Wednesday, June 28, 2006

Wanita dan Kasih Sayang Allah

Semenjak 2 menjak ni aku memang layan blog habih sebab seronok post gambar...hilang kejap masalah, dan kerana itu jugak ramai kawan aku dapat, antaranya, azjie, sherin, simah, mama sara, malam ni aku terjah lagi blog orang.. antara zakiah dan yus..., kawan2 lama yang selalu berkunjung, dan dikunjung, syikin, ayu, kak lady, kak sya...............yang lain tu nbk, izhal, komato....dan abiumar...isteri anda juga adalah wanita....

Malam ni malam jumaat, tadi lepas solat maghrib, aku join husb ngajar budak2 ngaji ...lepas husb pergi surau aku sambung baca Yassin jap......dan lepas tu aku dah mengadap blog..dan inilah yang akan aku tulis agar kita semua dapat berkongsi.......

Memandangkan aku seorang wanita, dan ramai kawan2 aku wanita....marilah sama2 kita menghayati kasih sayang Allah.....kepada kita...seorang wanita...iaitu...

Apabila wanita menjaga sepenuhnya adab2 dan peraturan syariat yang telah diperuntukkan terhadapnya, maka Allah menyediakan jalan ke syurga dan bebas memilih mana2 syurga yang disukai, ..Sabda Rasullullah s.a.w, maksudnya:

" Jika seseorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, taatkan suami dan menjaga maruahnya, pilihlah mana2 syurga yang ia mahu..." (H.R Bazzar).

Allah memberi kepada wanita jalan yang mudah untuk mendapat pahala. Manakala lelaki tidak disebut demikian. Tidak ada peruntukan yang sedemikian untuk lelaki. Oleh yang demikian, wanita sepatutnya bersyukur dengan tawaran tersebut. Dan disini dapat dilihat keadilan Allah kepada hamba Nya. Ada yang diberikan kelebihan disudut2 tertentu dan kekurangan pula disudut yang lain. Yang satu lemah disatu sudut, manakala memiliki kelebihan disegi yabg lain.


Kasih sayang Allah
Allah berlaku adil dengan meletakkan lelaki dan wanita ditempat masing2. Sesuai dengan peranan dan keupayaan masing2. Dan masing2 dinilai mengikut sejauh mana mereka mampu menjalankan peranan masing2. Disitulah jalan atau cara untuk merebut kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.Oleh itu beruntunglah wanita kerana anda dilayan begitu istimewa oleh Allah di samping dipermudahkan jalan ke syurga. Begitulah keadilan dan kasih sayang Allah kepada wanita. Jangan sampai wanita lupa diri dan tidak sedar untuk mengasihani dirinya dengan melakukan pekara2 diluar kemampuan dan fitrah sebagai seorang wanita.

P/S: saya menulis ini adalah untuk peringatan diri saya dan juga anda semua...semoga kita, antara wanita2 yang dipeliharalah Allah....dan beroleh kasih sayangNya.......amin





Tuesday, June 27, 2006

Gambar lagik - Formula 2

Husb baru sudah solat, tengah tengok engin kereta
semua dalam satu, perlumbaan untuk kereta2 klasik jer


Semalam aku tunjuk kat husb aku dah berjaya pos gambar keluarga kat blog, pagi tadi aku tanya boleh tak baba bagi gambar baba kat mama, husb tanya nak buat apa, nak masuk kat dalam blog,.....he..he..he. So dari tempat kerja tadi dia siap email lagik balik rumah, dan siap buat touch up lagik...

Gambar husb ni, diambik minggu lepas kat trek di Sepang, husb memang ada lesen berlumba ni, sebelum kawin, dulu dia kerja kat Hicom Penang department...aku tak ingat...tapi pasal lumba2 nilah...tapi bukan lumba haram ....

Aku tak buleh nak larang dah minat dia,....sejak kawin inilah baru dia start balik, ...itupun sebab kawan ajak,...MIL siap perli..dah tuo dah..tak ingat ker.......aku, pulak....hemmm ikut ler ..kalau dah minat,...tak buleh nak halang....sendiri kena ingatlah, ...selain husb ada jugak lect UIA turut serta, pakai lebai jugak....solat pun kat situ semua orang nampak, so moga tiada pandangan yang salah, ini hanya minat, lagi pun ia sebahagian dari sukan jugak.....

Monday, June 26, 2006

Keluarga shami
















shamimi


Malam ni aku tak der kerja, sajer jer post gambar yang tak habih, inilah keluarga shami. Si kecit tu memang pandai bergaya. 10 tahun berlalu, inilah keluarga aku. Inilah 5 permata hatiku, husb, along, angah, abang cik dan mimi. Ku panjatkan doa penuh kesyukuran, semoga Allah melimpahkan rahmatnya buat kami sekeluarga, dunia dan akhirat.......amin

Saturday, June 24, 2006

Harapan yang hidup dan yang mati

Hari ni sabtu aku kekelas quran tajwib macam biasa, dah hampir sebulan aku tidak hadir pertaman sebab aku uzur, kedua kerana kami bercuti kala cuti sekolah, kelas dibatalkan, ketiga pun masih suasana cuti sekolah, keempat, aku uzur lagi, hari ni barulah dapat pergi semula. Kawan2 merungut aku lama tak datang, ...apa nak buat, uzur...he..he...he..

Hari ni kami bertadarus macam biasa, dengan bergilir baca sorang sebanyak 2 kali. Selesai semua, tiba2 makcik milah, isteri pengerusi surau, mengeluarkan sehelai kertas, bertulisan jawi, dan minta ustazah tolong bacakan kepada kami semua yang berjumlah tak sampai 20 orang. (tak sempat aku nak membilang). Antara kandungan kertas bertulisan jawi ini adalah seperti berikut:

"Kasihanilah dan tolonglah arwah saudara mara "
orang yang telah mati sentiasa berhajat kepada doa untuknya

"Kenanglah daku dalam doamu"

Rayuan ini bukan sahaja terpancar dari hati dan orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan juga oleh orang yang mati.

Ini diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Diyami Rahimullah( maaf kalau tersalah eja ) maksudnya:

Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya rahmat sesuatu doa dari anaknya atau saudara maranya atau sahabat handainya.

Apabila rahmat doa itu sampai kepadanya maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya rahmat doa itu lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.

Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang yang mati ialah doa dan istiqomahnya.

Rayuan rohnya dengan suasana yang hiba dan menyebakkan hati.

Di dalam hadis juga diterangkan maksudnya bahawa roh orang2 mati datang beramai2 kelangit dunia pada tiap2 malam dan berhenti berdekatan bertentangan dengan rumah masing2 tiap2 satu roh antaranya menyeru berkali2 dengan suara yang hiba dan sayu katanya....

