk sikit, bermula pada jumaat malam saya menghantar maid untuk bercuti, sabtu pula ada kenduri aqiqah Mak cik ros yg sama2 belajar ngaji dengan saya kat surau, semua urusan memasak, menyewa canopy, dan juga acara berselawat, husb yang urus dan laksanakan, bersama kawan2nya. Saya pula sibuk dengan kerja rumah, maklumlah maid dan bercuti, sempat jugak lawat kawan2 tapi tak empat tinggal jejak.

Sabtu malam ahad kerumah SIL kat Puchong, ambik MIL sebab MIL and FIL SIL datang lawat dia bersalin, sebelum ni MIL saya yg jaga dia dalam pantang, so bila diaorang dah datang giliran MIL saya pula berehat. Hari Ahad T datang rumah untuk jahit langsir dan juga kerana ada tetamu khas nak datang, (nanti saya ceriter kemudian). Tapi tetamu khas membatalkan niat saat2 akhir, MIL pula berehat kat rumah sampai malam tadi, lepas ngajar ngaji saya dan husb hantar dia balik ke Puchong semula, jam 1.00 pagi baru sampai rumah, letih jugak...he...he..he
Insyaallah minggu depan saya akan kembali berblog macam biasa .....

Kepada kawan2 anda semua sentiasa dalam ingatan...cuma masa saat ini tidak mengizinkan....

Thursday, August 10, 2006

Pemergian tok cik (1)

Ahad malam lebih kurang jam 2.30 pagi aku terjaga untuk bangun sahur, kebetulan isnin ni aku memang niat nak posa sunat, bila dah bangun tu biasalah hp tu mesti dibelek, kut2 ada miss call ker mssg ker, takut ader emergency, ...bila dah tengok sah ada, T mssg, tok cik ( adik atuk lelaki aku) meninggal malam tadi, kat hospital kat Kulim, patut ler hati aku rasa tak sedap sejak semalam, walau tak sempat balik, dikejauhan ini aku sedekahkan Al fatihah untuk nya, Ku Mahani Bt Ku Kassim semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang berimam.

Tok cik aku diserang darah tinggi mengejut, kata sedara dia sejak 2 menjak ni dia makan ikut suka dia jer, terutama, seafood petang tu dia beborak dengan kawan2 dia, kebetulan kaum nenek, yg dah tak bersuami, lagi dia rasa pening, lepas tu deper papah dia masuk rumah, kebetulan dia tinggal sorang, sementara tunggu anak dia datang, kebetulan rumah anak pun tak jauh dari rumah dia, bila dah bawa kehospital, dia terus pengsan, dalam pengsan tersebut air matanya tak henti2 mengalir sampaikan terpaksa berulang kali dilap....akhirnya dia nazak dan meninggal malam tu lebih kurang jam 8 malam.

Aku ceritakan sikit kisah tok cik aku ni, dia dah tak bersuami, arwah suami dia meninggal mengejut kerana terkena santau, tak tau sapa yang buat, cuma bila di siasat beberapa bulan sebelum kematian arwah, tok cik cerita, arwah ada mengetahui satu kes pecah amanah, yang membabitkan kerani dipejabatnya yang telah menyalah gunakan sejumlah wang milik sekolah kebetulan arwah Guru Besar. Itu saja, tak der berselisih faham dengan orang lain, dia kata sejak dia tau kes pecah amanah tu, rumah mereka selalu ada benda pelik2 berlaku, kebetulan arwah tinggal kat Quaters cikgu kat kawasan sekolah.

Pada aku tok cik sedih sangat dengan kehilangan arwah, 2 hari sebelum arwah meninggal dia ada tipon bagitau nak datang rumah aku kat kg sebab rasa tak sihat, bila cek kat dr tak der masalah, tapi batuk dah berpanjangan bermacam jenis ubat dah makan tapi tak hilang jugak, last sekali hari sabtu, hari tu arwah datang dengan tok cik tapi dalam keadaan dah terhoyong hayang, bila sampai terus baring kat tilam di ruang tamu, kata tok cik tadi masa bawa kereta dah melelong itu pun ikut jalan lama dari kulim sampai ke Jitra, takut berlanggar, itulah lambat sampai. Arwah berkeras nak kerumah aku jugak, sebab dia rapat dengan tok wan aku yg lelaki tu. Dari jam 2 petang sampai 6 petang setiap 30 minit arwah akan muntah darah sebanyak 1 gayung, kejap buang air besar, tak der najis, cuma ketulan darah merah jer...

