Thursday, September 21, 2006

Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang lagi,
Alhamdulillah kita masih lagi dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini
Sesudah Ramadhan tahun lepas,
Bagaimana Ramadhan di tahun hadapan
masihkah kita ada lagi di bumi Allah ini...
Marilah kita menyambut Ramadhan sebaiknya
marilah kita berlumba2 untuk memanfaatkan musim ibadah ini

Allah s.w.t berfirman:
Sesungguhnya orang2 yang beribadah itu berada dalam kenikmatan yang besar (syurga)
(Al-Muthaffifin: 22)

Maksud musim ibadah ialah ibadah2 yang mempunyai waktu tertentu
seperti puasa, haji, qurban dan lain2.

Didalam hadis sahih disebut Rasullullah s.a.w memberi khabar gembira kepada sahabat2 nya dengan datangnya Ramadhan yakni:

" Telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati Allah didalamnya, dimana Allah menurunkan rahmat, menghapuskan kesalahan2 dan memperkenankan doa, serta melihat kamu dalam berlumba2 (melakukan kebaikan) didalamnya lalu Dia membanggakan kamu kepada malaikat. Maka perlihatkanlah dirimu kepada Allah dengan kebaikan. Sebab sesungguhnya orang yang celaka adalah yang terhalang dari rahmat Allah di dalamnya"

Marilah kita gembira dan bahagia dengan datangnya Ramadhan
Marilah kita memperbanyakkan doa
Marilah kita memahami ilmu dan hukum puasa Ramadhan
Marilah kita menyusun aktiviti Ramadhan

orang2 yang menunjukkan kebaikan adalah seperti
orang yang melakukan kebaikan
riwayat (shahih al-jami)

Allah s.w.t berfirman
" Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan keatas orang2 yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah:183)

Kepada kawan2 sumer selamat menyambut bulan Ramadhan semoga kita sama2 mempertingkatkan amalan agar berolehan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari
Allah s.w.t





Wednesday, September 20, 2006

SELENGKAR KISAH SAHABAT

Tengahari tadi ada miss call kat hp aku, bila check, oh kawan baik masa 1st aku kerja dulu
memandangkan aku tengah sibuk, aku biar dulu, kejap tu aku tipon balik dia pulak sibuk
Lepas tu dia tipon balik bermulalah cerita
Kawan aku ni masa kat UiTM dulu rajin, pandai, kuat bekerja
anak pesawah,asal sekincan, dalam keluarga dia sorang jer yang berjaya masuk U,
mak ayah dah tak der cuma 3 kakak jer ...itupun kerja kerani jer...

Tadi bila bercerita, dia mengadu, tentang masalah tak der maid anak dah nak masuk 3, 2 dah sekolah mengandung pulak,...aku dah faham aku dah lalui semua tu, dia letih...
Kawan aku ni adalah ketua jabatan kontrak department kat....sebuah jabatan kerajaan
Bla..bla..dia citer, last sekali, aku kan shami sekarang ni kadang2 gaji tak tau kemana...bla..bla.. macam tak cukup jer...hari tu kau sms aku, kau buat bisnes apa..ceritalah sikit...
S hang tau dak Z dah berhenti jadi QS, mula dia buat mlm skor A, sekarang ni bukak tadika islamik more to english...hah biar betul shami, iye betul...aku tak tipu...kak E pun sama...buka kedai hardware....

S aku ni ada buat bisnes MLM baru jer kalau kau nak join jum lah,
aku kan shami mana ada masa..bla..bla..aku tengah tunggu maid ni, .tak pa aku tolong kau, aku bimbing kau, peringkat awal ni, esok bila sampai maid kau, kau pun dah sihat kau boleh dah pandai kau bergeraklah sendiri...
benda ni ofis dia depan ofis kau jer...

hah... shami kau biar betul,..betul aku tak tipu...aku ni bukan tak cukup makan, tapi aku ada matlamat dah banyak tempat aku melabur, kutip dividen jer...cuma yang ni memang aku nak buat, sungguh2, aku nak lalui cabaran meniaga dalam internet pulak...aku sanggup berulang dari Rawang sampai kat ofis kau semata2 kerana nak kutip ilmu, seminggu 2 kali...
Shami kau ni biar betul...iye..ni ...bila aku suarakan kisah meniaga MLM ni....kawan2 kita tak minat, cepat jer cari helah letak tipon...
kau takan tak kenal aku...aku kenal kau..shami...