Wahai ahli rumahku! wahai kaum kerabatku dan anak2ku! wahai orang yang mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagikan dan menerima harta pusaka peninggalan kami adakah sesiapa diantara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan, kawan2 kamu yang sedang berada dia alam barzakh !

Kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa2 dan amal2 yang soleh semoga Allah memberi rahmat kepada kami.

Setelah puas mereka merayu dan menyeru kembalilah kumpulan roh itu ketempat masing2 dan datang lagi pada malam berikutnya.

Jika ada yang mendoakannya kembalilah ia dengan gembira jika tidak kembalilah ia dengan sebak dan hampa.

Kedua2 hadis ini menerangkan setakat mana, berhajatnya orang yang mati kepada doa2 orang2 yang hidup sebab itulah kita diberi panduan di dalam Al-quran supaya tiap2 seorang sentiasa berdoa mudah-mudahan rahmat bukan sahaja bagi dirinya, ibubapa dan kaum kerabatnya, tetapi juga bagi umat islam umumnya yang hidup dan yang mati.

Ayat Al-quran, dirujuk : ayat 41 surah ibrahim, ayat 10 surah almashyar..
Jika simati orang salah maka doa itu dapat meninggikan darjatnya dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkan dia dari azab ertinya meringankan tanggungannya....

Semasa ustazah sedang asyik membaca tulisan diatas kertas, ini semua wajah kaum ibu yang hadir...sudah terkunang2 ada yang sebak, ada yang menitiskan air mata.....dan aku dapat lihat, ustazah, juga sama.....aku pulak tengelam dalam perasaan yang dapat dikawal kerana aku sudah berulang kali membaca pekara2 yang begini, tiba2 mak cik milah bersuara, anak mak cik kan baru meninggal hari tu....dan dalam sebak dia menangis sambil meluahkan perasaannya terhadap kami,....bahawa menantunya lelaki ingin berkahwin lagi, dia dah ada calon dan nak bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat. Diia meluahkan persaan dia pada mertuanya mak cik milah sekeluarga, sebab dia mengadu ngan cik milah, malam2 bila anak2 dia tidur, dia rasa sunyi, tak ada orang nak bercakap2 dengan dia...lepas dia kahwin dia nak bawa cik milah dan suami serta anak2 pergi buat umrah....sambil lawat kubur arwah kat Mekah...

Mak cik milah meluahkan perasaannya pada kami, dia rasa sedih, arwah macam baru jer meninggal ( iaitu masa musim haji lepas baru ni. Anak cik milah ni mengidap kanser payu dara, entah macam mana dia dapat pergi buat haji dalam keadaan tak berapa sihat, lepas tu selesai buat haji semua, tiba2 dia jatuh sakit, dan masuk hospital kat sana, masa tu lagi 2 hari nak bertolak balik, semua keluarga tertunggu kat Msia, sampaikan bilik hospital pun dah ditempah untuknya sekembali dari haji nanti ,atas tujuan keadaan kesihatan dia ni, lepas turun kapal terbang kat KLIA memang dia akan terus dimasukkan kehospital...tapi Allah lebih sayangkan dia....dia tenat disana,...dan permintaan terakhirnya..adalah untuk bercakap dengan anak2nya...didalam telefon....waktu suaminya menelefon anak2 dan meletakkan telefon ketelinganya,...arwah sudah tidak mampu berkata2.....tapi masih boleh mendengar....suaminya meminta anak2nya...bercakap apa saja..kala itu dan dalam keadaan telefon masih ditelinganya arwah....menghembuskan nafas ...terakhirnya dengan air mata yang mengalir ...dipipi....sebelum matanya kemudian pejam....untuk selamanya. Semua ini diceritakan oleh menantu mak cik milah ...dan diceritakan oleh Pak cik kepada jemaah surau,..pada hari kematian arwah.

Tadi mak cik milah tidak dapat mengawal perasaan...dia menangis dan meluahkan perasaanya kepada kami, kami semua minta dia redha dengan semua yang berlaku, ni...dia ceriter lagi, arwah juga ada menulis wasiat, kepada suaminyanya....minta dia mencari pengganti seandainya dia meninggal kelak...dan wasiat tu ditinggalkam dipejabat....mak cik milah...tak dapat tahan perasaan dia.....dia sedih cucu dia akan mendapat mak tiri....dia takut cucunya itu diabaikan...ustazah menasihatkan mak cik milah, supaya redha, dan buang semua fikiran negative yang ada, dan doakan yang terbaik untuk cucunya semoga ibu yang baru nanti dapat menjaga cucunya dengan baik.

Setelah seketika, mak cik milah kembali tenang...dan tak menangis lagi.....harapan dia pada kami dan semua yang membaca apa yang saya tulis tadi, moga kita semua sentiasa ingat mengingati..disamping mendoakan antara satu sama lain baik yang hidup ataupun yang dah mati.


Kisah aku.........seorang isteri, yang mengharap dan mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah.....

sejak tok wan aku meninggal....dulu

Masa tu aku baru kahwin, aku terima husb aku kerana tok wan aku, ...penilaian tok wan terhadap husb aku, dan juga melalui mimpi2 aku yang memperlihatkan jodoh aku ini....walaupun sudah berkahwin beberapa tahun, aku masih tidak dapat melahirkan dan meluahkan kasih sayang aku secara terus terang, hubungan kami lebih bersifat sahabat, ada tolak ansur........ ada kasih sayang....dan ada sikit pendam memendam perasaan itu adalah kerana impian dan harapan aku belum kesampaian.

selama itu juga aku mengimpikan sebuah keluarga....dot..dot..dot dengan penuh harapan ...dan sabar...seiring dengan usia ...aku dan suami, akhirnya selama 10 tahun aku menanti, tanpa dapat meluahkan segala harapan aku terhadap sebuah keluarga yang aku inginkan, hanya kerana aku pasti husb aku memahami, cuma dia yang perlu mencari hala tujunya yang tepat.

Mungkin jua kerana waktu aku berkahwin aku terlalu muda lewat 22 tahun, dan dalam usia aku 27 tahun aku sudah mempunyai 3 orang anak, sebagai wanita berkerja, dan anak yang berderet, sedikit sebanyak ada badai yang terpaksa aku harungi.....dan kerana badai yang menimpa aku, semua orang lebih berhati2 dan memahami aku...yang diam, yang senyap, yang sabar, ...yang tidak cerewet dan ....bebagai lagi tapi masih ada hak dan perasaannya yang perlu dijaga.....perlu dikasihi, perlu disayangi.....setelah aku dengan tulus hati...memberikan segalanya kepada mereka2..itu

Kerana itulah, aku yakinnya aku bahawa Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyanyang....setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya...untuk memberi aku pekara2 yang lebih yang aku ada 10 tahun yang lepas, dan hari ini segalanya sudah berubah, sejak kami memiliki rumah sendiri, segalanya bermula....kasih sayang aku kini adalah sebagai seorang isteri........ aku berhajat dan berharap untuk menjadi seorang isteri yang solehah, untuk suami aku, aku dah pun cakap terus terang dengan husb, semoga dia faham apa yang aku inginkan....sejak hari itu, perasaan aku lebih tenang, lebih tenteram.