Arwah masa tu buleh cakap lagi tapi dah lemah, sesekali dia minta air untuk minum, jiran2 sedara2 dah penuh kat rumah masa tu, setiap kali arwah muntahkan darah, terasa, ngeri dengar, cara dia muntah, masa tu kami belum syak apa2 lagi, tpi dah rasa pelik, kebetulan ada kawan, pak cik aku dari Mekah datang bercuti kat rumah, dia minta dia tolong tengok kejap, nak tau apa puncanya. Kawan Pak cik aku ini orang siam, tapi dah lama menetap di mekah, dia saja datang melawat kawan dia....orang nyer kuat agama, bila dia tengok, kemudian dia baca sesuatu kat air bagi arwah minum, lepas tu dia minta 2 keping halia, dia tekupkan kat hidung arwah sambil mulutnya membaca sesuatu bila dia ambik balik, dia tunjukkan kat kami semua, dia cakap arwah ni dah terkena santau, ini bukti dia, habuk2 cebisan benda tajam....warna hitam..bila dia beredar, kat ruang tamu satu lagi, kebetulan aku ada kat situ, dia berbincang dengan dengan tok wan dan sedara lelaki lain, dia cakap arwah ni dah peringkat teruk, dia cuma mampu kurangkan ajer, tapi tak mampu pulihkan sepenuhnya, kena cari orang yang pandai, untuk berubat. Petang tu arwah dah tenat, sedara sumer minta bawakan kehospital, konon untuk berbuat sesuatu supaya arwah bertahan, bila sampai hospital keadaan tetap sama, malah pelbagai dr dah buat tapi tak der kesan arwah ni mengidap penyakit lain , semua normal tapi muntah darah, dr minta berubat cara kg kata dia ini bukan penyakit biasa, tapi semua dah terlambat, kebetulan masa untuk arwah dah sampai, arwah pergi mengadap Allah malam itu juga. Pada mula memang keluarga aku tidak setuju bawa arwah ke hospital tapi tok cik berkeras, sebab ader sedara dan anak2 dia yg tak puashati, nak juga cek dengan dr, kami ikut jer kemahuan deper. Itu keputusan mereka. Tapi kuasa Allah mengatasi semuanaya, ajal maut ditangan Nya . Kita hanya mampu berusaha.

Berbalik kepada kisah tok cik aku yg perempuan ni, sejak arwah tak der, hidup dia kesunyian, kerana kematian arwah mengejut, tahun berikutnya dia pergi menunaikan haji, dan setiap tahun lepas tu dia akan pergi buat umrah, dengan hasil duit pencen suami dia. Last sekali aku pergi melawat dia, aku tengok kat dalam bilik tidur dia , ada semua gambar moyang aku, (mak ayah dia), suami dia dan anak2 dia 2 orang pereumpuan semua gambar hitam putih, gambar dulu2, aku rasa dia tentu rindukan mereka tu kebetulan dia tinggal sorang, anak dia dua2 perempuan, 1 tinggal tidak jauh dai rumah dia, 1 lagi kat Terengganu. Dia tak nak ikut anak2 walaupun diajak. Dia tetap ingin duduk dirumah dia sendiri. Dulu masa arwah suami ada tok cik aku ni memang seorang yng berhias baik rumah maupun diri dia, tapi sejak kematian arwah dia dah berubah, dia duduk dalam keadaan sederhana saja, lebih banyak buat ibadat....


bersambung...............