Bla2 aku citer, panjang lebar...kat S, pas tu ada tanda (+)
shami nanti aku dah ambik duit aku tipon kau, ok
nanti biler nak register kau aku bawa kau pergi ofis
aku tunjuk kat kau supaya kau faham...ok shami terima kasih...bye
Asalamualaikum.
Perbualan aku dengan S tamat disitu.

Itulah selingkar kisah seorang sahabat.
Kembali atau tidak S kepada aku untuk menyertai bisnes ni,
Allah saja yang tau....aku hanya mampu berdoa,
moga aku dapat membantu S dengan cara ini.
Itulah kisah seorang wanita yang bekerja,
walau besar mana jawatan atau gaji pun inilah cabaran yang perlu dihadapi



Aku akan terus berusaha

Isnin malam aku ke UP HQ ambik, segala benda untuk ahli buat suami dan adik aku
Malam isnin tu, seminar yang ada aku dan masuk, jadik aku terus ke Klang sebab kawan SekampungHusb yang bekerja dan menetap Miri turun semenanjung ada kursus, lepas pergi uptrend kami terus pergi berjumpa dia, sambil tu promote ler UP ni. Nampaknya laluan mudah sebab isteri dia pun macam aku jugak kaki suka internet, kerja kami jadik mudah, masa nak balik sempat bagi dia majalah media usahawan yang fokus citer UP kat dia bagi dia baca sampai paham.

Malam ni malam selasa aku ke seminar, Plan B untuk ahli UP yang suka cari ilmu cam aku ngan husb. Banyak ilmu dapat, aku suka pergi bila time tuan haji bercakap, sebab simple dan berkesan, lagi pulak dia orang utara, sepekara kat UP ni banyak yang berjaya adalah orang utara, yang pandai cakap pun banyak orang utara jugak. Jadi sesi seminar rasa happy dan ilmu tu terus jer melekat kat kepala.

Macam manalah aku nak bagi kawan aku kat blog ni faham, sebab aku bukan nak paksa deper sumer suka2 masuk, tapi ada benda disebalik yang patut deper ni masuk, al maklumlah kat dalam komputer ni sapa nak percaya cakap aku..tak pernah kenal rupa apalagi latar belakang tuan empunya diri. Apalah gerenti yang ada pada aku nih. Tengoklah sejak aku tulis citer UP kat blog ni berapa kerat ler masuk blog aku, nak2 enrty yang baru lepas, syikin ngan sherin jer..adush....memang ler mlm ni dibenci orang agaknya
hah siapa pulak aku nih nak paksa2 orang,
sedar ler diri sikit, tapi alangkah syoknya kalau orang baca apa aku tulis ni sedar dan faham dan rasa macam mana aku pergi seminar tuh.....banyak ilmu ...

Tadi masa seminar Plan B, dalam hati kalau ler kawan2 aku ada sama kan best, baru deper caya kut...apalah yang deper tak yakin ngan aku nih...atau deper sumer tak berani atau tak caya nak tanam modal bawah aku,...

tapikan,... aku akan berusaha juga tanpa henti, kena istiqomah lebih sikit, memang ler benda baik susah orang nak caya, ...tak perlah satu hari nanti kalau diizinkan Allah moga deper sumer faham....

Kawan ku aku tidak layak untuk menjelaskan kepadamu.....
Oleh tu aku berdoa moga Allah turut sama membantuku dalam usahaku ini...
sesungguhnya aku ini bukanlah pendusta atau pun seorang yang kejar harta dunia semata....
sesungguhnya engkaulah penunjuk jalan kebenaran.....