Husb pulak, nampaknya lebih, memahami, dan lebih peka, terhadap permintaan aku. Kini aku lebih tenang dan senang dengan arah kehidupan keluarga aku....itulah impian aku...cuma harapan yang satu tu belum lagi kesampaian...menjadi tetamu Allah......di Masjidilharam.......Mekah., aku pasti semuanya itu ketentuan Allah.....aku hanya mampu berdoa ...masa dan ketikanya Allah yang akan tentukan...


Tiada rahsia atau tips, dalam hidup berumahtangga yang mampu aku berikan, cuma diri aku, selama hidup ini tidak pernah ...menganiayai sesiapa hatta menipu, atau, bersikap dendam ntah apa ....aku jujur dalam perbuatan dan kata2....dan ...segala harapan perjalanan kehidupan aku sedari kecil, sampai kini sudah aku pahatkan didalam hati sanubari aku, cuma liku2 nya yang perlu aku lalui dengan penuh sabar dan redha....andai aku leka, aku pasti kecundang, dan andai aku berjaya....semuanya indah belaka, walau pahit sekalipun, terpaksa aku lalui dengan sabar lagi tabah, tanpa sikit pun, ada dusta dan nista dalam hati......walau kadang syaitan itu sentiasa memujuk2 tapi cepat2 aku kembali ...ke jalan Allah....semoga kita semua muslimin dan muslimat dipelihara Allah dunia dan akhirat.....Allah sayang kita kalau kita sayang Allah.....amin

Friday, June 23, 2006

Akhirnya aku berjaya pos gambar






Akhirnya dapat juga aku pos gambar kat blog aku ni, rupanya ada benda yang aku salah set, patut ler bila klick kat add image tu tak menjadi. Terima kasih untuk Syikin di atas penerangan dia yang panjang lebar tu, sampai aku berjaya juga akhirnya.

Gambar (1) rumah tu adalah rumah MIL kat Pendang.

Dulu masa aku kahwin rumah atas kat bahagian anjung tu belum siap, tapi setelah 10 tahun berlalu, MIL berusaha menyiapkan juga rumah ni, walaupun FIL dah tak da. Rumah impian MIL & FIL dah siap akhirnya walau FIL tak sempat nak tengok.

Gambar (2) Inilah wajah2 permata hati aku dan husb

Yang perempuan tu shamimi, yang pegang mimi tu along, yang ada tanda tu angah, dan yang sebelah kanan baju oren tu abang cik.

Gambar ni BIL aku yang ambik masa kita orang balik kampung cuti hari buruh hari tu dan baru ni BIL email kat aku.

Malam ni juga aku telah berjaya pos gambar canopy, sesiapa yang berminat boleh ler jengok kat ruangan perniagaanku, dibawah tajuk canopy.

Tuesday, June 20, 2006

Kunjungan di hari minggu

Ahad, aku ke pasar Batangkali beli barang dapur, sebab MIL, SIL and BIL nak datang rumah, mesti deper nak makan tengahari kat rumah, hari ni aku masak kari kepala ikan, sambal udang ngan petai, sayur tumis bayam + karrot, ulam2 and sambal belacan, and ayam goreng...dah..

Bila deper sampai aku dah siap masak cuma tunggu hidang jer...bila husb balik dari baca Yassin kat rumah ustaz H kami pun makan tengahari sama2, jap tu borak...jap tu makan lagi rojak buah buatan sendiri..borak MIL datang sebab SIL kat Sudan nak sampai balik dalam minggu ni, jadik dia nak tunggu deper sampailah tu. BIL pulak kebetulan dia ada urusan kan Mara KL, selesai semua, BIL bertolak kerumah BIL dia kat Gombak, nak melawat keluarga isteri dia pulak, SIL pulak nak bawa MIL balik rumah dia kat Puchong, sebab dia rasa macam tak sedap jer, dia ni mengandung 8 bulan, jadik MIL singgah jap jer kat rumah.

Sempat jugak anak2 aku, tanya,

tok tak tidur sini ker,

along pun cucu tok juga,

abang cik kata jangan ler pergi sana dulu tok, tidur ler sini dulu,

seperti biasa MIL aku, cakap lah...tok pergi rumah alia dulu nah...lain kali tuk datang...

aku dengar jer dari jauh, itulah ucapan anak2 aku kalu MIL datang rumah aku, kekadang tu kalau kat kete, deper siap angkat beg tok dia masuk dalam rumah, punyalah, exited nak tok deper tidur kat rumah aku, nih...dan kebiasaan juga, tok deper terpaksa ikut SIL atau BIL.....dan anak2 aku paling tidak akan dapat hadiah duit poket masing2.

Aku dan suami dah biasa situasi macam ni, kami tak pernah berebut MIL, terpulanglah kepada MIL nak ikut sesaper, tapi kebiasaannya belum MIL buat keputusan, SIL dah minta dulu bawa balik rumah dia kat Puchong, lepas ni SIL sorang lagi balik, pasti MIL follow dorang pulak, ikut ke Kelantan, pas tu balik Kedah, pas tu mai balik KL pas tu ...sampai ler SIL balik semula ker sudah, ...begitulah selalu. Kalau MIL terasa, kekadang dia ingat jugak nak bermalam kat rumah aku, dan kebiasaannya dia akan ikut dorang sebab dia tau kami ni apa pun tak pa, tak berebut, dan tak kisah kalu SIL, sumer sibuk, nak bawa MIL sana sini. Mil pulak suka jalan2 cam tu..

Lagi pun duduk ngan rumah aku dan husb, tak kemana sangat, sebab husb sibuk memanjang, jadik tak sempat bawa MIL jalan2, malam balik dah penat, pergi surau kekadang MIL cemuih jugak, SIL sumer anak2 tak sekolah lagi jadi tak sibuk , deper ada banyak masa. Malam pun buleh lagi jejalan kat carefour ker Giant ker...aku dan husb dah tak gitu lagi, aktiviti macam ni, kami buat bila perlu saja. Hari minggu pun pergi pasar dan pasaraya kecik jer beli keperluan dapur yang perlu.