Hari ini 13/8 aku ingin habiskan cerita aku tentang tok cik, sebenarnya banyak kenangan aku dan tok cik, baik yang manis maupun yang masam, tetapi semua itu lumrah, kita manusia biasa tidak terlepas dari melakukan salah silap, walaupun begitu, tok cik tetap dalam ingatan, kerana suatu waktu dulu, dia pernah melayan aku dengan baik,...sekali lagi Al fatihah untuk dia......

Tuesday, August 01, 2006

Aku saat ini


Rindu dan shopping
Sudah seminggu aku tidak menulis bukan kerana lupa, tetapi kerana kesibukan dipejabat dan juga dirumah dengan kelas2 mengaji membuatkan diri aku keletihan, dan aku hanya mampu menatap blog aku buat beberapa minit saja. Selebihnya aku melayan anak2 dan berehat.

Hari ini aku tekad menulis lagi, rinduku pada blog dan kawan2 dah tak tertahan lagi. Sabtu, baru ni aku tidak kekelas mengaji, sebaliknya aku dan adik aku T telah ke KL untuk bershopping, mega sale dah kembali, sebenarnya aku cuma pergi membeli, buku fiqh yang di order oleh kawan2 mengaji kat surau, lepas tu membeli kain untuk buat baju kurung dan membeli kain langsir, dari jalan TAR aku bershopping sampai ler ke Giant Taman Melawati, semua apa yang aku nak beli tu, dah siap beli. Dari Giant husb datang jemput, balik ke Rawang.

Sebenarnya kain langsir tu untuk mak kat kg. raya ni ada langsir baru, lagi. Tukang jahit adalah aku dan T. Kami nak buat perlahan2 sebelum bulan puasa, nanti tak sempat, nak terawih lagi...dan berbagai-bagailah..Malam sampai rumah dah letih, layan konsert AF sambil berehat.

Uruskan jenazah bayi bersalin tidak cukup bulan.
Pagi Ahad macam biasalah pagi minggu mesti lepak jer, kat dalam bilik, layan mimi. Tiba2 terdengar orang bagi salam 2, 3 kali jugak, aku jenguk dari tingkap atas kat bilik aku, tak nampak orang nyer, husb pulak tengah mandi. Anak, T dan maid kat dapur sah ler tak dengar. Suara orang bagi salam berbunyi lagi, husb pulak yang jenguk, lah kata dia mak cik sharifahlah, waalaikum salam kami kat atas ni, laung husb aku. Lepas tu dia turun, aku pulak yang mandikan mimi termasuk aku sekali.

Kejap tu husb naik dia bagitau, menantu mak cik sharifah, bersalin tak cukup bulan, (6 bulan ) bayi tu meninggal, sekarang ada kat Ampang puteri, kejap lagi deper nak bawa balik, mandi dan kapan kat rumah. Siap sarapan aku dan husb pergi ke rumah mak cik sharifah, rumahnya dekat jer cuma selang 3 pintu dari rumah aku, bila sampai cuma ada kak som, kak mimi dan mak cik sharifah jer, kami bincang apa nak buat lepas tu aku balik ambik barang apa yang patut, iaitu sarung tilam baby, daun pandan dan surah yassin . Sarung tilam tu untuk meletak jenazah baby tersebut kerana menantu makcik sharifah belum sedia apa2 lagi, memandangkan jangkaan bersalin lambat lagi. Sementara daun pandan tu buat bunga rampai untuk ditabur nanti, dan surah yassin tu untuk dibaca ramai2, kebetulan kat rumah aku memang ada banyak surah yassin yang dibeli untuk keperluan bila berlaku hal2 macam ni.

Jiran2 ramai bertandang, semuanya kaum ibu, sementara husb pulak, aturkan hal kubur dan kawan2 yang lain pergi ambik jenazah. Hari ni sebenarnya kaum bapa ada berbagai hal, antaranya menolong seorang ustaz tempat kami ni berpindah, jadi kumpulan kaum bapa ada yang sibuk hal tersebut. Sementara ustaz F depan rumah aku pulak, ada kelas, jadi husb yang ambik tanggungjawab pastikan semua berjalan lancar.