p/s: apalah aku meraban..nih..malam2 buta

Birthday aku
Semalam selasa 19 September, birthday aku malam husb dah wish pun, he..he..aku yang terlupa, ingat UP jer...masa kat ofis siang tadi, sibuk sikit, tapi dalam sibuk tu dengar dari radio ERA ada ruang ucapan birthday kelolaan deejay, aku senyum2 sorang2...pas tu tipon bunyi, tengok semacam no, buat derk je, pas tu bunyi lagi, bila tekan..jer punat..terus lagu birthday lekat kat telinga aku..dari celcom.....ha..ha best jugak lagu tu....tahun lepas deper hantar mssg jer tahun ni siap hantar lagi lagu...best jugak....umur dah bertambah...nih..semoga impian menjadi kenyataan....amin...
Nasihat untuk diri sendiri
Yang benar sentiasa diragui, perlukah ia dibuktikan dengan kebendaan, kala ini fahamlah aku sedangkan Rasullulah dituntut menunjukkan bukti kala menyebarkan dakwahnya..inikan aku menyampaikan haluan mencari duit, lagilah...orang tak percaya.....takpalah shami...sabar dan istiqomahlah dalam apa jua yang kamu buat, anggaplah laluan rezeki yang cuba kamu tunjukkan untuk mereka itu, tidak ada untuk mereka ...mungkin esok atau lusa akan ada orang lain yang akan menyahut....seruan kamu ini...


Sunday, September 17, 2006

Aku dan Uptrend

Perniagaan secara MLM memang sangat malas orang nak dengar
Walau bagaimanapun terpulanglah kepada diri masing2
Bagi aku apa jua yang orang bagitau, kalau aku berminat aku akan pergi selidiki sendiri
Tapi bagi orang yang telah memasuki alam perniagaan mereka mungkin akan lebih memahami
Perniagaan sendiri, adalah disiplin kita sendiri, kalau kita ingin berjaya kita kena sentiasa berusaha bersungguh dan bedoa dan bertawakal kepada Allah.

Sejak aku mendaftar perniagaan MLM secara ICT ni, dan menghadiri setiap sesi kelas dan seminar, berbagai maklumat dan motivasi diri telah aku dapat, juga untuk suami
Suami mempunyai perniagaan canopy dan printing, dan MLM ini adalah satu lagi peluang kami, untuk kami menambahkan ilmu.

Telah lama aku mencari, blog banyak membuka fikiran aku dan pengetahuan aku tentang internet,bermula dengan ummiku sayang, diikuti blog dan sekarang uptrend.
Selain berchatting aku secara tak lansung melaksanakan perniagaan secara on line. Setiap kali aku masuk blog, aku juga akan bekerja secara online bersama uptrend, tidak kira waktu dan masa, kerana ianya berjalan 24 jam.

Sebenarnya dah seminggu aku daftar, bermula 7/9/2006 dan hari ini 17/9/2006
Bermakna dah seminggu, sejak itu aku dah buat table talk secara home party kat rumah
Kemudian menghubungi kawan2 baik, email kepada sesiapa yang telah masuk mail box aku dan berjumpa dengan orang secara tidak lansung.

Kepada yang berminat mereka ingin mengikut aku dan suami untuk melihat sendiri keadaan sebenar ibu pejabat dan juga proses seminar secara percuma itu, dan bila kembali, petanda positif telah ada.

Dan kepada yang hanya mendengar melalui perbualan telefon, responnya adalah negatif, sama sekali, termasuklah kawan baik aku yang selalu telefon dan aku yang menjadi tempat dia mengadu masalah selama ini, cerita aku macam dibalas ejekan kepada aku, aku menerimanya secara positif, niat aku hanya untuk berkongsi pengetahuan yang ada.

Salah seorang kawan aku ini, berjaya membuka perniagaan pun kerana aku yang membuka lembaran kepadanya, sehinggalah aku siapkan prezentation aku dan aku hantar kepada suami dia yang juga kawan satu kelas dengan aku, dan dia tengok sendiri disham.ui2u.com, baru dia faham, dan dari perbualan dengan dia, ada tanda faham , tetapi sifat usahawan, apa yang boleh aku simpulkan disini , ruang fikiran perniagaan yang ada pada dia tidak global, walaupun telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Namun tanda minat itu ada.

MlM yang aku sertai ini adalah satu bentuk bisnes, yang mempunyai kedai didalam website kita sendiri, cabaran dan tentangan, sama saja dengan jenis perniagaan yang kita tengok diluar seperti kedai runcit, kedai bunga, kedai makan, pasaraya, kedai binatang, makanan binatang, kedai barang hardware dan sebagainya, itulah namanya perniagaan.