Petang ahad, selepas deper sumer beredar aku, husb dan abang cik jogging, along, angah main bola kat padang ngan kawan2 deper, mimi ikut maid main kat taman permainan ...hah dapat juga keluarkan peluh...lega rasa, dah lama tak jogging.

Hari isnin aku pergi kerja macam biasa hari ni aku confirm nak ambik balik lesen L aku, aku nak belajar balik memandu. Sebenarnya dulu masa mula2 kerja kau dah ambik kelas memandu, dah lulus pun jalan raya, tapi aku fail parking sebab nyer aku peserta last sekali aku dah penat menunggu seharian bila time aku..aku dah penat sangat jadik , aku buat ala kadar jer...side parking aku berjaya tapi, parking L aku fail, aku malas dah nak fikir, masa tu aku sibuk sikit ngan kelas PJJ lagi ngan nak kenduri kawin jadik aku kesuntukan masa lepas kawin aku pregnant, dan gugur lagik dah bila ngandung balik, dah anak kecik tak der sapa jaga, past tu ngandung lagi tahun berikut nyer ..belajar lagik, itulah inilah jadik masa berlalu begitu jer aku yang sibuk ni dah terlupa ngan sumer tu....dah 10 tahun dah berlalu. Sekarang dah ada maid tak payah fikir pasal ngandung lagik..kuota dah cukup, ada banyak masa,..ok aku kena buat sesuatu.

Hari ni aku rasa aku nak mulakan balik, aku ada banyak masa untuk tumpukan nak ambik kelas memandu ni, biar lambat pun tak per asal benda ni berjalan, sekurang2 nyer aku ada buat kemajuan kat diri aku. Geram tangok orang memandu, aku bukan tak leh memandu, tapi tak da lesen, kemahiran tu ada, tapi husb ada aku buat derk jerlah ...baru ni dia ada cakap dia sekarang dah kena OS, tak buleh ngelak lagi, dulu buleh elak, tapi sekarang dah tak buleh, jadik aku pun kena fikir sesuatu..apa nak buat dulu tak ingat...nilah satu benda yang aku buat tak endah...lain2 benda apa yang aku buat sumer on jer tak der sangkut ...rogi betul kalau tidak dah panjang langkah aku, ....moga kali ni aku berjaya dan tak putus asa...aku dah nekad dah ni...tak buleh tangguh2 lagi, hari tu kena perli ngan SIL, tak buleh jadik..harap2 raya nanti aku dah ada lesen kereta...

Saturday, June 17, 2006

Masam manis kehidupan

Hari ni sabtu, aku tak kekelas quran tajwib sebab sekarang bulan aku tengah mengambang penuh, silap sikit aku nak marah jer...bila ok rasa kesian pulak, sebab aku marah anak aku, along, selalu buat tak kisah bila aku tegur, mula aku cakap elok2 bila 2 , 3 kali dia buat derk aku dah angin....

Hari ni, husb bagitau dia nak ke KL nak tengok barang kat Pertama. Dia tak cakap pulak barang apa, aku cakap nak ikut, bila aku nak ikut, dia kata kita pergi semua, husb cakap ni masa kat kedai roti canai, pagi ni kami sarapan kat kedai Dhurbar kat Rawang, lepas tu hantar anak2 along ngan angah pergi tuisyen, lepas deper balik dari tuisyen baru kami akan pergi KL.

Lebih kurang jam 1 tengahari, kami bertolak ke KL, mula masuk Pertama Komplek, lepas tu, Sogo, kebetulan ada sale, aku beli seluar panjang untuk along, sebab badan dia cepat naik, seluar yg ada dah tak muat. Maid aku beli sandal, lepas tu kami pergi kedai buku, sebab ada kawan aku pesan buku tajwib kaedah cepat faham, dah 2 buah kedai buku aku masuk, tapi tak berjumpa yg macam aku beli tu, buku ni lain sikit, so masa aku masuk kedai buku kedua tu tak jumpa buku tajwib tu aku dah tertengok satu buku, yang bertajuk "Allah sayang kita kalau kita sayang Allah."..dan tengah aku baca sikit2 isi kandungan dia husb yg tunggu kat luar dah datang suruh aku cepat, jadi aku tak sempat nak fikir nak beli ke tidak buku tersebut...sampai kat luar husb cakap dia dah lapar...so kami pun bertolak balik. Masa tu hujan turun renyai kat tengah KL ni..

Aku yg dalam tempoh bulan mengambang ni tak semena2 dah teremosi sebab niat aku nak layan buku, tak kesampaian, terus aku jadi dingin sampai ler kami singgah kat restoran ...dan sampailah kerumah...sebelum sampai rumah sempat jugak singgah pasaraya beli stok makanan kat rumah, terjumpa kawan kelas quran tajwib lega sikit rasa hati...

Sampai rumah pulak tv tak dak gambar sebab anak aku dah tersalah tekan apa tah jadik astro punya set up dah tak betul, gambar pun tak der, lepas siap kemas dan mandi semua aku layan blog kejap. Angin masih lagi dingin, husb tanya kenaper...aku cakap 2 3 patah perkataan jer tu pun dah dia faham kenaper aku angin. Lepas tu dia bagitau malam ni nak kesurau dia balik lambat sebab ada jemputan tahlil kat rumah si anu...dia bawa angah jer. Aku diam, merajuk ler tu..( buruk perangai..)

Anak yang lain termasuk maid dah makan dan beres semua mereka tidur awal, tinggal aku sorang2, layan novel lama jap, ulang balik baca sebab tak leh tidur...dalam hati bengkak juga tv tak leh tengok, aku dah tak tahan jap tu aku nangis...terlebih emosilah tu...rasa macam husb tak perasaan pulak kehendak hati aku...

Masa dia balik aku tengah layan blog sambil nangis..dia tau aku sedih ler tu, tapi tanya lagi..geram betul dia cuba ler adjust tv tu..aku dah pening kepala naik tidur, bukan tidur tunggu orang datang pujuk. ( Teruk betul bulan mengambang ..bulan ni ) tak tau lah nak cakap apa memang sensitif betul, dah nak kontrol tapi tak buleh. Lagi satu aku dah lama tak nangis ni, kena nangis puas2 kalau tidak susah. Sebetulnya aku ni tak der sesaper kawan rapat, cuma husb jer. Adik, kakak dan mak susah deper jauh tak tau aktiviti aku. Aku kesunyian sebenarnya. Itu pasallah bila husb leka sikit buat tak layan aku, mulalah emosi datang. Sib baik dia dah faham perangai aku. Kadang2 saja dia buat tak paham ..kadang2 saja dia mengusik aku tu ..yang geram. Nih aku tak tahan aku sedih sangat ..aku tak tau nak cakap kat sapa aku nangis...dalam bilik sorang2..dia tak tau...