Sementara menunggu jenazah sampai, kami kaum ibu membaca surah Yassin dan membuat tahlil ringkas, dipimpin oleh ketua muslimah dan ustazah. Apabila jenazah sampai, makcik sharifah, membuka bungkusan dan kami semua dapat melihat, jenazah yang berusia 6 bulan, semuanya lengkap cukup sifat, bayinya perempuan, cuma saiznya kecil sikit, timbul sikit rasa sebak kat dalam hati aku, dengan air mata bergenang, Allahuakbar, subhanallah, bisik hati aku dan juga sesiapa yang melihat, itulah jasad seorang bayi yang dalam kandungan kita berusia 6 bulan. Hayatnya tidak lama, janji dia dengan Allah cuma setakat itu saja.

Pak haji Dolah suami makcik ros minta cik ros dan cik sharifah mandikan dibantu ustazah, husb sampaikan pada aku minta disampaikan kepada mereka. Bila aku sampaikan mereka semua berkumpul di dapur, semua tak berani, takut salah. Bila aku bagitau husb, husb cakap, ustazah dulu tu tak dapat datang, dia minta kami uruskan sendiri. Bila aku sampaikan pada mereka didapur, mereka berkeras nak haji Dolah bantu, bagi arahan kat deper.

Kemudian Hj Dolah dan husb masuk, kawan aku sapura angkat jenazah bawa kedapur, bagi pada cik sharifah, manakala aku pula duduk dihujung kaki, sapura kat hujung kepala, kami sama2 mandikan jenazah baby tersebut dengan arahan, husb dan haji Dolah, caranya ringkas saja, memandangkan bayi lagi, maka, memadai jenazah dimandikan ringkas saja, mula dibaca bismillah, jenazah bayi disiram air perlahan dari kepala kehujung kaki, bila semua dah basah, kapas basah diambik dan kesan2 darah dibersihkan, bila sudah bersih, kemudian jenazah dibersihkan dengan air bersih, siap semua jenazah dilap, kak fuziah pula yang angkat jenazah, dan bawa kedepan, aku tolong lapkan jenazah, sementara cik sharifah menyiapkan kain untuk tutup badan bayi tersebut, kain kapan dah siap, bila siap, kami sama2 balutkan badan bayi tersebut dengan kapas, kecuali bahagian muka, kemudian kain berbentuk baju disarungkan dan satu persatu kain kapan di tutupkan ( semuanya 3 helai ) diselang seli dengan kapas. Kemudian antara lapisan tersebut dititis air mawar.

(Semasa, menguruskan jenazah bermula dari mengangkat hingga siap kapan, sesiapa yang terlibat, dinasihat, memulakan dengan membaca bismillah dan terus berzikir sambil tangan menguruskan jenazah bayi sehingga selesai).

Siap semua jenazah bayi di sembahyangkan didalam rumah, oleh kaum bapa diimamkan oleh ustaz F.

Selesai semua jenazah dibawa ke tanah perkuburan, aku turut serta menemani cik sharifah. Menantu dia masih kat hospital, anak dia memangku jenazah, sementara anak sulong dia berusia 3 tahun ada bersama didalam kereta, salah seorang kaum bapa menjadi pemandu.

Sampai ditanah perkuburan, (siap bagi salam kat ahli kubur) liang dah siap digali. Dalamnya lebih kurang 3 kaki. Selepas jenazah dikebumikan, ustaz F membaca doa, memandangkan jenazah bayi dianggap bersih , maka memadai membaca doa untuk semua hadirin saja, dengan tujuan memberi keinsafan dan peringatan, bahawa kita yang hidup pasti mati, dan hendaklah kita sentiasa mendoakan sesama kita moga, nanti andai kita sudah mati moga kita diampun segala dosa, dan kubur kita semua nanti lapang menerima kita. Itulah antara sebahagian ringkas kandungan doa yang dibacakan terjemahan oleh ustaz.