Perniagaan memerlukan modal dan networking, yakni hubungan sesama manusia,
selagi ada perniagaan selagi tu kita memerlukan manusia, untuk berjual beli
Bila aku bersuara, berbagai jawapan negatif dan positif yang aku terima,
yang positif, alhamdulillah, dan yang negatif aku terima dengan positif, dan dalam hati nak ketawa pun ada, sebab jawapan tersebut, menunjukkan kelemahan diri sendiri dan juga singkatnya fikiran mereka terhadap dunia perniagaan dan wawasan hidup masing2 terutama sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Bagi yang wanita yang berstatus isteri, mungkin ada batasan keizinan suami namun, andai ada minat tidakkah anda sanggup untuk memahamkan suami dengan niat murni kita itu.
Berniaga secara online ini bukan bermakna kita akan mengabaikan anak2 dan suami,dan kerja rumah tangga. Kepada yang belum berkeluarga, tidakkan anda ingin memperuntukan sedikit pelaburan untuk masa depan anda, kepada yang bekerja makan gaji, tidak anda bercita2 untuk berniaga, atau anda ingin bermula selepas pencen, selepas ekonomi gawat, tidakkan anda terfikir untuk memulakan dari sekarang. Perniagaan ini infiniti, boleh diwariskan kepada anak2, boleh dibuat bila2 masa, hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan.

Kita hanya perlu memperuntukkan sedikit masa saja untuk bekerja, mungkin sejam sudah memadai untuk satu hari, apa lagi melalui online, prospek( orang) kita juga boleh kita cari melalui internet. Tidak perlu keluar rumah.

Sesekali mungkin kita perlu membuat panggilan kepada ibu pejabat untuk mendapat maklumat, atau kalau dekat dan ada masa boleh turun sendiri ke ibu pejabat untuk melihat dari dekat. Seminar percuma ada setiap malam jam 9 malam hingga 10 malam, kecuali malam jumaat. Sabtu, separuh hari, sabtu petang sampai malam seminar khusus yang berbayar. Sekiranya tidak dapat datang untuk malam2 yang percuma itu.

tetapi sekiranya ada ruang untuk berblog, beberapa minit dan jam sehari
tidakkah ingin kita isi ruang yang ada itu untuk berniaga secara online yang pastinya
menambah pendapatan dalam masa yang sama, menjana pendapatan keluarga dan membantu insan yang lain yang amat memerlukan diluar sana.

Syarikat perniagaan ini adalah syarikat tempatan, yang sudah berkembang keluar negara, iaitu India, Thailand, filipina, Brunai, Singapura, US akan datang Jepun
Hanya dengan sekali modal, minima
RM334 (local) dan RM456(global) dengan pulangan yang cukup lumayan 20k sebulan,
60k sebulan Modal -+ RM 800 - RM950),
100k (Modal RM -+1500) sebulan dan
140k sebulan (Modal +-RM2,150)
Pulangan mengikut pakej modal masing2 ,
dengan modal sebanyak itu kita akan memperolehi pekara 2 berikut:
website, Satu ruang kerja email kita kepada prospek
dengan kita sedari akan status prospek kita melayari prezentation kita, ( link)
ruang untuk kita advertise perniagaan kita yang sedia ada,
statement akaun kita bersama uptrend,
bisnes card kita sendiri yang tinggal untuk diprint saja,
carta prospek kita yang telah mendaftar, dibawah kita
dengan pergerakan mereka dapat kita kesan aktif atau tidak,
kita ada ruang untuk mendorong dia bergerak,
tidakkah kita berminat.
Penyertaan anda memerlukan introducer,....

Hari ini, esok, lusa, minggu ini minggu depan bulan ni bulan depan, tahun ini, tahun depan, dimanakah kita dan wawasan hidup kita,
apakah yang akan kita bawa apabila kita sudah tiada di muka bumi Allah ini
ilmu yang berguna, amal jariah dan anak yang soleh,
sudah kita ada semua itu, atau cukupkah sudah semua itu untuk kita bawa nanti
tanyalah diri kita sendiri

Uptrend hanyalah satu bentuk ruang niaga, MLM secara ICT
dirumah, diwaktu lapang dan dimana jua kita berada,
tanpa kita abaikan tanggjungjawab kita yang lain.

Perniagaan ini tidak semestinya kita menjual barang, tetapi kita sebenarnya secara tidak lansung menjual website, dan masa yang sama kita diberi pilihan untuk menjual barang atau website sahaja. Kita juga dibayar bonus untuk penajaan orang, iaitu diplan A, dan bonus belian barang di plan B.