Dah settle semua husb ajak turun bawah, siap dia tanya nak makan apa, aku kata nak makan buah, dia kupaskan buah betik ngan buah epal hijau yang aku beli tadi, masa singgah kat pasaraya. Kira layan habih, kerenah aku, ( macam budak betul saja ishhk..dah lama tak buat perangai) kepala yang pening pun dia tolong picitkan..baru cool sikit. Sambil tu dia bagitau esok SIL & BIL dari Balik Pulau nak datang, tadi SIL yg kat Lumut tu tipon dia, kata deper ada kat Lumut sekarang. Esok mari rumah kita. Hemm ada aktiviti memasaklah esok.

Husb citer jugak esok pukul 12 tengahari dia ada jemputan baca Yassin kat rumah Ust H kerana tengahari tadi pencuri masuk rumah dia dan ada barang yg telah di ambik, sebelum tu pencuri dah masuk lebih kurang 2,3 bulan lepas, hari ni masuk lagi.

Semenjak 2 menjak ni dah jadi macam kecoh pulak pencuri masuk rumah, sana sini, 2 ,3 hari lepas kat rumah kawan husb, maklumlah sekarang ni musim WC jadi pencuri ingat orang sumer tak kisah sangat dah ralit tengok tv,mengantuk sia awal pagi jadi aktiviti deper makin rancak.

Citer dia gini kawan husb ni tengah tidur kat depan tv, pencuri kopak pintu pun dia tak sedar, sekali dia perasan ada orang jalan kat tangga, mula buka mata dia ingat anak dia, tapi bila pejam dia tiba2 buleh fikir, eikk orang lain lah, bila buka mata, sekali lagi pencuri tu macam selamber jer berlalu, sebab kawan husb tengah
terkujat tengok orang yang tak dikenali dalam rumah dia. Sib baik tak der di buat apa2, kalu dia panik mau dia terkam ker atau tikam ker..tak tau ler...apa nak jadik, tapi dia kata orang tu budak india. Memang kat perumahan kami ni banyak budak india.

Kat rumah aku sejak ramadhan yang lepas kami jemaah surau telah bersama membuat sedikit usaha untuk mengelakkan atau memagar rumah dari dimasuki pencuri, kaedahnya beberapa surah dibaca pada sebesen pasir, lepas tu masing2 ambik sorang segumpal bawa balik rumah kami tabur sekeliling rumah sambil baca ayat kursi. Semoga rumah aku tidak mengalami kejadian di masuki pencuri lagi, sebab aku dah pernah kena, berbulan2 aku dan husb tak dapat tidur lena waktu malam, fobia.

Ini kes kena pukau...tapi walau kena pukau tapi aku masih buleh bangun buat susu anak, tapi mata macam kena gam masih buleh lagi meraba2 buat susu anak, cuma bunyi jer yang aku tak dengar, pintu kayu, dicungkil, pintu grill besi di gergaji, rumah setingkat jer masa tu menyewa, tapi sungguh aku tak dengar sikit pun kejadian kopak pintu ni. Kerana itulah aku membeli rumah di Rawang Perdana ni. Kebetulan penjualnya memang terdesak nak jual rumah ni sebab nak balik kg.

Ya Allah peliharalah kasih sayang kami sekeluarga dan jauhkan kami dari dari kejadian yang tidak diingini berulang lagi..amin

P/s: Wanita,isteri dan ibu itulah fitrah kejadian kamu, .... dan kerana itulah kasih sayang Allah kepada seorang wanita,isteri dan ibu terlalu besar, hinggakan syurga anak itu di bawah telapak kaki ibu, dan syurga isteri itu adalah dibawah telapak kaki suami...semoga Allah sentiasa memelihara kita yang bergelar wanita, isteri dan ibu, ..agar tidak menyimpang dengan syariatnya ...amin

Wednesday, June 14, 2006

Demam WC.......

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apalah, minggu2 ni demam WC, aku ni sebenarnya tak minat bola, entah tak tau ler naper..tapi husb memang minat ler, siap bentang toto ada selimut ngan bantal sekali, dan peneman dia adalah aku..sementara mata nak mengantuk aku layan blog, habih semua blog orang aku lawat, mana yang berkenan dan bernasib baiklah. Sesiapa yang dah melawat aku, aku dah buat kunjungan balas dah.

PC aku ni letak kat meja dekat dengan tempat letak TV, bila asyik sangat melayan PC ni, kadang2 2, 3 kali jugaklah aku terkejut, bila dengar husb menjerit sorang2 kat sebelah..hish kecut perut betullah...dah ler malam2, jerit kuat2 pulak...sib baik anak2 tidur kat atas, kalau tidak mau habih semua terjaga.....sebenarnya husb ni bukan kuat sangat berjaga, bila senyap..tak berbunyi...dan bunyi lain yang keluar, sah husb dah tidur...siap dengkur lagi...bukan dia tengok tv, tv tengok dia.....

Kalau aku dulu terlelap, sat lagi bila aku terbangun mesti dia dah tidur...tapi kekadang tu baik juga bila terjaga2 ni dapat jugak bangun malam tunaikan solat2 sunat yang patut...

Minggu ni isnin dan selasa aku posa lagi, akhirnya selesai..juga posa ganti aku ni, ramadhan lepas aku hutang posa 8 hari jer, tahun sebelum tu 17 hari sebab bersalin kat mimi dalam bulan posa, alhamdulillah semua dah berbayar. Insyaallah kalau tidak ada keuzuran dapatlah hendaknya aku menunaikan posa2 sunat yang lain pulak.

Minggu lepas hari jumaat malam sabtu, aku bermimpi lagi, kali ni aku bermimpi... kejap macam suasana macam orang pergi buat umrah, ada ramai orang,..dan kejap tu pulak aku dan husb ada dalam sebuah masjid, aku tengah ambik wuduk, husb pulak tengah membaca quran, jelas suara dia aku dengar...kejap tu aku terjaga, rupanya mimi, panggil aku dia terbangun dulu dari aku dia tengah cuit2 aku suruh bangun..lah tak sempat ..nak layan mimpi sampai habis...entah ler apa maksud mimpi sekerat tu...aku ni jarang sangat mimpi...

Apa lagi aku nak merapu ni, ......ketandusan idealah pulak, isu gula, memang kat pasaraya sekarang ni gula tak der dijual...kena beli kat kedai pemborong, aku yg dah beli 3kg gula minggu lepas dah siap pesan kat maid jimat pakai gula...