Selesai semua kami balik, aku singgah kerumah cik sharifah, selesaikan apa yang patut sambil bantu dia kemas apa yang patut, sempat juga rehat sekejap dan ada lagi kawan surau yang menunggu kat rumah termasuk ustazah. Kami berbual sebentar, sebelum pulang. Kemudian aku tunggu cik sharifah cucikan uri bayi tersebut, sebab aku tak der pengalaman, nak belajar, nanti kalau orang suruh buleh buat, kalau orang tanya boleh jawap. caranya:

uri tersebut, diambik mulakan dengan bismillah, uri dicuci dengan air bersih, sekadar membuang kesan darah saja, tidak boleh lebih, siap semua bilas dengan air bersih. Gunting kain putih 2 helai, bentuk 4 segi, letak garam kasar dua gengam, asam keping lebih kurang 20 keping, letak paku sekali ditengah2 kain, last sekali letak uri ditengah2 dan balut secara mencantum kain tersebut macam punjut, kemudian ikat dengan kain putih yang di potong menjadi tali. kemudian masukkan dalam tempurung kelapa yang ada lubang. last sekali tanam dalam tanah. Siap sumer aku pun balik.

Tetamu
Bila sampai rumah pertama aku mandi dulu, semua pakaian, aku masuk dalam mesin basuh, husb dah pesan sebab tadi aku tolong mandikan jenazah, pakaian perlu terus basuh, dan aku mandi dan solat. Lepas solat turun bawah, lah BIL dari dari Penang sampai satu family dia, layan deper sambil makan tengahari. Kejap tu SIL ( yg tinggal kat sudan) datang sama ziarah aku dan husb. Sempat beborak, lepas asar kami sama2 keluar keluarga aku akan ke Puchong rumah SIL yang sorang tu baru bersalin, dapat anak lelaki, tahun lepas pada hujung bulan april, anak dia berusia 2 bulan, meninggal tanpa sebab dalam tidur, tahun ini Allah kurniakan dia seorang anak lelaki, itulah kata aku pada dia masa dia sedang trauma tahun lepas, jangan sedih, dengan kehilangan Auni Qistina, pasti ada hikmahnya, Allah mungkin akan beri ganti mungkin anak lelaki lepas ni.

Allah itu Maha besar, tahun ini Allah kurniakan apa yang dah aku cakapkan kepada dia. Itulah janji Allah setiap musibah itu pasti ada hikmahnya dan antaranya dia akan memberi yang lebih baik untuk kita, jadi kita jangan ikut perasaan, redhalah dengan apa yang terjadi andaikata diluar keupayaan kita kerana Allah itu lebih mengetahui, apa yang tidak kita ketahui.

Sambung balik, lepas hantar T kat seksyen 25, kami teruskan perjalanan ke Puchong hampir maghrib, baru sampai, tayar kereta pulak pancit, alhamdulillah sempat sampai. Bila sampai rumah SIL bapa sedara SIL yang lelaki ada, malam tu deper nak tolak balik ke Alor Setar. Lepas hantar sedara SIL tu barulah tayar kereta aku ditukar. Sementara tunggu sempat makan malam, sempat juga layan baby baru Ashmal wajdi, putih gebu, tak der pulak gambar, ceriter jer lah. Jam 12.50 malam baru kami bertolak balik, sampai Rawang jam 1 pagi, terus tidur, esok isnin aku nak posa sunat , kebetulan sekarang bulan rejab, penat juga...malam tu lepas makan sahur aku terus tidur.

Isnin aku pergi kerja macam biasa, tapi mengantuk Tuhan jer tau....balik kerja berbuka, lepas solat maghrib aku dah lentuk, husb pulak hantar anak2 ke kelas tuisyen dan dia lansung duduk disurau sampai jam 10 malam. Aku dah bangun jam 10 malam, layan anak2 kejap lepas tu sambung tidur, jam 4.30 pagi bangun sahur, cuma minum air saja. Sempat solat sunat tahajud. Sambung tidur kejap, tidur2 ayam jer..bila dah azan suboh baru bangun betul2 kejutkan anak2 kesekolah. Siap semua aku masuk blog kejap, dan malam ni aku siapkan penulisan aku nih untuk kawan2 sumer....dan juga diari aku.