Barangan berupa produk kesihatan yang mendapat kelulusan jakim,
setiap satunya, berupa kopi untuk kesihatan seksual lelaki, krim untuk wanita dan lelaki, untuk penjagaan kecantikan kulit, dan makanan kecerdasan otak untuk anak2, omega plus dan pelbagai lagi keperluan seisi keluarga.

Hati kita terbakar, marah, dan berkobar2 melaungkan rasa tidak puashati ketidakadilan yang berlaku terhadap umat islam diluar sana, sanggupkah kita hanya tengok dan berdoa saja,
tidakkah kita ada usaha untuk membantu dalam bentuk material, untuk mereka bangun membina tamadun mereka semula. Sanggupkah kita melihat, musuh2 umat islam mengambil peluang ini untuk menghancurkan saudara seagama kita dan menghanyutkan mereka, melalui cara ini. Tanyalah hati kita sendiri, dimana kita sekarang.

Berbalik kepada MLM aku ini, kebanyakkan yang menyertainya adalah golongan profesional, doktor, lawyer, engineer, datuk, datin, kerabat diraja, ahli2 perniagaan yang telah berjaya hanya kerana niat itu, manakala golongan pertengahan, dan juga pelajar untuk diri sendiri dan keduanya juga untuk itu.

Menariknya disana, kebanyakkan adalah orang melayu, kemudian cina dan india, golongan cina merupakan para pelajar, india pelbagai peringkat umur, setiap bangsa memilih kumpulan masing2 disebabkan masalah bahasa. Seminar dibuat dalam bahasa melayu, inggeris, dan mandarin.

Golongan yang telah berjaya juga sentiasa ada disana, untuk membantu yang belum berjaya, atau yang baru ingin bermula, suasana bagai macam diuniverisiti suatu waktu dulu, kalau yang melalui proses itu, masing2 saling bantu membantu antara satu sama lain, ruang lobby disediakan sejumlah komputer untuk kegunaan sesiapa saja.
Sekiranya anda tidak mampu atau tidak memahami, kaedah perniagaan ini jemputlah kawan2 anda yang aktif agar kerumah anda untuk mengajar dan menerangkan segalanya.
Hubungan ahli perniagaan ini sangat indah, ukhwah yang terbina sangat kuat, tanpa meninggalkan tuntutan agama, setiap kita akan diingatkan akan tanggunjawab kita kepada agama sebelum dan sesudah kita mencapai kejayaan
Itulah hebatnya perniagaan ini.

P/S: kepada kawan2 yang berminat sila hubungi saya melalui email... shami0180@myjaring.net untuk maklumat lanjut.




Sunday, September 10, 2006

Mari berkongsi pengetahuan

Sejak husb balik dari Sarawak, aku belum lagi menulis kat blog
Bukan sibuk, tapi aku sedang meneliti satu peluang perniagaan berbentuk MLM secara internet
Masa2 ketiadaan husb hari tu aku puas berfikir, bila husb dah balik, kami sama2 memohon petunjuk dari Allah agar hasrat kami ini menuju kejalan yang sepatutnya,
Siapa tidak mahukan rezeki yang lebih, tetapi, usaha yang bersungguh, diikuti tawakal pasti berjaya, itulah hakikatnya...yang perlu kita buat tanpa putus asa.

Aku berminat dengan blog kerana berbagai tujuan, dan salah satunya aku ingin mencari ruang dan peluang aku, untuk belajar, bekerja dan mendapat hasilnya melaluinya selain dari bersahabat.
Dan hari ini aku beroleh sesuatu dan ingin aku berkongsi dengan kawan2 aku diblog ini andai kata mereka sudah pun menyertainya semoga berjaya. Andai ada belum lagi marilah kita bersahabat sambil berkongsi apa saja yang kita ada, baik pengalaman, ilmu pengetahuan maupun apa saja yang tidak terbatas oleh kita.

Sejak 3 bulan yang lalu ada seseorang memperkenalkan aku kepada perniagaan secara online berbentuk MLM, tetapi tidak aku endahkan, namun aku berusaha untuk memahami dengan pelbagai cara, baik melalui pembacaan ataupun melayari internet setiap malam, dan sejak seminggu yang lepas setelah, aku dan suami memohon petunjuk dari Allah, segalanya seakan berjalan dengan mudah, satu persatu datang, perlahan-lahan.