Saturday, June 10, 2006

Aku dan NN JAYA Resources

Hari ni sabtu aku tak kekelas quran tajwib sebab, kelas dibatalkan kerana ustazah bercuti. Malam tadi aku bangun jam 1 pagi, sebab masing2 tidur awal, kecuali husb melayan bola, itu pasal ler kami semua tidur awal sebab tak dapat layan tv, anak2 dan maid layan CD. Aku ambik peluang rehatkan diri. Bila bangun tengok husb rancak layan bola aku turun bawah, layan blog.

Terasa lama benar tak layan blog, bukan tak layan tapi mamai sebab minggu2 lepas aku posa ganti, bila dah lepas berbuka, dan lepas bebudak ngaji quran kira dah lewat jugak..bila masuk blog mata pun dah mamai...itu pasal ler terlepas entry kawan2 sejati, jangan marah ler, hendaknya.

Hari ni sabtu bila tak der kelas panjang ler kaki aku dan suami, macam orang bercinta pulak, maklumlah ada maid, setelah semua beres, kami pun keluar sarapan kat luar pas tu pergi cuci gambar kami masa kat TBR dan gambar aku kat Bukit Tinggi, kat Airport sama SIL and MIL masa deper nak balik Sudan tahun lepas. Sib baik filen tu ok lagi sebab camera aku jatuh belakang almari, aku tak tau, aku ingat dah hilang rupanya masa alih susunan perabot kat rumah hari tu jumpa balik, syoknya....

Sementara cuci gambar 1/2 jam tu, husb dan aku pergi beli bateri kereta, sebab kereta dah tak start seminggu, bateri dah kering, jadi kena beli baru. Bila husb masuk kedai
barang kereta, aku pulak minta izin husb masuk kedai buku, kebetulan kedai buku tu selang beberapa buah dari kedai barang kereta tu.

Mula aku nengok buku resepi, lepas satu, satu, tak menarik, kejap tu nengok novel pulak..wah..banyak novel baru dah sampai, layan baca sinopsis..sedar2 husb dah terjerit kat depan kedai, tokeh tu dah kenal aku..biasalah..kali ni hati aku tak tergugat ngan novel tu kira mood dah habih kot. Selamat duit aku.

Sebenarnya kami keluar ni naik motor dengan husb, lah macam cintan cintun pulak rasanya..lepas tu kami singgah kedai gunting rambut, nak gunting rambut aku yg dah tak tentu hala ni, minggu lepas lagi husb dah tanya. Sib baik kat kedai tak der orang aku ler 1st customer so cepat ler siap, husb pulak bawa balik bateri kat rumah. Sementara tunggu husb sampai layan jap majalah, bila husb sampai kami pergi ambik gambar, wah semua menjadik, beli barang sikit kami balik.

Balik, aku dan husb masak mee bandung untuk makan tengahari. Nasik pun ada lauk ala kadar jer..untuk anak2. Sejak posa dalam 2 minggu ni perut aku rasa lain sikit tak leh makan banyak dan makan sikit tapi kena ulang kalau lewat dah macam mendidih pulak, ok jugaklah boleh control sikit berat badan lepas ni.

Petang layan blog, ni malam ni aku dah berjaya masukkan benda baru kat blog aku, iaitu perniagaan ku...NNJAYA Resources

Kepada kawan2 yang sudi menjengah blog aku jangan lupa menjengahkan diri anda ke ruangan perniagaanku, ...kalau ada berminat sila - sila lah berurusan ....jangan segan2....

Thursday, June 08, 2006

Aku dan naik angin selesai

Hari selas pagi jam 5.30pagi aku bangun cakap dari hati kehati dengan rita pasal dia, sebab aku bengang betul mlm tu. aku cakap dengan dia,

kamu memang wajib sangat ker setiap bulan nak ke rumah mak cik kamu

Tidak kak, kalu 2 atau 3 bulan sekali saja, mau hantar wang kirim sama kak ati.

Apa erti cuti pada kamu...mesti kesana, kalau saya balik kg 1 minggu kamu tak nak ikut, nak kesana 1 minggu, kalau saya pergi bercuti kemana2 tempat percutian, kamu tak nak ikut, cuma kesana...saja..

Tidak kak...bukan macam itu...

Tapi kenapa pak cik kamu tuduh saya yg bukan seolah2 saya tidak benarkan lansung bercuti...dan macam2 lagi macam orang hilang akal...apa yang telah kamu adu pada dia...

tidak kak...bla..bla...

kamu salah cakap, dia dah silap faham pada saya...kalau ikut rasa marah saya selagi dia tidak minta maaf saya sesekali benarkan kamu kesana...faham...

Kakak terima saya kerja ke tidak....

Kalau kamu mahu bekerja lama disini kamu mesti dengar cakap saya, dan ikut peraturan saya , jangan degil...saya tidak suka...kalau saya tegur, kena cepat faham dan perbaiki. Saya tidak mahu pekara maid saya yg pertama berulang lagi...lagi dihantar untuk kaunseling balik jadi lagi teruk perangai...itu sebab saya dan suami tidak suka kamu kesana...dan saya tidak ada selindung2 dengan kamu kalau salah tetap saya kata salah...semua pekara yang kamu tidak pasti perlu bertanya pada saya dan perlu minta izin saya dulu, jgn sampai jejiran saya komplen lagi....ini msia masyarakat sini lain..tidak sama dengan masyarakat kg kamu...kamu faham.

Iye kak

Pagi tu aku pergi bekerja macam biasa....aku tak pasti sama ada hati aku boleh maafkan dia setelah apa yg terjadi, ada waktu terluang aku tipon husb, citer fikiran aku serabut sikit...dia cakap sabar dulu balik nanti kita bincang...setiap solat waktu dipejabat aku duduk dan doa ..supaya Allah tenangkan hati aku...dan pekara ini dapat selesai dengan baik.

Balik kerja husb cakap pulak dengan rita aku diam saja, husb cakap, sekarang ni kamu jadi mangsa keadaan pak cik kamu juga silap faham, kami dimarahi dia kernan kamu.

kami bukan tidak benarkan kamu cuti, tetapi kami tidak benarkan selalu demi kebaikan kamu dan kami.

Kalau kamu nak bertunang itu hak kamu kami tidak berhak melarang, tapi kami tidak benarkan tunangan atau bekas tunangan kamu tipon kemari, demi keselamatan kami, dan kamu tidak boleh sesuka hati bagi no tipon rumah kami kepada orang lain, kalau kamu ingin tipon, cuma ibu bapa kamu, kami akan belikan prepaid utk kamu. Kamu hanya dibenarkan tipon semasa kami ada dirumah sahaja.

