Cerita ini adalah sambungan dari cerita Apa ada pada duit 1, dimana didalamnya ada kisah berkenaan si S husb punyer wakil customer dia Ply SA yang meminta habuan secara berkias, dari hasil kerja husb. Mungkin sesiapa yang terbaca dia akan faham...
Semalam rabu, masa balik kerja husb citer pada aku,memang tekaan dia pasal sikap si S ni lect kat Ply SA, nak minta habuan tu tepat sekali.
Hari rabu masa lunch hour, husb pergi ke Ply SA untuk job dia yang lain, urusan pulak dengan KOOP, untuk mengelak jam husb pergi dengan motorsikal yang baru dibelinya 2 minggu lepas, duit beli motor ni pun hasil sewaan canopy dia untuk majlis kenduri pengerusi surau hari tu..bila sampai sana, husb masuk dalam ofis, dari jauh husb ternampak isteri si S ni ada kat dalam ofis tu jugak..husb perasaan itu isteri si S sebab masa hantar draft buku konvo tu dia hantar kat rumah S sebab dah malam. Jadi husb kenallah rupa isteri si S. Kejap tu isteri si S keluar.(isteri si S kerja situ jugak).
Bila urusan selesai husb pun keluar, sampai kat tempat parking, si S dah terpacak kat situ. Sahlah si S ni dah berpakat dengan isteri, dia, tentu isteri S dan beritahu S , tentang kehadiran husb kat situ ( fikir husb.)
Si S apalagi menuntutlah habuan dia...kat situ, husb aku cakap saya memang nak bagi, tapi untuk pengetahuan cik S saya dah bagi RM500 kepada KOOP sebagai sponsor untuk projek KOOP merangkap untuk seluruh Ply..jadik semua orang dapat merasa.
Si S dah marah, dia mempersoalkan kenaper bagi kat KOOP, bagi kat Jabatan saya dah ler..husb cakap, tak adil macam tu. Ini duit hasil kerja saya dan ply jadi hak semua orang, bukan hak awak sorang saja.
Si S cakap lagi, dulu masa nak masuk harga saya kan dah penaik harga untuk bahagian saya, jadi saya nak bahagian saya tu, kata S. Saya nak awak sponsor projek saya kata S.
saya faham semua tu, saya setuju semua cik S cakap ..
Kalau macam tu boleh tak der masalah kata husb. Sekarang saya tulis cek, memandangkan keuntungan saya RM 3k saja maka saya dapat bagi pada cik S RM 1k sajalah..sebab RM 500 dah bagi kat KOOP. Cik S ambik cek dan resit yang akan saya tulis ni. jadi jumlah semua saya bagi RM1500 kat ply..
Tak mau kata dia, saya nak cash, dan tak mau resit.. saya nak RM 2500 kata S. Apa saya peduli berapa awak untung.
Husb cakap saya untung sikit,jer, masa saya print buku tu malam minggu, kena bayar OT budak kilang, jadi untung sikit, jer mana boleh bagi banyak macam tu, berapa saya dapat, saya pun tak pernah janji jumlah berapa2...namakan sponsor..lagipun saya kena tulis resit, sebab saya kena rekod keluar masuk duit saya, mana boleh main keluar cash macam tu saja..tanpa rekod.
Ahhh cik M tak payahlah cakap lebih2, cik M lagi pandai pada saya, solat tungging terbalik, mengajar orang...ngaji lagi...tau2lah sendiri takan saya nak ajar cakap sumer, sambil cakap dia toleh sana sini lagak macam takut orang dengar apa dia cakap...kalu nak kasi, saya nak RM 2500 jugak, kalu kurang jangan bagi lansung..kata S dengan sombong....dan tanpa sempat husb berkata apa2, dengan muka yang marah si S berlalu dari situ......
Husb rasa tak puashati, lalu dia tipon A akauntan ply merangkap isteri kawan husb, cerita pasal sikap S dan apa dia minta,kat husb. A cakap jangan layan S tu..kami semua dah tau perangai dia, kami pun tak berapa suka dia...husb rasa lega....