Bemula aku menghadiri majlis ilmu, bagi melihat sendiri akan penjelasan, dari pihak ibu pejabat,ada sesuatu aku tertarik, bukan saja semata2 kerana duit, tetapi pihak pengurusan yang mementingkan aspek dan tuntutan agama, sejak hari itu hati aku bagai berkobar2, dan aku turut menyertainya, andai ada rezekiku disini, moga aku tidak saja dapat menambahkan pendapatan diriku sendiri, malahan dapat juga aku membantu insan lain yang amat memerlukan, kiranya Allah berikan aku jalan ini semoga ada hikmah disebalik semua ini,
bukan sekarang tidak aku membantu insan yang lain, seperti ...berzakat, bersedekah dan sebagainya ...tapi mungkinkah ini jalanNya itu...hanya Allah yang tahu....

Hari ini, seorang hamba Allah, yang telah berjaya, telah sudi menghadirkan diri kerumah aku untuk membantu aku kearah usaha ini, aku tidak menjemput, malahan dia merelakan diri, untuk datang, kerana tujuannya itu secara tidak lansung aku telah mengadakan home party dirumah, secara tidak lansung, kawan2 sepengajian disurau telah aku jemput, walaupun tidak ramai, tetapi tidaklah tiada lansung, tindak balas juga nampaknya memberansangkan, insyallah...

Hamba Allah itu juga rupanya satu negeri dengan aku, dan satu sekolah dengan husb, semuanya bagai mudah, bagai sudah ditentukan Allah, sekian lama meninggalkan alam persekolahan, kami dipertemukan kerana itu, syukur alhamdulillah..
sesudah majlis, satu ucapan yang membuat aku terkejut,....dari tetamu dan juga kawan2 aku, shami kenaper engkau tak buat kat surau....ramai orang pasti berminat,
ya Allah, seawalnya aku sendiri berdebar tentang sambutan dan reaksi orang sekeliling, tapi kini sudah lain pulak ceritanya, sambutan amat mengalakkan...Ya Allah adakah ini petandanya....

Niatku mengajak mereka mendengar taklimat perniagaan ini bukan untuk memaksa, tetapi hanya untuk berkongsi.. ilmu dan juga pengetahuan kiranya ada rezeki ku disini moga kami akan berkongsi....biar senang sama senang, kalau majlis ilmu lain kami boleh berkongsi, masakan ini tidak boleh...pastinya aku tidak mahu dituduh mengambil kesempatan, maka aku mengadakan dirumah aku sendiri dan segalanya aku persiapkan sendiri, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.....dengan restu dan bantuan husb.

Disini aku ingin mengajak sahabat2 ku disini, walau kita saling berhubung dialam siber ini,tanpa pernah bertemu muka, ingin aku mengajak kalian menyertainya sekali, supaya kebaikannya kita dapat berkongsi dan sama2 merasa...

Perniagaannya terlalu mudah semuanya secara online, kepada suri rumah dan sesiapa saja, ambillah peluang ini, perniagaan secara berinternet ini bukan lagi pekara yang mustahil, andai ada kawan2 menghadapi masalah kewangan atau ingin mencari wang tambahan, buat belanja atau membantu insan lain, sila email kepada saya tanda ada betul2 berminat, supaya saya dapat membantu anda menunjukkan jalannya....jangan segan2 atau malu2, semuanya mengikut syariat, dan kita hanya perlu membina networking untuk menjayakannya dan beroleh pendapatan, perniagaan ini tiada hentinya, infiniti, dan secara online 24 jam.
maaf kerana saya tidak dapat menceritakan secara terperinci disini....
dimana ada usaha disitu ada kejayaan..

Kepada sahabat2 di luar Msia, juga boleh berbuat demikian, ...hubungi saya secara email....
Semoga Allah sentiasa bersama kita, apa yang baik itu marilah kita berkongsi demi kebaikan bersama....dunia dan akhirat...kalau ada sebaliknya minta dijauhkan Allah ...hendaknya amin.


Sunday, September 03, 2006

Saat dia kembali kepadaku

Saat dia kembali, sudah dipesan jangan memasak itu ini takut penat pulak nanti,
Saat dia kembali sudah dipesan agar aku jangan lupa berhias diri,
Saat dia kembali pesanan, dinihari sudah tidak diberi,
Saat di kembali, rindu ini rasa tak terperi.