Anak2 kami dah suka dengan kamu, jadi tolong jangan buat hal, bukan senang kami nak tukar ganti, sesuka hati...tapi semuanya demi anak2

saya syukur dapat majikan macam kakak, dan kerana makcik saya saya dapat kemari, itu saja, bapa hanya percaya pada mak cik tidak ejen lain di kg kami.

Ingat saya bagi cuti kamu hujang bulan ni, dan jgn fikir saya hantar kesana kerana pak cik kamu, hanya kerana timbang rasa kami dengan kamu. Kamu diberi cuti, untuk berjumpa kawan2 kamu..yg perlu saja, sekiranya tunangan kamu ingin bercakap dengan kamu hanya di rumah mak cik kamu saja tidak tipon di rumah saya. menganggu kamu dan keluarga saya.

Iye...tadi pagi pakcik tipon tanya hal semalam.

Kami tidak suka cakap2 dia...harap kamu faham.


Aku diam saja........kata husb kali ni dia akan ambik alih hal maid dia yang akan buat keputusan ...

Pagi rabu aku pergi kerja macam biasa...tapi aku hanya berdiam diri...tak banyak cakap dengan rita,...hati aku masih bengkak....malas aku nak bercakap...

Petang sebelum balik aku tipon rumah, pesan rita masak nasi lebih ...rita cakap mak cik tipon tanya hal dia dan aku...lepas tu dia cakap..maid depan rumah baru balik cuti beli baju seluar track dan tudung kat dia, minta aku ambik duit kat dia RM30 nak bayar.

Dalam hati aku dah selesai satu datang lagi satu....hal
Balik aku bincang dengan husb pasal maid jiran aku...dia ni memang memandai,hari tu kerna dia jiran aku tegur maid aku...dalam entry yg lepas kau dah pernah citer pasal dia...geram betul, balik husb cakap kat maid aku, kali ni kamu ambik, lain kali cakap sama dia saya tidak benarkan dia buat macam tu...saya majikan kamu pun buleh tolong belikan. Tak payah...dia buat macam tu....iye...kata maid aku

Husb cakap dengan aku, masalah orang kita yang menanggung, aku cakap dengan husb nak saja saya pergi warning dia...geram betul...budak tu...menyibuk saja..tak payah husb kata...nanti orang kata kita pulak...saya selalu nampak dia ..sibuk cari kawan kat taman permainan,..saja dia nak umpan maid kita kawan baik dengan dia tu...majikan dia tak tau..perangai dia macam tu...alih2 bila nak cover line, dia tuduh maid kita...
biar....jaga maid kita sudah...malam tu aku bagi maid aku tipon keluarga dia kat indon, ...

Dah selesai....kami sekeluarga solat jemaah masa maghrib.. semoga, kami sentiasa dipelihara Allah, demi anak2 kami rela ambik maid, seandainya dia mampu ikut peraturan keluarga kami, selebihnya kami tawakal kepada Allah dengan doa2 yang tidak pernah putus, kami tahu hanya kesabaran dan fikiran yg waras saja yg memandu kita dalam membuat tindakan....selebihnya Allah saja yang tahu...

Bila aku memikirkan begitu...rasa lapang hati ini....Alhamdulillah semoga niat dan doa aku selalu, dalam menangani masalah maid ini ....dapat menyejukkan hati aku...cuma apa yang dapat aku rasa, jangan ada dendam ..dalam hati... kalau kita mempunyai maid...kita perlu banyak sabar, ikhlas dalam semua hal bekaitan dengan dia,...kerana kebaikan akan dibalas kebaikan...begitu juga sebaliknya....walaupun perit hati dan perasaan kala menghadapi kerenah dan masalah maid ini....moga dengan perbuatan dan hati kita itu dapat membuat dia rasa berfikir, memahami dan berkekalan bekerja dengan kita sebagaimana yang kita harapkan....

Ya Allah hanya padaMu aku meminta dan kepadaMu aku memohon pertolongan, bantulah aku yang lemah ini....amin

p/s: semalam dah tulis, ni tulis balik, jaring ko hujan lebat..mlm tadi

Monday, June 05, 2006

Aku dan naik Angin

Sabtu, baru ni aku sekeluarga, bersama 10 keluarga yang lain dari Rawang Perdana 1 yg juga merupakan kawan2 di surau telah pergi bercuti bersama2 di Teluk Batik Resort sempena cuti persekolah anak2...berkonvoi ramai2 macam ni meriah betul..petang ahad baru kami bertolak balik, tapi membawa haluan masing2....walaupun pendek percutian kami tapi meriah....terasa macam lama bercuti....sebenar aku tak der mood nak menulis sebab baru lepas perang mulut dengan...Mr Z...pasal maid aku.....

Aku dah tak tahan nak simpan dalam hati, aku nak luahkan dalam blog aku ni.....malam tadi selepas bertolak balik dari TBR kami singgah jap kat rumah kakak husb kat kem lumut, dah lama tak pergi, kami bertolak balik KL jam 6.00 petang...maghrib kami singgah kat rumah cik Pah kat Teluk Intan, siap dia masak nasi....tapi suboh tadi, perut aku dah memulas, aku dan husb diserang cirit birit dan muntah2...tapi buleh kontrol lagi....tapi jam 12.30 aku dah tak buleh tahan...maka aku mc hari ni husb pulak cuti...selesai pergi klinik kami balik rumah jam 2 petang..aku yang dah melepek tu, terus jer lelap kat depan tv, ngan husb. Kejap tu tipon rumah berbunyik...along yag angkat..aku yang terkejut tu dengar...along cakap...kakak ayah kakak tipon..maid aku yang duduk kat atas tu...tak turun , aku yang pergi ambik tipon jawap...baru hello orang tu letak tipon...lepas tu bunyik lagi...aku angkat, aku dengar suara tu macam suara orang lelaki...aku dengar dia hello beberapa kali...lepas aku tanya siapa dia terus letak tipon....

Petang aku tanya maid aku..

Tadi ada lelaki tipon...sapa....

dia cakap bekas tunang dia,...

apa dia nak...saya tanya dia tak cakap..pun 2 x tipon..bila saya angkat dia letak tipon...

Bekas tunang saya...Yus adik dia tunang ngan adik saya...dia nak balik Indon...bulan 7 dan dia pujuk2 saya supaya terima balik lamaran dia...kali kedua...ni..

Hah aku...tanya, macam mana dia boleh tipon sini...mana dia dapat no tipon....rumah saya...saya yang kasi....( berderau darah aku...)

Kenapa kamu bagi...tak saya cuma...bla..bla..bla

Saya tanya jawap betul2 kenapa kamu bagi no tipon rumah ni pada dia....saya tidak benarkan...pepandai kamu...bagi...kamu ingat apa...ini Msia..berbagai benda tak baik boleh berlaku...dia diam...