Balik husb citer lagi kat kawan dia B designer projek untuk buku konvo tu pasal hal tu, saja tanya pendapat...B cakap , mak oi..banyaknya kau offer dia M, itupun dia tak mau, tak syukur lansung, kalau aku RM 400 jer paling banyak aku bagi, dia kan kakitangan Ply, dia kan bergaji, dia nak minta habuan lagi kat orang, aper dia ingat bisnes orang tu banyak dapat duit, senang2 jer minta jumlah tu, ni kat orang. Projek tu kan hebat, design tu kat dapat pujian, dia yang dapat nama, kita, dapat duit ler hasil kerja kita..lepas ni nanti tentu nama dia naik, ntah2 naik pangkat ka apa ka...kita macam tu jugak...lama2 duit habih, aaa betul fikiran kau tu B...kata husb
Husb citer semua ni pada aku, dia cakap dengan B, sebab dia pun rasa macam apa yang B fikir jugak. Sebelum ni masa S tipon tiap2 malam kat rumah, sampai hp aku dia tipon, memang aku dan husb syak S ni,,macam tu..tapi kami cuma berkias...pasal husb ngajar ngaji quran, walaupun benda tu memang benar...apa kami buat, alasan dia kami nak dia fikir kami bukan kaki sogok orang untuk dapat job...kami nak dia berasa, segan sendiri, tapi rupanya S ni memang jenis yang muka tak malu....dan hari tu tindakan dan kata2 dia tu menyerlahkan niat dia pada kami...
Inilah dunia perniagaan jangan kita ingat orang berniaga tu banyak duit, bukan senang nak cari duit...macam husb..aku tau dia bergaji kecil dari aku, aku terima dia sebagai suami kerana aku tau dia kaya ilmu agama, dia mampu bimbing aku dan anak2...cuma dia tak ada rezeki untuk sambung belajar sampai peringkat tertinggi sebab mengambil tanggungjawab Baba dia yang jatuh sakit dalam tempoh 6 tahun..dan akhirnya meninggal...bukan husb tak pandai tetapi, desakan hidup dan tanggungjawab keluarga membuatkan dia terpaksa akur..dengan semua tu..pastinya rezeki kami anak beranak tak pernah putus.
Perniagaan kami ditubuhkan juga adalah hasil perbincangan aku dan suami, modal dan semuanya atas nama dia, cuma nama syarikat adalah singkatan nama aku....aku tak nak terlibat secara lansung..aku nak husb berdiri sendiri atas usaha dia sendiri.
Aku cuma membantu dari belakang, bantuan aku berupa nasihat dan juga kewangan, sikit2 kalau dia terputus modal pusing kerana menunggu payment dari klien. Bila dapat bayaran, husb akan bayar aku, balik, kadang2 ada part2 tertentu, aku memang kongsi dengan dia. Dulu pernah aku suruh dia sambung belajar dia tak nak...dia nak berniaga..sampai berjaya...sebenarnya aku tak nak dia rasa rendah diri,..dengan aku...alhamdulillah dia tak rasa macam tu dengan aku, aku tetap hormati dia, masa aku sambung belajar dulu dia yang jaga anak masa aku sibuk kekelas..dan berbagai2 lagi yang dia tolong.Itu jugak adalah wasiat tok wan pada dia suruh jaga aku dan beri keizinan kalau aku nak sambung belajar...
Sejak belum kawin, sampai aku habih ambik degree...belum2 ni berbagai orang menyindir dia dan aku, kononnya aku lebih dari husb, satu hari, aku mungkin tak pandang husb...atau lupa pada husb....tapi semua itu, cakap2 kosong saja...mulut orang...mana dapat kita tutup...yang buruk saja orang fikir...
Berkat usaha husb dia makin maju dalam perniagaan tapi masih lagi...belajar kata orang..dan aku..tak pernah nak meminta2 bahagian aku....walaupun aku berhak...aku nak dia guna keuntungan perniagaan untuk tambah modal..lagipun aku bekerja...hasil gaji aku pun lebih dari cukup untuk diri aku dan keluarga....aku tak tau macam mana orang lain menghadapi bila isteri lebih dari suami, tapi aku berpegang kepada satu perinsip kalau si isteri berbuat baik balasannya tetap baik...wang ringgit yang banyak bukan pengukur kebahagian rumahtangga, ...walau sikit kalau berkat aman hidup kita, kalau banyak duit pun tapi tak berkat...tak aman hidup kita..apalagi rumahtangga.
Pegangan dan amalan agama, kasih sayang, kesabaran, saling hormat menghormati dan memahami antara satu sama lain adalah kunci sebenar kebahagian rumahtangga, kemewahan pula adalah satu bonus kepada kebahagian itu..kesederhanaan dalam apa jua keadaan adalah jalan yang paling baik....
Kepada S lelaki dan S perempuan semoga kamu sentiasa berfikir...dan kembali kepada lunas2 agama,...baik dunia dan akhirat..jangan hanya mengejar...kemewahan dunia semata, melalui jalan yang singkat....amin.