Saat dia kembali, sabtu aku kekelas tajwib seperti, kebiasaan diri,
Saat dia kembali lupa sikit rindu dihati, kala bersama teman sejati
Saat dia kembali, aku berbual itu dan ini selepas menimba ilmu dirumah Ilahi, sekadar berkongsi pengalaman untuk pengajaran diri sendiri
Saat dia kembali, aku memasak laksa lagi,
Saat dia kembali, aku sudah berkemas itu ini,
Saat dia kembali bukan tidak pernah kukemas walau sekali, tapi saja hilangkan rasa boring lama menanti.

Saat dia kembali, janji sampai pukul 2 petang nanti
Saat dia kembali, dah jam 2.30 petang tak sampai lagi
Saat dia kembali, lebih baik menanti,
Saat dia kembali tapi dah tak tahan telefon jugalah anak2 dah desak 2, 3 kali
Saat dia kembali pukul 3 jawapan diberi baru kat sungai besi
Saat dia kembali nak hantar kawan dulu yang pergi sekali
Saat dia kembali, lagi sekali dia telefon, ucapan romantik sekali,
Saat dia kembali berbagai permintaan bagai tak sabar lagi
Saat dia kembali aku dan mimi bermain didalam bilik sambil menanti
Saat dia kembali, itulah permintaan dia sebentar lagi

Dia sudah kembali, kedengaran bunyi kereta didepan rumah, wajah ku berseri2
Dia sudah kembali, anak meluru menyambut dia gembira tidak terperi
Dia sudah kembali, seketika itu dia sudah muncul didepan pintu bilik, sambil salam diberi
Dia sudah kembali, mimi sambut macam tak berapa nak kisah lagi
Dia sudah kembali, saat itu tangannya dihulur, aku mencium tanda kasih diberi
Dia sudah kembali, saat dia mendakap diri,
Dia sudah kembali hatiku sebak, dan air mata menitis lagi tak dapat kusembunyi,
Dia kembali mimi melihat mama dan baba berpelukan menangis bagai tidak mengerti
Dia kembali, mimi memandang sambil ditanya itu ini, akhirnya kami berdua ketawa, gelihati...

Saat itu terasa sungguh bahagia dihati bersulam dengan dendam rindu 10 hari yang telah ditinggal pergi
Saat itu bagai tiada kata dapat kuluahkan lagi, menahan rasa rindu yang makin menjauhkan diri
takala dia sudah ada didepan ku seperti sediakala kembali...
Kepadanya kuceritakan beban diri ini, dan dia juga tidak kurang merasa begitu...rasa nak tergelak tapi tutahankan diri..rupanya dia lebih teruk lagi...hi..hi..hi sebab terlalu rindu, makan tak lalu tidur tak lena... jam 4 pagi sudah bangun pagi..lepas 3 hari dikuti setiap hari...

Berbagai ole2 dibawa sebagai tanda ingatan dihati, tapi aku tak leh nak tunjuk kat sini ...
Biasalah makanan, pakaian, perhiasan rumah, perhiasan diri, dan juga kostum diri sendiri, semasa perarakan tempohari....dan gambar2 dia beraksi...disana sini
Kepada kawan2 kalau ada rezeki, nanti aku poskan keblog nanti..
Malamku saat ini sudah pun berteman lagi, mataku celik 3, 4 kali..dinihari
Teruk betul perangai diri, macam gembira tak terperi, tak percaya saat ini dia sudah disisiku lagi..

Pesanannya kepadaku usah berduka lagi, kini dia sudah kembali
Katanya walau tiada sayang ucapkan kata kasih saat ini,
Abang tahu, sayang rindu dan sayang pada abang tapi tak terucap kala ini,
namun semuanya tersemat kemaskan didalam hati....

Kepada kawan2 sesama blog ini, kepada anda kuucapkan terima kasih
Rindu dan kasih ku kepada suami, makin berani kejelaskan saat ini
Kerana sokongan dan semangat telah kita kongsi walaupun dialam siber yang jauh ini...tanpa bertemu muka dan bersua diri...

P/s: Kepada kawan2 bukan madah, bukan sajak istimewa yang kutitip semenjak 2 menjak ini bukan saja tanda diri romantik sekali, tapi aku rasa cara ini hatiku meluahkan rasa dengan berkesan lagi, kerana aku tidak mahir dalam gaya bercerita, panjang .. takut aku sendiri boring membaca nanti...hi..hi..hi .....