Sebenarnya aku tanya ni husb yang suruh tanya...dia dah risau..lelaki..tak dikenali tipon kat rumah....lebih2 lagi orang indon...husb merungut apa lagi yang dia nak ..kita ni dah sebaik2 orang..tak cukup ker kebebasan dan kebaikan yang kita bagi...kita suruh tipon mak ayah tak ndak...ini..orang yng tak berkenaan pulak dia sibuk nak tipon.

Setelah bincang dengan husb...dan selepas meneliti...perangai dia satu persatu...aku tipon mak cik dia....cerita pasal perangai dia..ni..pasal bekas tunang dia yang tipon
pasal komplen jiran aku ttg sikap dia suka beborak..dengan maid jiran aku...pasal dia masuk rumah jiran aku beborak kebetulan..jiran aku tengah buat reno ada mat indon kat situ...masa kau pergi kerja...pasal dia kuku panjang aku ternampak 2 minggu lepas..aku suruh potong dia tak potong...aku geram dia degil sangat...aku dah cakap...baik2 tegur dia...terang sejelas2nya...apa pekara dia buat...yg tak betul...tapi payah sangat nak berubah....asyik ingat nak cuti...sedang duduk ngan aku...bukannya kerja teruk pun..aku bawa pergi cuti lagi...itu ini..apalagi...dan hari ni bekas tunang dia tipon aku memang tak buleh sabar....aku meluahkan sumer pada mak cik dia....

Mak cik dia cakap..bekas tunang dia memang deper kenal...bla....bla...bla..aku jawap balik..akak yg kenal saya tak kenal....apa dia cakap..kat rita kau tak tau..tapi rita cakap...dia memujuk2 ajak terima semula lamaran dia....apa kes ni...ni dah kira kes ganggu ...aku tengok rita pun macam lain macam jer..cakap elok2 pun payah..nak ikut..tak terganggu ker namanya tu..macam degil jer...lepas satu2 dia buat...sampai jiran saya pulak yang menegur..sikap rita kat saya yang suka beborak, menyembang ..dengan pembantu rumah jejiran..bila saya pergi kerja...apa hal ni...

Mak cik dia dah serba salah...suruh saya cakap ngan husb dia...husb dia orang sini...aku cakap..kejap lagi aku tipon balik....
Lepas tu aku tipon balik...suruh rita cakap..ngan pak cik dia...

rita dah gabra...cakap apa..nak cakap apa...tanya rita..aku cakap..kamu cakap jerlah....


Lama dia cakap ngan pak cik dia, lepas jer..habih dia naik masuk bilik....kejap tu pak cik dia tipon balik....ceriter balik kat aku....bla2 bla...ada buleh pakai sikit jer macam dia membela pulak si rita ni...dia nasihat aku..pergi berbincang ngan dia..dan bla..bla...bla.....aku naik jemu..asyik dia cakap sampai kita nak celah pun tak dapat...lama2 aku celah jugak....sampai aku tinggikan suara sikit sebab nak mencelah punya pasal..dia pun tinggi suara gak....lama2 dah jadik panas....aku diam malas nak layan orang tak reti bahasa ni....kita cakap lain dia faham lain dah tu kita jugak disalahkan...lama2 aku cakap sekarang ni sapa majikan sapa pekerja, Mr Z pun saya bayar tau...aku cakap Mr Z tak pahamlah apa saya nak sampaikan...dia dah angin ngan aku...husb ada sebelah....aku bagi husb dengar dia bebel ....husb putuskan talian....bila dia melalut yang bukan2....

Sebenarnya nilah yang aku tak nak dia pergi cuti kat situ deper ni bukan pedulik sangat apa kita pesan kat deper..ader ke patut bawa maid aku pergi KL tanpa sebarang dokumen, tak minta izin pulak tu...sib baik tak kena tahan polis...cek dokumen..kalu tak..aku yg kena...ni yg aku buat rasa sangsi hantar rita cuti kat sana...cakap rhat kat rumah dia..rupanya.. deper bawa jalan...Mr Z bukan nyer ikut..bini dia (indon) tu yg bawak...sukahati dia jer...duduk ngan aku pun merata aku bawak...kira cutilah tu...tak cukup ker...nak paksa2 aku hantar pergi rumah dia...dah tu hantar jemput pulak...macam mem pulak...mengada betul..kalau ndak datanglahlah jemput kat rumah aku,..baru dia tau...macam mana ....jauh ker dekat..sesedap jer ngarah orang...
Malam ni memang aku lepas geram betul...apa yang aku simpan aku dah luahkan pada Mr Z..ni..

...dah macam2 dia bebel, tak ngaku kalah ler tu...satu pun tak buleh pakai asyik dia jer betul..nak ajak kita berbincang..nak suruh kita pergi rumah dia....masa ni dia nak tunjuk sikap tanggungjawab dia....hampeh....buleh belah...aku tinggal dia dalam keadaan dia marah2...biar dia pikir balik, nanti. Lagi senang....tak payah aku nak berhubung dengan dia....lagik, biar dia malu sendiri...marah2 kat aku...apa dia ingat aku takut ngan dia....jgn harap aku nak pergi hantar cuti..kalau dia tak minta maaf kat aku..dia buat aku marah, rasa curiga kat dia....nah ambik...tengok lama mana dia nak marah kat aku....sepekara tentang indon ni aku dok telitilah....kita tak buleh bagi muka...kalau kita baik sgt kat deper, deper akan tunjuk belang macam naik tocang gitu...kita kena... tegas sikit..dan dalam masa tu doa ...tak putus...

Inilah..dah 2 kali....aku sebenarnya tak tau dalam diam rita ni buat pekara senyap2...tapi Allah tu Maha Besar...dalam diam2 Allah tunjuk pada aku...hal dia beborak ngan org, bertandang kat rumah orang masa aku tak der kat rumah, keluar rumah mlm pergi bersms dgan maid jiran aku...ni tadi bekas tunang tipon masa hari kerja ( salah timing kut si bekas tunang ingat aku kerja...sekali aku balik..aku pulak angkat tipon, cek dalam bil tak der..rupanya itulah dia dok sms, mamat tu dok tipon sini..hemm kantoi beb..aktiviti deper dua ni ) agaknya selama dia dah selalu tipon kut....aku jer tak tau...hemmm Alhamdulillah...benda yang tak aku ketahui..aku dapat tau jugak akhirnya...malam ni memang aku buat perhitungan...aku memang tunjuk aku garang sebenarnya...jgn ingat aku lembut...buleh pijak kapla...)...aduish...lega rasanya..dapat luahkan kat blog....